Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency) merupakan sebuah agensi perisikan di Cyberaya yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar tersebut.

Teras[]

M.A.T.A. merupakan sebuah agensi berteknologi tinggi yang ditugaskan untuk melindungi Cyberaya. Untuk membina pertahanan yang kebal, setiap peranan M.A.T.A. diklasifikasikan mengikut teras yang berikut:

  • NEURO: Ejen yang paling berpengetahuan. Tugasan mereka adalah mengumpulkan maklumat, menganalisa situasi dan mengatur strategi tentang ancaman bagi memastikan misi berjalan lancar. Mereka amat mahir dalam penyelesaian masalah sekiranya terjadi sesuatu perkara yang boleh mengganggu misi mereka. Skil dan alat kebanyakannya jarak jauh untuk melindungi pasukan serta mengawasi keadaan.
  • TEKNO: Ejen yang pakar dalam teknologi. Kepakaran mereka ini sangat membantu dalam memudahkan ejen-ejen lain menjalankan misi. Mereka mencipta dan mengendali peralatan-peralatan yang canggih untuk membantu setiap ejen mengeluarkan potensi penuh sekaligus memberikan kemudahan yang diperlukan dalam pasukan masing-masing.
  • INVISO: Ejen yang tangkas dan licik. Kepakaran mereka dalam menggunakan helah dan penyamaran membolehkan mereka mengambil peluang untuk mengalihkan perhatian musuh dan menyelinap ke dalam pertahanan musuh. Walaupun mereka mahir dalam pertempuran, namun disebabkan oleh skil mereka yang licik, mereka hanya akan menggunakan kekerasan jika perlu.
  • KOMBAT: Ejen yang kuat belaka dan handal dalam pertempuran jarak dekat dan sederhana. Mereka juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Kekuatan dan keberanian mereka telah menjadikan mereka barisan pertahanan yang padu dan pelindung pasukan untuk menyelesaikan misi.

Warna[]

Setiap teras mempunyai warna asas pada sut setiap ejen yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

  • NEURO - Kuning
  • TEKNO - Merah
  • INVISO - Putih
  • KOMBAT - Biru

Gajet[]

Ejen dari setiap teras juga mempunyai gajet dan senjata pilihan mereka untuk digunakan semasa misi. Berikut merupakan antara senjata yang sering digunakan oleh mereka.

Semua gajet (tidak termasuk I.R.I.S.) di M.A.T.A. dilengkapi dengan alat tindakan penyelamat M.A.T.A.. Ia akan diaktifkan apabila orang luar yang bukan merupakan ejen menggunakan mana-mana gajet. Sekali diaktifkan, gajet-gajet tersebut akan mengira ke bawah untuk kemusnahannya bagi mengelakkan mana-mana orang bukan ejen M.A.T.A. daripada menggunakannya. Tindakan ini juga boleh diaktifkan apabila gajet tersebut tidak berfungsi lalu disalahgunakan.

Senarai Ejen[]

Trivia[]

  • WAU Animation telah mencipta kuiz kepada peminat-peminat untuk mereka mengetahui mereka berada dalam teras yang mana satu.
  • Menurut Bakar dalam MISI: PROTOKOL GEGAS, M.A.T.A. merupakan agensi yang beroperasi secara rahsia. Menurutnya lagi dalam MISI: MAIN, seluruh penduduk di Cyberaya termasuk pihak polis tidak mengetahui tentang kewujudan M.A.T.A..
  • Menurut Alicia dalam MISI: ANALOG, pengasas Cyberaya telah menyediakan teknologi baru yang dicipta kepada pengasas M.A.T.A. tiga tahun lebih awal sebelum diperkenalkan kepada orang ramai. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa M.A.T.A. sentiasa dikemas kini dengan teknologi baru dan mempunyai kelebihan.
  • Setiap nama teras M.A.T.A. mempunyai makna tersendiri.
    • TEKNO dipetik dari teknologi;
    • INVISO dipetik dari invisible yang bermaksud halimunan atau tidak terlihat;
    • NEURO dipetik dari neurologi, iaitu ilmu perubatan otak dan saraf;
    • KOMBAT dipetik dari combat yang bermaksud pertempuran.
  • Warna keempat-empat teras M.A.T.A. boleh menjadi rujukan dari empat warna Bendera Malaysia.
  • Kebanyakan gajet yang digunakan dalam siri dan filem Ejen Ali direka berdasarkan permainan dan senjata tradisional seperti Lastik, Busur, Keris dan yang paling ikonik, Gasing Ejen Aliya, yang kini telah diwarisi oleh Ejen Ali.[1]

Galeri[]

Rujukan[]

Advertisement