FANDOM


Aliya
Aliya marah pembuli
Nama lain Mama (Ghazali, Ali)
Kakak (Bakar)
Umur Akan diumumkan...
Jantina Perempuan
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Tidak diketahui
Mata Perang
Keluarga Ali (Anak lelaki)
Dr. Ghazali (Suami)
Bakar (Adik lelaki)
Baharom (Ayah)
Kawan Tidak diketahui
Pekerjaan Akan diumumkan...
Hobi Tidak diketahui
Status Mati
Disuarakan oleh Salina Salmee Mohd Ali
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 1, Episod 4: MISI: COMOT (2016) (Imbas kembali)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Akan diumumkan...
Aliya merupakan ibu kepada Ali dan kakak kepada Bakar.

Sejarah

Pra-Ejen Ali

Dalam MISI: BANGKIT, Aliya didedahkan adalah kakak kepada Bakar. Dia pertama kali dilihat berada di sana untuk mempertahankan Bakar dari pembuli dan memberikan kata-kata semangat kepada Bakar. Sejak itu, Bakar sentiasa tidak mudah mengalah dan terus berjuang.

Dalam MISI: ANALOG, dia dilihat sedang menenangkan Bakar apabila dia melihatnya bersendirian dan tidak berpuas hati. Dia bermain kejar-kejaran dengan Bakar untuk memberitahu bahawa mereka tidak semestinya memerlukan permainan video untuk bersenang-senang. Dia kemudiannya mencipta permainan video bagi adiknya untuk menghiburkannya.

Selepas Aliya dewasa, dia bertemu dengan Ghazali dan berkahwin dengannya. Mereka kemudian mendapat anak lelaki yang diberi nama Ali dan memelihara seekor kucing bernama Labu. Bakar juga sering melawatnya dan menjaga Ali. Walau bagaimanapun, dalam MISI: COMOT, ia telah didedahkan bahawa Aliya telah meninggal dunia. Namun, ia tidak diceritakan apa yang berlaku padanya.

Walaupun menjadi watak kecil, tetapi Aliya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan Ali, Ghazali dan Bakar. Ketika dia masih hidup, mereka sekeluarga dapat hidup dengan bahagia. Sejak kematiannya, kehidupan Ali, Ghazali dan Bakar menjadi sengsara. Ghazali sering tertekan dan lebih menumpukan terhadap kerjanya. Bakar mungkin tinggal berjauhan dan tidak berjumpa dengan Ali sehingga peristiwa dalam MISI: IRIS. Labu pula melarikan diri dari rumah dan tidak kembali lagi. Ali diabaikan dan selalu bersendirian, menyebabkan pelajarannya mula merosot.

Perwatakan

Aliya merupakan seorang yang bersifat baik, berani, memahami dan mengasihi. Sebagai kakak kepada Bakar, dia adalah model peranannya. Dia sentiasa menggalakkannya, menghiburkannya dan membela dia dari pembuli. Dia melakukan perkara yang sama kepada Dr. Ghazali dan Ali.

Dia ditunjukkan pintar dan bijak. Dalam MISI: ANALOG, dia mampu membuat permainan konsol sendiri di sekolah.

Ali berkongsi banyak persamaan dengannya seperti yang dinyatakan oleh Bakar dalam MISI: PRESTASI.

Trivia

  • Namanya mula-mula didedahkan dalam kredit MISI: ANALOG.
  • Secara kebetulan, terdapat nama "Ali" di dalam namanya, sama seperti Ghazali dan Alicia.
  • Aliya berkongsi pelakon suara yang sama dengan Iman.
  • Ia belum didedahkan lagi bagaimana Aliya meninggal dunia, kemungkinan sama ada dia menghidap suatu penyakit atau dia dibunuh.

Galeri

Video

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro