FANDOM


MATA

Blueprint M.A.T.A..

M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency) merupakan sebuah agensi perisikan yang bertapak di Cyberaya dan ditubuhkan khas untuk melindungi keselamatan bandar tersebut.

Teras

M.A.T.A. merupakan sebuah agensi berteknologi tinggi yang ditugaskan untuk melindungi Cyberaya. Untuk membina pertahanan yang kebal, setiap peranan M.A.T.A. diklasifikasikan mengikut teras yang berikut:

  • NEURO: Ejen yang paling berpengetahuan. Tugasan mereka adalah mengumpulkan maklumat, menganalisa situasi dan mengatur strategi tentang ancaman bagi memastikan misi berjalan lancar. Mereka amat mahir dalam penyelesaian masalah sekiranya terjadi sesuatu perkara yang boleh mengganggu misi mereka. Skil dan alat kebanyakannya jarak jauh untuk melindungi pasukan serta mengawasi keadaan.
  • TEKNO: Ejen yang pakar dalam teknologi. Kepakaran mereka ini sangat membantu dalam memudahkan ejen-ejen lain menjalankan misi. Mereka mencipta dan mengendali peralatan-peralatan yang canggih untuk membantu setiap ejen mengeluarkan potensi penuh sekaligus memberikan kemudahan yang diperlukan dalam pasukan masing-masing.
  • INVISO : Ejen yang tangkas dan licik. Kepakaran mereka dalam menggunakan helah dan penyamaran membolehkan mereka mengambil peluang untuk mengalihkan perhatian musuh dan menyelinap ke dalam pertahanan musuh. Walaupun mereka mahir dalam pertempuran, namun disebabkan oleh skil mereka yang licik, mereka hanya akan menggunakan kekerasan jika perlu.
  • KOMBAT: Ejen yang kuat belaka dan handal dalam pertempuran jarak dekat dan sederhana. Mereka juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Kekuatan dan keberanian mereka telah menjadikan mereka barisan pertahanan yang padu dan pelindung pasukan untuk menyelesaikan misi.

Warna

Setiap teras mempunyai warna asas pada sut setiap ejen yang keistimewaan masing-masing.

  • NEURO - Kuning
  • TEKNO - Merah
  • INVISO - Hitam/Putih
  • KOMBAT - Biru

Gajet

Ejen dari setiap teras juga mempunyai gajet dan senjata pilihan mereka untuk digunakan semasa misi. Berikut merupakan antara senjata yang sering digunakan oleh mereka.

Semua gajet (kecuali I.R.I.S.) dalam M.A.T.A. dilengkapi dengan tindakan balas gajet M.A.T.A.. Ia akan diaktifkan apabila orang yang bukan merupakan ejen dalam M.A.T.A. menggunakan gajet tersebut. Sekali diaktifkan, gajet-gajet tersebut akan mula mengira masa untuk kemusnahannya supaya dapat menghalang daripada digunakan oleh orang asing. Tindakan balas ini juga boleh diaktifkan jika gajet-gajet itu tetap berfungsi tetapi apabila ia disalahgunakan.

Senarai Ejen

Trivia

  • Pihak Wau Animation telah mencipta kuiz teras untuk peminat-peminat mereka mengetahui bahawa mereka tergolong dalam teras mana.
  • Menurut Bakar dalam MISI: MAIN, seluruh penduduk di Cyberaya tidak mengetahui tentang kewujudan M.A.T.A., bahkan juga pihak polis.
  • Menurut Alicia dalam MISI: ANALOG, pengasas Cyberaya telah menyediakan teknologi baru yang dicipta kepada pengasas M.A.T.A. tiga tahun sebelum pembebasannya kepada orang ramai. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa M.A.T.A. sentiasa dikemas kini dengan teknologi baru dan mempunyai kelebihan.
  • Nama penuh M.A.T.A. apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah Agensi Taktikal Mara Meta.
  • Setiap nama teras M.A.T.A. mempunyai makna tersendiri.
    • TEKNO dipetik dari teknologi;
    • INVISO dipetik dari invisible yang bermaksud halimunan atau tidak terlihat;
    • NEURO dipetik dari neurologi, iaitu ilmu perubatan otak dan saraf;
    • KOMBAT dipetik dari combat yang bermaksud pertempuran.

Galeri