Ejen Ali Wiki
Advertisement


Cyberaya merupakan sebuah bandar futuristik yang menjadi latar tempat utama dalam francais Ejen Ali.

Sejarah[]

Cyberaya ditubuhkan 20 tahun sebelum peristiwa Ali menyertai M.A.T.A. oleh Dato' Othman selaku datuk bandar pertama diiringi oleh tiga peneraju iaitu Dr. Tong, Dr. Mala dan Dr. Ghazali atas tujuan khusus membangunkan teknologi canggih untuk para insan. Pada masa yang sama, Dato' Othman turut menubuhkan agensi perisikan rahsia M.A.T.A. untuk melindungi bandar dari ancaman besar.

Antara ancaman terbesar yang pernah dihadapinya ialah kumpulan Numeros yang pernah dianggotai oleh beberapa bekas ejen M.A.T.A. yang berpaling tadah. Namun, ancaman paling ketara ialah serangan geng Niki terhadap Dato' Othman dan tampuk kepimpinan bandar secara terang-terangan yang menyebabkan Dato' Othman cedera parah. Oleh itu, Dato' Hisham mengambil alih jawatan datuk bandar pada musim ketiga sewaktu Ali dan Alicia menyertai Pertandingan M.A.T.A. Arena, tetapi semenjak peristiwa serangan Cinco ke atas Arena, akhirnya dia didapati tidak menjalankan tugas dengan baik dan digantikan semula oleh Dato' Othman.

Geografi[]

Cyberaya terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Peta bandar Cyberaya juga menunjukkan rupa bumi bandar berbentuk semenanjung yang menganjur ke selatan.

Cyberaya terdiri daripada kawasan-kawasan komersial dan perumahan, kesemuanya terhubung melalui sistem pengangkutan tren bawah tanah Transit Cyberaya. Antara kawasan perumahan yang diketahui namanya ialah Taman Maya yang di mana letaknya rumah Ali.

Pusat ekonomi Cyberaya tertumpu di bahagian tengah dan selatan bandar. Bahagian selatan terbelah kepada dua cabang oleh sebuah teluk yang diseberangi tiga batang jambatan. Di cabang timur terletaknya pusat bandar raya dan bangunan-bangunan terpenting Cyberaya seperti Bangunan Perdana dan Menara-Menara Alpha, Beta dan Gamma, iaitu tempat-tempat bertugas peneraju Cyberaya. Di cabang barat pula terletaknya Pelabuhan Cyberaya di bahagian mulut teluk. Di hulu teluk terdapat takungan air dan empangan.

Di bahagian utara Cyberaya terdapat sebuah kawasan pinggiran (setinggan) yang didiami oleh warga berpendapatan rendah dan juga tempat asal bagi watak-watak seperti Rudy dan Niki, namun ia mula menerima pembangunan selepas peristiwa Ejen Ali: The Movie. Malah di utara lagi dari pinggiran terdapat kawasan hutan yang menjadi tempat persembunyian Profesor Akram.

Ekonomi[]

Ekonomi Cyberaya banyak berasaskan sektor perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan yang berasaskan teknologi maklumat dan kecerdasan pintar. Seluruh rangkaian elektrik dan komunikasi di bandar dikawal menerusi suatu rangkaian sentral yang dihubungkan dengan Mainframe M.A.T.A.

Bekalan elektrik Cyberaya didatangkan terutamanya dari sebuah stesen jana kuasa yang membekalkan tenaga melalui empat kaedah berbeza, iaitu tenaga suria, hidroelektrik, dan Azurium. Azurium merupakan sejenis bahan kristal yang amat berkuasa, dan ia digunakan untuk menjana kuasa elektrik dengan dipasang dalam reaktor khas dan dipancarkan ke atas bahan lupusan seperti sampah-sarap.

Demografi[]

Penduduk Cyberaya terdiri daripada pelbagai suku etnik. Identiti dan butiran setiap warga kota disimpan dalam Grid Informasi Cyberaya, seperti yang diceritakan dalam episod MISI: ANALOG (di mana watak jahat Analogman tidak tersimpan data dalam Grid gara-gara kerana skeptis terhadap teknologi digital moden). Data warga tersebut boleh diakses oleh ejen-ejen M.A.T.A. untuk tujuan menjalankan tugas; ini ditunjukkan ketika Rizwan melatih Ali dalam episod MISI: POTENSI.

Tidak banyak yang diketahui tentang institusi pendidikan di Cyberaya selain daripada wujudnya Sekolah Teknologi, misalnya SRT Cyberaya 1 yang dihadiri oleh Ali, Alicia dan Viktor.

Tempat-tempat di Cyberaya[]

  • Rumah Ali
  • SRT Cyberaya 1
  • Zali Mart
  • Menara Alpha
  • Menara Beta
  • Menara Gamma
  • Pelabuhan Cyberaya
  • Pusat Jana Kuasa Cyberaya
  • Rumah Viktor
  • Akademi M.A.T.A.
  • Cyberaya Cybercafe
  • Cyber Theme Park
  • E-Sport Arena
  • Cyberscience Technology Centre
  • Bangunan Perdana
  • Restoran Mamak Maju

Trivia[]

  • Nama Cyberaya diilhamkan daripada nama Cyberjaya yang sebenar di Malaysia, lokasi di mana WAU Animation berpusat dan Ejen Ali dihasilkan.
    • Sesuai dengan konsep Cyberjaya sebagai bandar pintar, konsep yang digunakan di Cyberaya juga berteraskan bandar pintar.
  • Dalam MISI: LEGASI terdapat peta menunjukkan lokasi Akademi M.A.T.A. yang terletak di perairan tenggara Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Cyberaya sepatutnya terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan pantai daerah Kota Tinggi di Johor tenggara.
  • Peta Cyberaya telah ditunjukkan dalam MISI: BLUEPRINT.
  • Menurut Karya dalam MISI: AKADEMI, di Cyberaya terdapat sebuah pulau rahsia yang tidak wujud di dalam peta. Di sinilah Akademi M.A.T.A. terletak.

Galeri[]

Advertisement