FANDOM


Comot
Comot
Nama lain Labu (Ali)
Kucing
Umur 3
Jantina Betina
Kaum Kucing
Kewarganegaraan Tidak diketahui
Rambut Bulu putih; boleh berubah semasa penyamaran
Mata Hijau (kanan)
Biru (kiri)
Keluarga Tidak diketahui
Kawan Ali (pemilik kini)
Abang Bear (pemilik kedua; sebelum ini)
Pekerjaan Pencuri kucing Abang Bear
Ejen INVISO dalam M.A.T.A.
Hobi Akan diumumkan...
Status Hidup
Disuarakan oleh Ida Rahayu Yusoff
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 1, Episod 1: MISI: IRIS (2016)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Teaser Nombor Satu (watak pembantu)
Comot merupakan kucing peliharaan Ali. Ia pernah bekerja dengan Abang Bear untuk mencuri I.R.I.S. tetapi ia belot setelah menjadi milik Ali. Setelah itu dalam MISI: BLUEPRINT, Comot diterima menjadi Ejen INVISO di dalam M.A.T.A..

Ringkasan

Comot merupakan seekor kucing liar yang pernah menjadi bahan eksperimen larangan di sebuah pusat penempatan haiwan liar. Hasil daripada eskperimen kejam itu, Comot mempunyai bulu yang boleh bertukar warna mengikut persekitaran. Setelah kegiatan pusat itu dibanteras, Comot dan kucing-kucing lain ditangkap dan dipergunakan oleh konco-konco Abang Bear untuk kegiatan jenayah di Cyberaya.

Sejarah

Pra Ejen Ali

Dalam konsep pertama, Comot merupakan seekor kucing yang tersesat yang diculik oleh saintis untuk eksperimen genetiknya, menyebabkan ia mempunyai keupayaan untuk menyamar. Bahagian cerita ini mungkin digunakan dalam konsep akhir siri ini. Dalam MISI: COMOT, Alicia menunjukkan Ali dan Bakar sebuah artikel berita Cyberaya yang bercakap tentang polis mencari kedai haiwan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen genetik haram pada haiwan yang sesat. Ia mungkin bahawa Comot adalah kucing liar dan pemilik pertamanya adalah saintis itu. Comot kemudiannya digunakan untuk percubaan yang memberikan kecerdasan tinggi dan keupayaan penyamaran. Sebelum polis mengetahui eksperimen itu, ia dibawa bersama dengan kucing lain yang diubah suai secara genetik.

Sebelum MISI: COMOT (dan mungkin MISI: IRIS), Comot dan kucing-kucing lain diberikan/dijual kepada Abang Bear. Mereka ditugaskan untuk mencuri barang-barang untuknya, yang mana salah satunya adalah barang-barang perhiasan Aunty Faye yang dicuri oleh Comot. Kejahatan yang dilakukan oleh kucing telah menjadi berita di seluruh Cyberaya.

Ejen Ali

Dalam MISI: COMOT, Wak Musang menunjukkan sebuah video tentang I.R.I.S. kepada Abang Bear, yang menarik perhatiannya. Dia dan Komeng menunjukkan video itu kepada kucing-kucing, dan mengarahkan mereka untuk mencari item itu atau akan dihukum jika gagal. Oleh kerana semua kucing entah bagaimana disambungkan dengan komputer riba Abang Bear, satu butang yang ditekan akan memancarkan elektrik terhadap kucing-kucing itu sebagai amaran, atau sebagai hukuman untuk kegagalan mereka atau sikap memberontak.

Comot, yang merupakan salah seekor daripada kucing Abang Bear, mencuri item bulat dari Shaun dan Syed. Mereka berdua cuba mengejar Comot, yang kemudian menarik perhatian Ali yang sedang membuang sampah. Ali melihatnya dan menganggapnya sebagai kucing peliharaannya yang hilang "Labu", kerana bulu Comot yang kotor. Comot terjatuhkan item bulat yang dicuri itu di tengah jalan, dan ia cuba mengambilnya kembali dengan tidak menyedari ada kereta menghampirinya. Ali berjaya menyelamatkannya dan kemudian membawanya ke rumahnya, melarikan diri dari Shaun dan Syed dan membuatkan mereka menganggap Comot adalah kucing peliharaannya sementara barang mereka telah rosak dipijak oleh tayar kereta.

Selepas kedua-dua mereka beredar, Ali menunjukkan Comot sebagai "Labu" kepada ayahnya. Walau bagaimanapun, dia tidak suka untuk membela kucing oleh kerana tanggungjawab dan kos. Dia juga mengingatkan Ali yang Labu telah melarikan diri selepas ibunya meninggal dunia. Selepas ayahnya pergi bekerja, Ali memberi makan kepada Comot, mengubati luka dan bermain dengannya. Comot mula terikat dengannya dan menghiburkannya apabila dia sedih. Apabila ia membenarkan Ali untuk mengusapnya, Ali menyedari bahawa kekotorannya dan mencadangkan untuk memandikannya. Comot pantas menyembunyikan diri untuk mengelak dari dimandikan, maka Ali terpaksa menggunakan I.R.I.S. untuk mencari keberadaannya dan memaksanya untuk mandi.

Setelah Comot dibersihkan, Ali pun menyedari bahawa rupanya ia memang bukan "Labu" kerana bulunya berwarna putih. Oleh itu, Ali memberinya nama "Comot" kerana kulitnya yang comot sebelum ia dimandikan. Sebaik Ali menyahaktifkan I.R.I.S., Comot terlihat dan terfikir akan tugasnya untuk mencuri item itu. Semasa Ali bercakap dengan Viktor di telefon, Comot mencurinya secara senyap dan menggunakan kebolehan penyamarannya untuk melarikan diri, walaupun merasa bersalah atas tindakannya itu.

Comot merupakan kucing terakhir yang kembali ke Abang Bear, dan menjadi satu-satunya kucing yang berjaya mendapatkan I.R.I.S.. Ia cuba untuk melarikan diri apabila orang Komeng cuba untuk mengikatnya. Ali, yang sedang menunggu ketibaan Bakar dan Alicia untuk mendapatkan semula I.R.I.S., pergi mencari Comot dan cuba membebaskannya. Comot dipancarkan elekrik kerana mencakar tangan Abang Bear maka Ali menyelamatkannya dari diseksa dengan memusnahkan komputer ribanya. Ali cuba untuk menyerang Abang Bear dan orang Komeng, tetapi tanpa I.R.I.S., dia dengan mudah ditangkap mereka, bersama-sama dengan Bakar dan Alicia. Mereka dikunci dan dikurung di dalam gudang terbiar dengan bom masa.

Setelah Comot diambil, ia mempunyai pemikiran kedua. Dia membebaskan dirinya, menyerang Abang Bear dan mengambil semula I.R.I.S. untuk mengembalikannya semula kepada Ali. Abang Bear, Komeng dan gengnya terpaksa melarikan diri dengan kucing lain kerana beranggapan yang bom waktu itu kemungkinan akan membunuh Comot dan ejen-ejen. Comot kemudian mengembalikan I.R.I.S. kepada Ali dan mengikut arahannya, membantu mereka melarikan diri tanpa sebarang luka. Kemudian, Comot dibawa pulang oleh Ali dan dijadikan sebagai kucing peliharaannya.

Selepas peristiwa dalam MISI: COMOT, Comot menjadi seekor kucing yang setia kepada Ali, sentiasa mengikutinya, menghiburnya, membantunya (walaupun ia bermaksud mencuri) dan mendengar arahannya (kecuali dalam MISI: PROTOKOL GEGAS kerana marah pada Ali yang meninggalkannya di sekolah). Walaupun, ia juga kadang-kadang marah apabila Ali lupa untuk memberikan makan kepadanya (yang biasanya pada waktu pagi kerana terlambat untuk ke sekolah). Syukurlah, ia bersifat bebas dan mampu mengawal dirinya.

Dalam MISI: BLUEPRINT, Comot diam-diam mengikuti Ali ke Safehouse M.A.T.A., yang menimbulkan banyak kegusaran terhadap General Rama. Walau bagaimanapun, ia membuktikan yang ia juga dapat membantu apabila ia membantu mereka mengesan tempat tinggal Dos dan Trez dengan mengejar lipas robotik, dan memegang blueprint I.R.I.S. sehingga Rizwan tiba untuk menamatkan pertarungan. Bantuannya di dalam misi telah memaksa General Rama untuk menerimanya sebagai ejen M.A.T.A. tetapi dengan syarat yang Ali perlu memastikan Comot tidak menimbulkan apa-apa masalah. Semenjak itu, Ali biasanya membawa Comot dalam begnya ke sekolah untuk membawanya ke misi.

Dalam Musim 2, Comot menjadi ahli aktif dalam pasukan Ali, sentiasa ada untuk membantu mereka dalam misi. Namun, ia tidak mengganggu Ali dalam latihannya di Akademi M.A.T.A.. Ia juga telah diamanahkan oleh ayah Ali untuk menjaga Ali.

Kebolehan

  • Ketinggian IQ: Comot merupakan kucing yang ber-IQ tinggi, bermaksud ia mempunyai daya faham yang tinggi. Ini membolehkannya untuk mengikut arahan yang diberi (terutamanya oleh Ali) dengan cekap.
  • Penyamaran/Kamuflase: Kebolehan utama Comot yang pertama kali didedahkan dalam Ejen Ali Teaser #1. Bulunya yang terhasil daripada eksperimen genetik membolehkannya untuk bertukar warna, seolah-olah lutsinar dari pandangan mata kasar.
  • Kebolehan Semulajadi: Sebagai seekor kucing, Comot mampu melompat atau mendaki ke tempat yang tinggi. Saiz kecilnya membolehkannya untuk menyelinap ke tempat-tempat kecil. Cakarannya membolehkannya berpaut pada dinding, mencakar lawannya untuk menyerang ataupun memotong kaca. Ia juga suka mendapatkan sesuatu dengan menggigit, menangkap atau melumpuhkan sesuatu item atau senjata.

Trivia

  • "Comot" adalah perkataan ketiga yang biasa dijumpai dalam buku rujukan sekolah. Ia adalah perkataan yang biasa digunakan untuk "kotor".
  • Dalam latihan simulasinya, Comot didedahkan menyukai ikan sebagai makanannya.
  • Ali telah tersalah anggap Comot sebagai "Labu", iaitu kucing peliharaan lamanya yang telah melarikan diri selepas ibu Ali meninggal dunia. Apabila Ali pertama kali menjumpai Comot, ia dilihat mempunyai bulu berwarna kelabu, membuatnya terlihat seperti Labu. Selepas memandikannya, Ali menyedari bahawa Comot mempunyai bulu berwarna putih; bulunya kelihatan kelabu pada awalnya kerana bulunya kotor. Oleh kerana itu, Ali menamakannya sebagai "Comot".
    • Nama "Labu" merupakan singkatan bagi "kelabu".
  • Comot mengalami heterokromia pada mata kanannya.
  • Seperti yang disahkan oleh pos dari Facebook rasmi Ejen Ali, Comot adalah berjantina betina. Pos itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, iaitu "No wonder she was angry XD sorry Comot!".
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali #7, ia didedahkan yang Comot lahir pada 24 Disember dan kini ia berumur berumur 3 tahun.
    • Comot secara teknikalnya adalah dewasa kerana 3 tahun bagi kucing adalah bersamaan dengan 28 tahun bagi manusia.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Comot.


Video

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro