Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Rudy ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen INVISO dari Akademi M.A.T.A..

Ringkasan[]

Rudy membesar tanpa keluarga, sejak kecil dia telah terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti menyeluk saku untuk terus hidup di Pinggiran. Rudy diselamatkan oleh Ketua Teras INVISO, Djin dan kemudian dimasukkan ke dalam Akademi M.A.T.A. untuk menerima latihan. Rudy berlatih menjadi ejen INVISO untuk mengikut jejak langkah idola dan penyelamatnya. Sangat kompetitif dan rajin memperbaiki kebolehan diri sendiri.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Kisah latar belakang Rudy telah diceritakan dalam MISI: HARAPAN. Ketika dia masih kanak-kanak, dia tinggal di kawasan terpinggir di pinggir bandar Cyberaya. Dia amat bijak dalam mendapatkan makanan dan duit untuk meneruskan hidupnya. Dia juga tidak kisah untuk berkongsi suatu benda yang dicurinya dengan budak-budak lain, tetapi asalkan masing-masing mempunyai barang untuk ditukar. Suatu hari, perbuatan Rudy untuk mencuri dompet Djin menarik perhatiannya terhadap Rudy. Djin kemudian menyelamatkan Rudy dari Komeng dan orang-orangnya. Melihat potensi yang ada dalam diri Rudy, Djin merekrutnya ke dalam Akademi M.A.T.A.. untuk mengasah kebolehannya, sekaligus menyelamatkan Rudy dari kehidupan yang sengsara.

Sejak saat itu, Rudy amat menyanjungi Djin dan menganggapnya sebagai penyelamat dalam hidupnya. Rudy juga kagum terhadap Djin, bahkan gaya rambutnya hampir mirip dengan gaya rambut Djin.

Gajet[]

  • Shadow Cuff: Merupakan sebuah gadget sembunyi untuk melakukan serangan hendap. Rudy boleh menggunakannya untuk mengikat dan mengawal pergerakan musuh mengikut kehendaknya dari jarak sederhana dekat.
  • Sut Camo: Sebagai ejen teras INVISO, sut Rudy dilengkapi dengan fungsi camouflage yang membolehkannya menyamar sebagai orang lain dengan cara memakai topi dari sutnya.

Rupa[]

1546060467614

Rudy mempunyai rambut hitam terpacak ke belakang menyerupai idolanya, Djin dan berkening tebal serta berkulit putih kemerahan. Sebagai ejen muda teras INVISO dalam M.A.T.A., dia mengenakan sut serba kelabu atau putih serta berseluar hitam dan berkasut kelabu semasa menjalankan misi. Ketika berada di luar misi, dia juga mengenakan baju kelabu pada bahagian bahu dan hoodie serta warna putih pada bahagian hadapan baju.

Perwatakan[]

Rudy menjadi seorang yang beremosi, angkuh, dingin dan selalu membenci akan Ali setelah mendengar tentang Ali yang mengalahkan Uno dengan I.R.I.S.. Walaupun dia seorang yang anti-sosial, Rudy boleh bekerjasama dengan ejen-ejen lain sebagai satu pasukan seperti dalam MISI: ORIENTASI.

Menurut Moon, Djin merupakan idola bagi Rudy. Dia bahkan mengetahui teknik asas yang digunakan oleh Djin, terbukti apabila dia membetulkan tanggapan Jet, Iman, Ali, Khai dan juga Moon yang Djin boleh bertukar menjadi asap dan muncul di mana-mana sahaja, iaitu suatu perkara yang memang mustahil untuk dilakukan. Rudy menjelaskan bahawa Djin merupakan ejen yang paling laju yang tiada tandingannya dan asap yang diperkatakan hanya bertujuan untuk menyembunyikan pergerakannya supaya susah untuk musuh menjejaknya. Dia juga memberitahu bahawa Djin adalah susah untuk dikalahkan dan tidak mempercayai bahawa I.R.I.S. menjadikan Ali super ejen yang boleh mengalahkan Djin.

Rudy dan Moon didedahkan tidak menyukai antara satu sama lain. Bagi Rudy, Moon langsung tidak mengetahui cara untuk menyembunyikan pergerakannya, iaitu teknik terpenting yang patut diketahui oleh semua ejen INVISO.

Petikan dialog[]

  • "Kenapa nak kisah apa orang cakap? Kalau kau sendiri fikir macam ni, belum bertanding pun kau dah kalah."
  • "Kau dah ada kat sini. Buat je yang terbaik."

Trivia[]

  • Nama "Rudy" mungkin diambil dari perkataan rude yang bermaksud kasar atau biadab dalam Bahasa Inggeris, sesuai dengan sesetengah perwatakannya.
  • Rudy, Alicia, Khai dan Mika berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Menurut pencipta siri ini, dalam konsep awal Rudy, dia sepatutnya mengawal pergerakan orang lain dengan menggunakan benang lut sinar. Walau bagaimanapun, teknik ini sukar untuk digunakan dalam 3D dan akan memakan masa dari segi menyesuaikan benang untuk setiap babak. Hasilnya, Rudy diberi sesuatu yang "tanpa wayar" sebagai gajet dalam konsep akhir.
  • Dalam MISI: CABAR, Rudy mendapat peringkat teratas iaitu satu semasa tempoh latihan dengan 40:00 saat.
  • Rudy menggayakan rambutnya sama seperti gaya rambut Djin sewaktu muda.
  • Dalam MISI: RAYA '18, ia didedahkan oleh Khai bahawa Rudy tidak mempunyai keluarga.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 35, ia didedahkan tinggi Rudy ialah 164cm dan tarikh lahirnya ialah 24 Julai.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Rudy. Rujuk Rudy/Galeri.

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement