Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Bakar ialah watak tritagonis dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan seorang ejen KOMBAT dalam M.A.T.A. dan pak cik kepada Ali. Dalam Musim 2, Bakar menjadi mentor bagi teras KOMBAT.

Ringkasan[]

Ejen Bakar adalah seorang ejen M.A.T.A. dan juga pak cik kepada Ali. Dia bertanggungjawab melatih Ali supaya dia dapat menjadi seorang ejen yang berjaya dan atas arahan General Rama sejak Ali tidak sengaja menghidupkan I.R.I.S.. Ejen Bakar ditugaskan bersama Ali untuk menghalang perisik-perisik jahat daripada membuat kacau di Cyberaya. Sebagai seorang ejen dari teras KOMBAT M.A.T.A., Ejen Bakar mampu berlawan dengan musuh menggunakan pelbagai jenis seni mempertahankan diri.

Sejarah[]

Ejen Ali[]

Musim 1[]

Dalam MISI: SENSASI, Bakar dianggap sebagai pengkhianat dalam M.A.T.A. selepas tindakannya yang menyalin blueprint kepada I.R.I.S. dalam MISI: BLUEPRINT dirakam oleh kamera sekuriti. Bagaimanapun dalam MISI: BUKTI, Ali mendapat tahu bahawa pada ketika itu minda Bakar sebenarnya sedang dikawal oleh taktik yang sama yang pernah digunakan oleh Dr. Aaron untuk mendapatkan blueprint kepada I.R.I.S..

Gajet[]

  • Perisai Plasma: Bakar mempunyai perisai di luar sarung tangannya yang berkebolehan untuk menahan pelbagai jenis serangan seperti impak balistik, serangan projektil, laser dan getaran.

Kemahiran[]

  • Seni Mempertahankan Diri: Bakar telah menjalani banyak latihan dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri, yang mana telah memberikannya kelebihan fizikal apabila menghadapi musuh.

Rupa[]

Berkulit sawo matang, anak mata berwarna hitam dan bentuk badan agak gempal. Mempunyai rambut keriting berwarna hitam tetapi dia sering mengenakan topi sudu (cap) berwarna putih berjalur merah yang mempunyai logo Andibah (menyerupai Adidas) di bahagian hadapan topi.

Selain itu, dia menyukai warna biru. Tidak hairanlah semasa menjalankan misi dan berada di luar misi, dia sering mengenakan pakaian serba biru lengkap tetapi hanya menjalankan misi sahaja. Di luar misi dia mengenakan t-shirt berwarna biru mempunyai logo Andibah di bahagian kiri dan berseluar pendek paras bawah lutut.

Perwatakan[]

Bakar adalah seorang yang mesra, tetapi juga serius apabila perlu. Dia selalu melindungi anak saudaranya, Ali dan sangat mengambil berat dengan keluarganya, bahkan juga abang iparnya, Dr. Ghazali. Dia melakukan yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan M.A.T.A. sebagai organisasi rahsia, dan masa membekalkan kemahirannya sebagai ejen KOMBAT dalam misi penting. General Rama mempercayai Bakar dengan pelan misi - dan tanggungjawab untuk melindungi Ali dan I.R.I.S..

Bakar juga sentiasa yakin dengan kemahiran dan penampilannya, membuatkan dia sentiasa mengekori setiap wanita yang melintasi jalannya, termasuk Dos dan Jenny, dengan memberikan ayat-ayat cinta yang agak menggelikan mereka. Bakar juga gemar memakan burger, tidak kira sama ada di luar ataupun dalam misi. Sebagai ejen KOMBAT, Bakar selalu dibelasah dan tercedera.

Petikan dialog[]

  • "Apa kena ni Ali, sejak berlatih dengan Rizwan, kau dah tak dengar cakap uncle..."

Trivia[]

  • Sama seperti "Ali", nama "Bakar" juga banyak terdapat dalam buku rujukan sekolah. "Bakar" juga merupakan perkataan yang membawa maksud "membakar", menggambarkan sifat Bakar yang tidak mudah mengalah.
  • Bakar ditunjukkan amat gemar memakan burger. Ini juga ditunjukkan dalam Ejen Ali Teaser #1 dan MISI: I.R.I.S.. Malah, pengarah siri ini, Usamah Zaid telah menyatakan bahawa dia dan bersama pencipta yang lain selalu mengimaginasikan Bakar dan bertujuan supaya dia menjadi seorang perisik yang menyamar sebagai tukang masak burger.
    • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 2, Bakar juga didedahkan bekerja sebagai penjual burger.
  • Bakar didedahkan masih bujang dalam video MISI: RAYA setelah Aunty Faye bertanya bila dia ingin berkahwin.
  • Bakar didedahkan merupakan adik kepada ibu Ali dalam MISI: BANGKIT.
  • Bakar telah dihipnotis oleh Aaron dalam MISI: BUKTI untuk menyalin blueprint kepada I.R.I.S., menyebabkan dia tertuduh atas melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 2, ia didedahkan bahawa tinggi Bakar adalah 185cm dan tarikh lahirnya ialah 15 April.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Bakar. Rujuk Bakar/Galeri.

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement