Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Dos ialah watak dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan Numeros.

Ringkasan[]

Dos, seorang yang sangat objektif dengan apa sahaja misi yang diberikan. Antara salah seorang pengikut awal Uno yang diberikan kepercayaan untuk menjalankan misi-misi penting. Kebanyakan informasi tentang Dos sudah hilang dari pangkalan data GRID. Dos memiliki hubungan yang lebih dekat dengan Trez dibanding dengan anggota lain Numeros.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Sementara Trez sedang mengecas tubuh badannya, Dos muncul dan menegurnya adakah keadaan menjadi kecoh kerana dia mahukan bateri itu lalu mengumpamakannya seperti mainan kerana dia mempunyai senjata yang dahsyat di dalam tubuh badannya, namun memerlukan bateri untuk terus bertahan. Trez menjadi geram lalu mencabut wayar di tangannya dan memberikan amaran kepada Dos untuk mencabut nyawanya, lalu cuba menyerang Dos. Dengan menggunakan kasutnya, Dos mengelak semua serangan Trez lalu melontar shox stix ke arahnya, mengakibatkan litar pintas di tubuh badan Trez. Dos menyindir Trez lagi bahawa dia mempunyai tubuh badan yang besar tetapi lemah, menyebabkan Trez bertambah geram lalu meluru ke arahnya.

Dos segera melompat ke atas dan mengelak serangan Trez sementara Trez dengan pantas mencampakkan tong biru ke arah Dos. Dos sempat mengelak, kemudian Trez mengambil kesempatan itu untuk menyerang Dos dengan laju. Tiba-tiba, tangannya terhenti betul-betul di hadapan muka Dos dan terasa seperti kedua-dua tangannya dikawal oleh seseorang sementara Dos tersenyum melihat itu. Uno muncul di skrin komputer dan bertanya khabar Trez menggunakan kata-kata "Banduan 0303". Selepas Uno memberikan tawaran yang tidak dapat ditolak oleh Trez dan meninggalkan pesanan bahawa mereka akan menunggunya, Dos menyimpan semula shox stix miliknya lalu beredar dari situ.

Ejen Ali: The Movie[]

Di akhir filem selepas kredit, Dos dilihat bersama Rizwan sedang meninggalkan Restoran Mamak Maju.

Gajet[]

  • Shox Stix: Senjata yang digunakan untuk melumpuhkan musuh buat sementara dan boleh mengakibatkan litar pintas kepada mesin atau robot. Dos juga menggunakannya sebagai sanggul rambut. Pertama kali digunakan dalam MISI: I.R.I.S..
  • Velocity Boots: Sepasang kasut yang boleh mempercepatkan lonjakan kaki untuk berlari dengan lebih laju dan melompat dengan lebih tinggi. Pertama kali muncul dalam MISI: IRIS.
  • Kristal Kilat: Sebuah cahaya dari kristal yang boleh menyilaukan musuh dan membolehkannya untuk melarikan diri dengan mudah. Pertama kali digunakan dalam MISI: BLUEPRINT terhadap Rizwan dan MISI: PROTOKOL GEGAS terhadap Ali dan Alicia.
  • Bilah Plasma: Senjata berbentuk pisau yang boleh mengeluarkan suhu dan cahaya yang panas dan boleh memotong banyak permukaan. Ia pertama kali digunakan dalam MISI: PROTOKOL GEGAS. Dalam MISI: OVERRIDE, bilah kanannya telah dipecahkan oleh Bakar dan bilah kirinya dipecahkan oleh Comot.

Kemahiran[]

  • Penyamaran: Dos mempunyai kepakaran dalam penyamaran. Dalam MISI: I.R.I.S., dia menyamar sebagai Jenny.
  • Seni Mempertahankan Diri: Dos juga mahir dalam seni mempertahankan diri dan pertarungan melalui jarak dekat.

Trivia[]

  • "Dos" bermaksud "dua" dalam Bahasa Sepanyol.
  • Dos meminjam elemen dari francais Flash.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 9, ia didedahkan bahawa tinggi Dos adalah 166cm dan tarikh lahirnya ialah 14 Januari.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Dos. Rujuk Dos/Galeri.

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement