Ejen Ali Wiki
Advertisement


Jenny ialah watak dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan seorang ahli Numeros yang memakai nama kod Cinco orang suruhan kepada Cero dan Uno. Dia pada mulanya menyertai M.A.T.A. dengan menyamar sebagai ejen Tekno dengan tujuan untuk mengintip dari dalam seperti yang diarahkan oleh Uno. Setelah Uno kecundang, dia seterusnya menjadi pengendali Numeros dan antagonis utama dalam musim ketiga, hanya melaporkan diri kepada Cero.

Ringkasan[]

Sebagai seorang ejen dalam teras TEKNO, Ejen Jenny bertanggungjawab membantu ejen-ejen M.A.T.A. untuk menjalankan misi dengan menyediakan gajet serta menganalisis data dan maklumat supaya misi dapat dijalankan dengan lebih efisien. Selain dikenali sebagai seorang yang riang dan ceria, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ejen Jenny di luar M.A.T.A.. Namun begitu, penglibatannya yang lama dengan M.A.T.A. menjadikan Ejen Jenny sebagai salah seorang ejen yang dipercayai oleh General Rama dan ejen-ejen lain untuk membantu menjalankan misi-misi yang rumit; sehingga pendedahan bahawa Jenny adalah pengkhianat sebenar dalam M.A.T.A.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Tidak banyak yang diketahui tentang Jenny dan bagaimana dia boleh bekerja dengan Uno. Tetapi setelah dia menjadi orang suruhannya, dia menyertai M.A.T.A. untuk mengintip dari dalam dan mendapatkan maklumat tentang agensi ini.

Ejen Ali[]

Jenny melakukan kemunculan pertamanya dalam MISI: I.R.I.S., di mana dia diserang hendap oleh Dos di dalam tandas wanita dan Dos keluar semula dengan memakai kot Jenny. Dia memeriksa keadaan Ali selepas dia sedar semula. Dia kemudian dengan segera menjelaskan tentang I.R.I.S. kepada Ali dan mencadangkan untuk mengkaji tentang cara untuk memisahkannya daripadanya.

Dalam MISI: UNO, Jenny didedahkan adalah pengkhianat sebenar dalam M.A.T.A.

Senjata[]

  • Pena: Pena yang digunakan pada tablet, ia juga digunakan sebagai taser yang meletupkan dan melemahkan musuh (sama seperti Shox Stix milik Dos). Jenny menggunakan ini pada Ali untuk berhenti daripada mengaktifkan mod penindasan dalam MISI: UNO. Walau bagaimanapun, dalam MISI: HARAPAN, dia digunakan untuk menghubungi Uno dan Dos dengan butang di belakang pena. Dia juga menggunakan ini dengan Shox Stix Dos sebagai litar pintas untuk menghentikan bom daripada meletup.
  • Pistol: Pistol bersaiz kecil yang boleh menghasilkan pukulan merah dan menyebabkan kesan besar.

Kemahiran[]

  • Menganalisis Data: Jenny mahir dalam menganalisa data kebolehan musuh dan memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang sesuatu misi.
  • Pembaikan: Memperbaiki, menaik taraf gajet atau perkakasan teknologi M.A.T.A..

Rupa[]

Jenny mempunyai rambut berwarna merah. Dia memakai jaket makmal di luar kardigan hijaunya, seluar merah dan kasut hitam, serta sepasang sarung tangan. Dia sentiasa bersenjata dengan stail dan tablet.

Apabila dia mendedahkan dirinya sebagai pengkhianat dalam M.A.T.A., dia mula menanggalkan cermin matanya dan hanya menggunakannya sebagai sebahagian daripada penyamaran sebagai ejen. Dalam musim kedua, dia juga mula memakai kot berwarna hitam berjalur hijau sebagai orang suruhan kepada Uno.

Jenny didedahkan mempunyai rambut yang panjang pada masa lalu.

Perwatakan[]

Jenny adalah seorang agen M.A.T.A. dalam MISI: IRIS dia mempunyai tabiat menjelaskan perkara panjang bukannya memberikan jawapan pendek apabila menjawab soalan dan alat. Dia baik dan kadang-kadang dia jijik terhadap tindakan Bakar, segala macam kemajuan romantis telah dibuat padanya. Dia suka membantu ejen-ejen lain seperti memberi mereka senjata atau alat baru, seperti dia memberikan yoyo Ali dan Perisai Berteknologi Tinggi Bakar.

Trivia[]

  • Jenny merupakan quartermaster yang menyediakan gajet untuk ejen-ejen M.A.T.A..
  • Dalam MISI: UNO, Jenny didedahkan adalah pengintip musuh sebenar dalam M.A.T.A..
  • Selepas MISI: UNO disiarkan, pelakon suaranya memberikan julukan "Cutevil Jenny" kepada Jenny.
  • Dalam MISI: OVERRIDE, nama kod Jenny telah didedahkan ialah "Cinco", yang bermaksud "lima" dalam Bahasa Sepanyol.
  • Jenny mempunyai tabiat menerangkan perkara-perkara yang panjang dan tidak memberi jawapan yang ringkas apabila menjawab soalan tentang gajet.
  • Jenny sentiasa merasa jijik dan menolak semua ayat-ayat romantik yang dibuat dan diberikan oleh Bakar.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 8, ia didedahkan bahawa tinggi Jenny ialah 160cm dan tarikh lahirnya ialah 24 September.
    • Jenny berkongsi tarikh lahir yang sama dengan pelakon suaranya, Nor Meirysha.

Galeri[]

Gambar rasmi[]

Cekupan skrin[]

Ejen Ali[]

Musim 1
Musim 2

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement