Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Rizwan merupakan watak dalam siri Ejen Ali. Dia adalah salah seorang ejen INVISO dalam M.A.T.A..

Ringkasan[]

Ejen Rizwan, adalah ejen nombor satu dalam M.A.T.A.. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentangnya kerana Rizwan jarang berbicara melainkan jika perlu. Seorang yang sangat objektif, efisien dan fokus apabila menjalankan misi. Antara ejen M.A.T.A. yang berlatih di bawah jagaan ketua teras dan berjaya menguasai teknik titik tekanan.

Sejarah[]

Ejen Ali[]

Musim 1[]

Rizwan membuat kemunculan pertamanya dalam MISI: ALPHA, sebagai rujukan dalam penjelasan Bakar tentang teras INVISO apabila dia menjelaskan kepada Ali tentang empat teras yang terdapat di dalam M.A.T.A.. Rizwan terkenal dengan kepakarannya dalam teknik penyamaran yang membolehkan dia bersembunyi di depan mata musuh. Interaksi pertamanya dengan Ali adalah selepas General Rama memperkenalkannya kepada Ali. (Petikan dialog: "Baik kamu jangan buat apa-apa yang akan rosakkan misi ini.")

Misi pertama Rizwan yang ditunjukkan dalam siri ini adalah untuk menyelamatkan Dr. Tong daripada Dr. Aaron, seorang penjahat yang boleh mengawal minda manusia. Sebaik Ali berada dalam bahaya di mana mindanya hampir dapat dikawal, Rizwan mendedahkan dirinya sebagai salah seorang pengawal keselamatan yang dihipnotis, setelah menggunakan kemahiran penyamarannya untuk menyelinap tanpa dideteksi, dan mengalahkan musuh-musuh sekitarnya dengan sarung tangan kuasanya.

Rizwan dikenali sebagai "ejen terhebat M.A.T.A." kerana kemahirannya yang hebat sebagai ejen dalam teras INVISO. Dia mempunyai tabiat untuk muncul dari mana-mana dan menyampuk perbualan pasukan yang mungkin ada bersama General Rama di dalam bilik kawalan.

Dalam MISI: POTENSI, Rizwan menjadi mentor sementara yang tegas dan keras dalam mengajar Ali untuk menjadi ejen yang baik.

Dalam MISI: OVERRIDE, Rizwan mengalami kecederaan parah yang disebabkan oleh bekas mentornya. Menurut Bakar, dia sedang menjalani rawatan di dalam M.A.T.A..

Musim 2[]

Dalam MISI: ORIENTASI, Rizwan telah pulih dan kembali ke dalam Akademi M.A.T.A.. Dia bertemu dengan ketua teras dan bertanya kepada mereka tentang kejadian 5 tahun yang lalu, dan ingin tahu kebenaran yang mereka merancang kematian Djin. Dia kemudian bertemu Dos untuk mengetahui kebenarannya.

Dalam MISI: KEMBALI, di akhir episod, Rizwan menjadi pengkhianat M.A.T.A.. Dia dan Dos mengalahkan Geetha, Leon, dan Bakar. Ali dan Comot cuba menyerang mereka. Ali menjadi sangat marah kepada Rizwan dan cuba menamatkannya, tetapi Ali dikalahkan dan tiba-tiba dengan I.R.I.S. menjadi Mod Override.

Ejen Ali: The Movie[]

Di akhir filem selepas kredit, Rizwan dilihat bersama Dos sedang meninggalkan Restoran Mamak Maju.

Gajet[]

  • Suit: Sut Rizwan membolehkan dia untuk menyamar sebagai orang lain. Ia direka khas untuk tidak menghalang pergerakan pemakainya dan mempunyai lapisan kevlar yang boleh menahan serangan fizikal.
  • Sarung Tangan Titik Tekanan: Rizwan memakai sepasang sarung tangan yang menyebabkan gegaran kecil yang mengejutkan sistem saraf musuh dan boleh melumpuhkan mereka. Ia direka khas untuk teknik ini dan cahaya laser di hujung jari akan memastikan serangan ini menembusi lapisan fabrik yang tebal.
  • Batang Lolipop: Rizwan sering ditunjukkan untuk makan gula-gula lolipop. Ia juga boleh dijadikan sebagai senjata mudah di mana selepas Rizwan menghabiskan atau menggigit lolipop itu dia melemparkan batangnya untuk mengenai vital point pada musuhnya.
  • Bom Pemasa: Merupakan bom dengan masa kurang dari dua minit, yang akan meletupkan sesuatu tempat setelah ia diaktifkan. Meskipun ia bukan sebahagian dari senjata utamanya, namun bom ini pernah digunakan oleh Rizwan untuk meletupkan gua yang didiami oleh kumpulan Numeros.

Perwatakan[]

Rizwan dikenali sebagai seorang yang berhati sejuk dan selalu bertindak sombong terhadap orang lain. Keseriusannya dan ekspresi kesabaran yang berterusan menyebabkan dia tidak pernah dilihat tersenyum secara ikhlas sepanjang siri ini. Walaupun kadang-kadang dia tersenyum, ia biasanya adalah sindiran ringkas. Dia berhati sejuk di bawah tekanan dan jarang meninggikan suaranya, walaupun dalam keadaan marah.

Sejak Rizwan kehilangan mentornya, Rizwan sering bersendirian, menolak sebarang tawaran perkawanan, lebih memilih bersendirian dan hanya berkomunikasi dengan ejen lain dengan serius. Walaupun dia kelihatan tidak beremosi, namun Rizwan sebenarnya telah menunjukkan perasaan yang kuat, kebanyakannya kemarahan dan kekeliruan, apabila kembali mentornya yang hilang, yang telah menjadi jahat dan menentang M.A.T.A. dan sedemikian juga diri Rizwan.

Petikan dialog[]

  • "Baik kamu jangan buat apa-apa yang akan rosakkan misi ini."
  • "Musuh takkan tunggu kamu bersedia."
  • "Baik... Baik kau berhenti cakap benda yang bukan-bukan... Aku takkan belot!"
  • "Saya berharap dia boleh kembali ke M.A.T.A., tapi dia bukan lagi Djin yang saya kenal."

Trivia[]

  • Reputasi Rizwan sebagai ejen paling hebat diketahui di seluruh M.A.T.A..
  • Salah seorang daripada empat mentor M.A.T.A., Djin, merupakan bekas mentor kepada Rizwan. Djin kini dikenali sebagai Uno dan menjadi ketua dalam kumpulan Numeros.
    • Tiga mentor yang lain terpaksa menggunakan Protokol Gegas terhadap Djin untuk menyelamatkan Cyberaya, maka mereka terpaksa meninggalkannya di belakang. Dia dianggap telah terkorban, tetapi entah bagaimana berjaya untuk terus hidup.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 3, ia didedahkan bahawa tinggi Rizwan ialah 175cm dan tarikh lahirnya ialah 17 September.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 5, Ali dan Bakar telah menemui koleksi lolipop Rizwan, termasuk perisa rendang.
  • Umur Rizwan berusia 37 tahun seperti yang dinyatakan dalam MISI: POTENSI.
  • Seperti Jenny, Rizwan juga didedahkan adalah pengkhianat M.A.T.A. dalam MISI: KEMBALI.
    • Walau bagaimanapun, ini terbukti salah dalam MISI: DIEZ setelah Rizwan mengatakan bahawa tugasnya untuk menjatuhkan Uno telahpun selesai. Tujuannya menyertai Numeros juga didedahkan adalah untuk memujuk mentornya untuk berdamai semula dengan M.A.T.A..
  • Di MISI: TUJUAN, Dos cakap bahawa Djin ialah satu-satunya orang yang Rizwan anggap keluarga. Ini menunjukkan bahawa mungkin Rizwan adalah seorang yatim piatu, dan mungkin memiliki masa lalu yang mirip dengan Rudy.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Rizwan. Rujuk Rizwan/Galeri.

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement