FANDOM


Karya
Karya Episod 2
Nama lain Cikgu Bidin (nama penyamaran)
Ejen Karya
Umur Akan diumumkan...
Jantina Lelaki
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Hitam
Keluarga Tidak diketahui
Pekerjaan Guru di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1
Ejen INVISO dalam M.A.T.A.
Hobi Bermain silap mata
Disuarakan oleh Usamah Zaid Yasin
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 2, Episod 1: MISI: AKADEMI (2017)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 2
Status Hidup

Karya adalah watak baru dalam Musim 2. Dia merupakan mentor bagi ejen INVISO.

Sejarah

Pra-Ejen Ali

Dalam MISI: AKADEMI, Karya menjelaskan bahawa dia telah menyertai M.A.T.A. sejak Akademi M.A.T.A. dicipta lagi. Tidak diketahui sama ada dia dan Rizwan tahu antara satu sama lain kerana mereka merupakan pelajar yang dilatih oleh Djin.

Ejen Ali

Dalam Musim 1, suara Karya pertama kali didengari dalam MISI: ALPHA di mana dia membenarkan pelajar di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1 untuk balik ke rumah "kerana jerebu" (sebenarnya, tidak ada jerebu pun). Kemudian Bakar memberitahu kepada Ali bahawa ejen M.A.T.A. ada di mana-mana sahaja.

Setiap kali Ali dan Alicia pergi ke misi, Karya akan membuat pengumuman seperti mesyuarat guru, latihan kebakaran, dan sebagainya untuk mengalih perhatian semua guru dan pelajar. Dengan cara ini identiti Ali dan Alicia dan keberadaan mereka dapat ditutup.

Karya membuat kemunculan pertamanya dalam Musim 2 sebagai Cikgu Bidin dalam MISI: AKADEMI. Dia memberitahu kepada Ali bahawa dia telah dihantar ke Kelab Mengumpul Setem oleh kerana semua kelab lain telahpun "penuh". Selepas sekolah, Karya, Ali dan Alicia berjumpa di bilik Kelab Mengumpul Setem iaitu di dalam Bilik 52, yang sebenarnya bilik stor. Dia memberikan mereka setem ID untuk dimasukkan ke dalam buku setem, yang akan membuka jalan ke Safehouse M.A.T.A.. Dia mendedahkan bahawa Kelab Mengumpul Setem sebenarnya adalah tempat yang diakses oleh Akademi M.A.T.A. dan setem itu adalah ID mereka.

Selepas Karya mengetuai Ali dan Alicia ke Safehouse M.A.T.A., mereka berjumpa dengan Bakar dan Comot. Kesemua lima ejen bergerak melalui pod ke Akademi M.A.T.A., yang terletak di pulau yang tidak wujud di dalam peta. Setelah tiba di sana, Ali dan Alicia tidak disedari dengan ujian gerudi. Karya menyamar sebagai penjahat untuk mencabar Ali dan Alicia. Untuk memastikan tidak ada yang membantu mereka, Karya sengaja menyegel koridor selepas Bakar berlari melepasinya. Dia juga membawa Comot ke dalam perangkap dan membuatnya hilang ke dalam lantai. Apabila dia jelas ditewaskan oleh Ali dan Alicia, Bakar muncul dan menamatkan ujian gerudi. Karya mengucapkan tahniah kepada mereka dan memunculkan Comot semula lalu mengembalikannya kepada Ali.

Dalam MISI: ORIENTASI, Karya diperkenalkan sebagai mentor untuk ejen INVISO.

Kebolehan dan Senjata

  • Hipnotis: Karya memukau lawannya.
  • Helah Magik: Karya membuat kad/setem/haiwan muncul dan hilang.
  • Kad: Kad yang digunakan untuk menyerang.
  • Pedang: Sebilah pedang cahaya.

Rupa

Perwatakan

Trivia

  • Nama "Karya" boleh membawa maksud "kerja seni", yang mana sesuai dengan aksinya yang mirip dengan prestasi seorang penyihir.
  • Karya disuarakan oleh pencipta siri ini, Usamah Zaid Yasin.

Petikan dialog

  • "Akademi Latihan M.A.T.A.."
  • "Sedia?" (Slogan kebiasaan Karya)
  • "Karya, Ejen Karya..." (Karya memperkenalkan namanya kepada Ali dan Alicia)
  • "Tugas saya adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi di sekitar Cyberaya."
  • "Akademi M.A.T.A. terletak di sebuah pulau, tak jauh dari sini."
  • "Pulau rahsia... Tak wujud dalam peta."
  • "Sekarang, bersedialah untuk sesuatu yang menakjubkan."
  • "Lain kali jangan mula bertempur kalau tak boleh menang."

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Karya.


Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoRizwanSeisSieteCuatro
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoy