FANDOM


Alicia Kheng
Alicia
Nama lain Pengacau Bertopeng
Umur 12 tahun
Jantina Perempuan
Kaum Cina-India
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Perang
Keluarga General Rama (Bapa)
Kawan Ali (rakan ejen)
Mia (kawan baik)
Pekerjaan Ketua Pengawas di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1
Pengacau Bertopeng
Ejen NEURO dalam M.A.T.A.
Hobi Belajar dan berlatih
Menembak
Mengejek Ali
Status Hidup
Disuarakan oleh Noorhayati Maslini Omar
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 1, Episod 1: MISI: IRIS (2016)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 1
Ejen Ali Musim 2
Alicia merupakan watak deutragonis utama dan ejen NEURO dalam M.A.T.A.. Dia adalah saingan dan kemudian rakan ejen kepada Ali.

Ringkasan

Alicia, yang teruja dengan dunia M.A.T.A. sejak kecil, mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu hendak menjadi seorang ejen yang sangat hebat. Namun General Rama mahu Alicia menjauhi dunia risikan dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Alicia juga adalah salah seorang pelajar yang terbaik di SRT Cyberaya 1, dilantik menjadi ketua pengawas dan sentiasa mendapat markah penuh dalam peperiksaan.

Sejarah

Ejen Ali

Alicia merupakan ketua pengawas dan pelajar terbaik di Kelas 6 Avicenna di SRT Cyberaya 1. Alicia juga merupakan seorang yang sangat berminat untuk menjadi ejen, jadi dia berlatih sejak kecil, yang menjadikan dia seorang ejen yang mahir pada masa kini.

Dalam MISI: SERI, setelah Alicia membuktikan bahawa dirinya lebih layak menjadi ejen kepada bapanya dalam MISI: SERI, Alicia telah diberikan kebenaran untuk menyertai ke dalam misi sebagai sebahagian daripada pasukan dengan Ali dan Bakar dengan izin daripada General Rama.

Sejak kejadian dia diselamatkan oleh Ali dalam MISI: PROTOKOL GEGAS, Alicia mengalami trauma dengan fikiran yang serabut, membuatkan dia tidak menyertai ke dalam misi. Trauma itu memberikan kesan yang besar kepadanya dan General Rama memberikan kebenaran kepadanya untuk berehat.

Kemahiran

  • Seni Mempertahankan Diri: Alicia mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri dan juga akrobatik.
  • Penembakan Jarak Jauh: Alicia merupakan seorang penembak jarak jauh yang memudahkannya untuk menyerang penjahat.
  • Kemahiran Meramal Masa Silam: Alicia juga mempunyai kemahiran untuk meramal masa silam dengan melihat jejak.

Senjata

  • Suit: Suit prototaip yang boleh bertukar kepada mod risikan. Ia ringan dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan fizikal dan projektil balistik.
  • Blastique: Senjata lastik yang boleh menembak projektil sejauh 100km dengan peluru yang mempunyai pelbagai fungsi.
  • Bom Elektrik: Bebola yang boleh mengeluarkan asap atau membuatkan lawannya melekat pada dinding berdekatan.

Rupa

Mempunyai kulit yang cerah, anak mata berwarna perang dan berambut hitam dan pendek separas leher. Alicia sering mengenakan cekak rambut di atas kepala, tetapi mempunyai dua warna yang berbeza. Cekak rambut berwarna hijau ketika berada di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1 pada waktu pagi persekolahan manakala semasa menjadi sebagai ejen, cekak rambut telah bertukar menjadi kuning.

Selain itu, pemakaian pada waktu sekolah juga berbeza dengan dirinya sebagai ejen. Di sekolah, Alicia sebagai ketua pengawas kerana memakai uniform iaitu pinafore berwarna biru gelap bahagian luar manakala bahagian dalam pula kemeja lengan pendek berwarna biru langit serta mengenakan tali leher bercorak futuristik.

Alicia mempunyai pertalian darah dengan General Rama akan tetapi perbezaan bangsa mengelirukan semua orang. Berkemungkinan besar Alicia seorang kacukan Cina-India.

Perwatakan

Alicia sering memarahi Ali kerana sering melakukan kesilapan ketika menjalankan misi. Seorang pelajar cemerlang dalam kelas 6 Avicenna sering mendapat tempat pertama dalam kedudukan kelas dalam peperiksaan. Hal ini menjadikan Alicia bersikap sombong dengan Ali atas kelebihan diri yang Alicia ada dan Ali tiada kelebihan tersebut.

Selain itu, Alicia amat tegas tidak kira menjalankan tugas sebagai pengawas mahupun sebagai ejen M.A.T.A. Hal ini Alicia mencari pasal dengan Ali walaupun kesalahan kecil sahaja.

Alicia bertekad keras, seperti yang dinyatakan ketika dia menolak arahan General Rama dan menyertai misi itu untuk mendapatkan drone CTech kembali dalam "MISI: SERI". Dia juga memikirkan dirinya sendiri, mendapati ia tidak adil bagaimana Ali, seorang pemula yang tidak bermaruah, akan pergi ke misi hanya kerana dia mempunyai I.R.I.S., sementara dia, ejen yang telah menjalani seluruh hidupnya, terpaksa memasuki batas-batas kemudahan latihan M.A.T.A.. Kerana ini, dia merasa sedikit dan sentiasa menetapkan untuk membuktikan kepada semua orang, terutamanya General Rama, bahawa dia jauh lebih besar dari Ali, walaupun tanpa I.R.I.S. Alicia kadang-kadang mengambil masa terlalu lama, bagaimanapun, apabila dia hampir dibunuh selepas Dos meleburkannya ke dalam reaktor kuasa azurium dan membiarkannya dihancurkan dalam "MISI: PROTOKOL GEGAS", kerana dia terlalu sibuk merenung Ali tentang keupayaannya sebagai ejen.

Alicia juga mampu memikul dendam, kerana dia sentiasa cuba untuk mengalahkan Ali semasa misi dalam usaha untuk membuktikan bahawa dia adalah ejen yang lebih baik. Ini bermula dari "MISI: SERI" hingga "MISI: PROTOKOL GEGAS", dan selepas hampir mati, dia telah menarik diri dari rakan sepasukannya dan meneruskan kegiatannya sebagai Pengacau Bertopeng daripada memulakan misi dengan Ali dan Bakar. Alicia juga sarkastik, berdisiplin, dan yakin dalam kemahirannya sebagai ejen. Dia juga bukan jenis untuk mempercayai orang lain dengan mudah dan lebih suka bekerja bersendirian. Alicia sangat keras pada dirinya sendiri, bertujuan untuk menjadi ejen yang sempurna, dan melakukan segala yang dia dapat daripada menunjukkan kelemahan; dan apabila dia melakukannya, dia menganggap dirinya sebagai kegagalan dan mengalahkan dirinya sendiri walaupun terkecil.

Dalam Musim 2, Alicia dibawa ke akademi M.A.T.A. dibawah perintah bapanya. Dia ditugaskan untuk menjaga Ali dan I.R.I.S. saat General Rama tidak lagi boleh mempercayai sesiapa di M.A.T.A..

Trivia

  • Alicia memulakan latihan mengintip ketika dia berumur 1 tahun.
  • Alicia adalah ketua pengawas dan pelajar cemerlang di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1.
  • Dalam MISI: SERI, tabletnya telah menunjukkan nama penuhnya, iaitu Alicia Kheng walaupun dia ialah anak perempuan kepada General Rama.
  • Alicia mempunyai dua cekak rambut yang berbeza: hijau semasa di sekolah dan kuning semasa menjadi ejen.
  • Alicia boleh mengakses pelayan M.A.T.A. untuk maklumat, seperti yang ditunjukkan dalam MISI: COMOT, walaupun ia tidak pernah disebutkan jika dia dibenarkan untuk mengaksesnya atau jika dia terpaksa menggodam pelayan.
  • Alicia dilihat adalah kawan baik, atau dari segi neutral, dengan Mia, rakan sekelasnya.
  • Alicia menjalan tugas dengan baik dengan Bakar semasa misi, dan ia menunjukkan keupayaan mereka sebagai satu pasukan.
  • Ketinggian badan Alicia ialah #135 cm.
  • General Rama sebenarnya tidak membenarkan anaknya menyertai dalam misi kerana ia menjejaskan keselamatannya, tetapi Alicia masih mengambil bahagian dalam misi walaupun tidak dibenarkan.
  • Alicia selalu memakai baju kuning dalam kelas Pendidikan Jasmani; ini menunjukkan bahawa dia adalah ahli Rumah Kuning, salah satu kumpulan sukan di sekolahnya.
  • Alicia lahir pada tarikh 31 Julai.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali #12, dijelaskan bahawa Alicia merupakan pelajar terbaik dalam kelas 6 Avicenna. Mendapat tempat pertama ialah satu kebiasaan buat Alicia dalam mana-mana bidang. Disebabkan pencapaian akademik dan kokurikulum yang sangat baik, Alicia dilantik menjadi ketua pengawas di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Alicia.


Latihan Simulasi

EJEN ALI Simulation Training - ALICIA

EJEN ALI Simulation Training - ALICIA

EJEN ALI: Latihan Simulasi - ALICIA

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro