Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama Wau Animation dan disiarkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai seorang pelajar darjah enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.

Siri ini diterbitkan dalam format HDTV. Ejen Ali merupakan siri animasi pertama yang dijadikan harta intelek Media Prima Berhad (MPB).

Ringkasan[]

Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S.. Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem I.R.I.S. sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A. dan menyelamatkan bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

Produksi[]

Idea menghasilkan siri animasi ini datang kepada Usamah Zaid Yasin, pengarah dan penulis skrip, selepas menubuhkan WAU Animation pada 2013. Untuk jalan cerita, beliau dan pasukan beliau menonton filem, siri animasi dan membaca novel tentang perisikan. Penghasilan Ejen Ali mengambil masa dua tahun sebelum kerja-kerja produksi bermula pada Julai 2015. Berkaitan nama yang dipilih dalam siri ini, Usamah berkata bahawa Ali merupakan nama yang ringkas dan banyak digunakan dalam buku teks. Mereka pening pada mulanya untuk memilih nama yang ringkas dan akhirnya Ali telah dipilih.

Pada mulanya, WAU Animation bercadang untuk menjadikan Ejen Ali sebagai projek filem, tetapi disebabkan oleh kesukaran mendapatkan pelaburan dan selepas berbincang dengan pelbagai pihak dan beberapa maklum balas, mereka merasakan bahawa ia satu kerugian jika mereka hanya menjadikan ia sebagai satu filem sahaja kerana konsepnya amat luas. Mereka merancang untuk mengembangkan siri ini sekurang-kurangnya sehingga 5 musim, kemudian filem pula bakal menyusul.

Episod[]

Rencana utama: Senarai episod Ejen Ali

Watak[]

Rencana utama: Senarai watak Ejen Ali

Soundtrack[]

Projek Filem[]

Rencana utama: Ejen Ali: The Movie

Pihak WAU telah mengumumkan bahawa produksi projek filem "Ejen Ali: The Movie" dimulakan pada tahun depan dan telah dikeluarkan pada bulan Disember 2019. Terdapat rancangan untuk membuat lebih daripada dua filem Ejen Ali, masing-masing mendedahkan butiran baru yang lebih terperinci tentang latar belakang wira, organisasi rahsia M.A.T.A..

Pembuatan Ejen Ali[]

Pembuatan Ejen Ali telah disiarkan pada 2 April 2016 pukul 10:30 pagi di TV3 dan kemudian pada 3 April 2016 pukul 7:00 malam di TV9. Pembuatan Ejen Ali meliputi ahli-ahli di sebalik pengeluaran siri ini.

Galeri[]

Video[]

Advertisement