FANDOM


"Entahlah, Ali. Kalau mentor dapat tahu, mesti teruk kita kena nanti."

―Iman tidak mahu mengikuti Ali dalam MISI: KEMBALI.
Iman
Iman
Nama lain Ejen Iman
Umur 12 tahun
Jantina Perempuan
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Tidak diketahui
Mata Hitam
Keluarga Tok Guru Wushu (Bapa)
Kawan Chris (rakan KOMBAT),
Mika (rakan KOMBAT)
Moon
Khai
Ali
Pekerjaan Ejen KOMBAT M.A.T.A.
Hobi Berlatih bersungguh-sungguh dengan selendang & tali dart miliknya sebagai cambuk
Status Hidup
Disuarakan oleh Salina Salmee Mohd Ali
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 2, Episod 1: MISI: AKADEMI (2017)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 2

Iman merupakan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen KOMBAT.

Sejarah

Dalam MISI: ATLAS, Khai menceritakan bahawa Iman merupakan anak sulung kepada Tok Guru Wushu. Ketika dia masih muda, dia berjaya memenangi lebih daripada sepuluh pertandingan peringkat antarabangsa. Disebabkan oleh potensinya itu, Iman direkrut oleh M.A.T.A. ke dalam Akademi.

Kemahiran

  • Wushu: Sebagai seorang anak bagi Tok Guru Wushu, Iman mempunyai kemahiran dalam teknik berwushu.

Senjata

  • Tali Dart: Tudung Iman dilengkapi dengan tali dart yang digunakan sebagai tali panjang untuk menyerang musuh dalam pertempuran dan sebagai tali untuk berayun.

Rupa

Sebagai ejen teras KOMBAT, Iman berkulit cerah dan mengenakan sut biru ala-ala jubah sehingga ke paras pahanya. Sut yang dipakainya berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Iman memakai anak tudung hitam diikuti dengan tudung kuning di kepalanya, yang juga berfungsi sebagai senjata utamanya. Iman juga mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan dia turut memakai sepasang kasut but biru yang kelihatannya diperbuat daripada getah.

Perwatakan

Lazimnya Iman berpersonaliti sebagai seorang yang pemalu dan sopan, bahkan dengan mereka yang mempunyai umur lebih muda. Cara percakapan Iman ialah lebih lembut berbanding ejen-ejen muda yang lainnya. Tidak seperti kebanyakan watak dalam siri ini, Iman sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sedang berbual, walaupun dengan rakan-rakannya. Meskipun dia kelihatan lemah-lembut dan juga mesra, tetapi dalam pertempuran perwatakan Iman akan bertukar menjadi kejam dan lebih serius sehingga dia boleh langsung tidak memberikan belas kasihan kepada musuh atau lawannya, walaupun sekecil apa sahaja.

Trivia

  • Namanya didedahkan dalam MISI: ORIENTASI walaupun dia pertama kali muncul dalam MISI: AKADEMI.
  • Iman, Ali, Moon dan Jet berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Tok Guru Wushu merupakan bapa kepada Iman.
  • Nama "Iman" bermaksud "boleh percayai" dari segi bahasa.
  • Dalam MISI: CABAR, Iman mendapatkan peringkat ketujuh iaitu selepas Chris semasa tempoh latihan dengan 47:94 saat.
  • Tarikh lahirnya ialah 25 Disember, yang merupakan hari Krismas.
  • Iman turut berkongsi pelakon suara yang sama dengan Aliya, iaitu merupakan ibu bagi Ali.

Petikan dialog

  • "Saya Iman" - Iman memperkenalkan dirinya kepada Ali dan Alicia dalam Musim 2, Episod 2 (MISI: ORIENTASI)
  • ''Ini, kucing awak kan?'' - Iman bertanya kepada Ali dalam Musim 2, Episod 2 (MISI: ORIENTASI)
  • ''Moon, awak kat mana?'' - Iman tertanya-tanya dalam Musim 2, Episod 7 (MISI: KEMBALI)
  • "Entahlah, Ali. Kalau mentor dapat tahu, mesti teruk kita kena nanti" - Iman tidak mahu mengikuti Ali dalam Musim 2, Episod 7 (MISI: KEMBALI)
  • ''Khai!'' - Iman menjerit bersama dengan Moon dalam Musim 2, Episod 8 (MISI: TUJUAN)
  • ''Eh, Moon'' - Iman menegur Moon untuk tidak mengambil Atlas dalam Musim 2, Episod 10 (MISI: ATLAS)
  • ''Kalau mentor pun boleh kalah, kita apatah lagi'' - Iman beranggapan dalam Musim 2, Episod 12 (MISI: DIEZ)

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Iman.


Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro