FANDOM


M.A.T.A. Secret Files (Fail Rahsia M.A.T.A.) adalah satu siri cerita yang semuanya berlaku sebelum peristiwa dalam siri Ejen Ali. Ia adalah eksklusif dalam Majalah Komik Ejen Ali.

Kandungan

Kandungan dalam M.A.T.A. Secret Files adalah sama dengan siri: gelap dan serius. Ia difokuskan kepada penceritaan tentang sejarah watak-watak. Ain Hafizah, artis M.A.T.A. Secret Files, mengatakan bahawa semua cerita ini adalah pautan yang penting untuk siri ini tetapi tidak pernah menjadikannya hasil akhir episod (terutamanya disebabkan oleh kekangan masa).

Pembuatan komik M.A.T.A. Secret Files ini telah dihentikan sejak Majalah Komik Misi 9 dan digantikan dengan komik M.A.T.A. Academy (Akademi M.A.T.A.). Walau bagaimanapun, komik tersebut masih mengekalkan siri cerita yang sama.

Isu

Uno, Dos & Trez

Pada suatu malam, Trez telah menceroboh Makmal Kajian Teknologi C. Dia berjaya melepaskan kontainer yang berisi bateri sebelum tiga pengawal menemui dan mengepungnya. Trez yang menyedari kehadiran mereka menuju ke arah mereka sehingga mengejutkan pengawal itu kerana bentuk badan Trez yang besar hampir menyerupai raksasa. Trez memberitahu kepada mereka bahawa ia merupakan hari yang malang bagi mereka. Seorang pengawal yang panik tadi seraya melepaskan das-das tembakan tanpa henti ke arah Trez. Bagaimanapun tembakan itu langsung tidak menghasilkan kesan, lalu Trez mengenggam dan mematahkan senjata pengawal itu sebelum ketiga-tiga pengawal ditumpaskan olehnya.

Selepas Trez keluar dari bilik tersebut, dia dikepung lagi oleh beberapa kenderaan dengan pengawal-pengawal lain. Salah seorang pengawal memberikan amaran kepada Trez untuk menyerah kerana mereka tidak akan menunjukkan belas kasihan kepadanya. Tanpa berfikir panjang, Trez melompat ke udara lalu menghentakkan kedua-dua tangannya di atas lantai sehingga menyebabkan kehancuran serta menghasilkan bunyi yang kuat. Lalu Trez kembali ke tempat persembunyiannya, yang kemungkinan di bawah tanah untuk mengecas tubuh badannya menggunakan bateri tadi dan berfikir agar ia boleh bertahan dalam tempoh seminggu ataupun dua minggu.

Trez kemudian menyedari kehadiran Dos yang menegurnya adakah keadaan menjadi kecoh kerana dia mahukan bateri itu. Lalu dia mengumpamakannya seperti mainan kerana mempunyai senjata yang dahsyat di dalam tubuh badannya, namun memerlukan bateri untuk terus bertahan. Geram dengan kata-katanya, Trez mencabut wayar yang disambungkan ke tangannya lalu memberikan amaran kepada Dos untuk mencabut nyawanya. Trez meluru ke arah Dos dan cuba menyerangnya. Dos menggunakan kelajuan kasutnya mengelak semua serangan Trez lalu melontar shox stix ke arahnya, mengakibatkan litar pintas di tubuh badan Trez. Maka Dos menyindirnya lagi kerana mempunyai tubuh badan yang besar namun lemah. Trez bertambah geram lalu segera meluru ke arah Dos.

Dos melompat ke atas dan mengelak serangan Trez. Trez dengan pantas mencampakkan tong biru ke arah Dos. Dos terkejut dan mengelak lagi. Kelihatan Trez mengambil kesempatan itu untuk menyerang Dos dengan pantas. Walau bagaimanapun, tangannya terhenti betul-betul di hadapan muka Dos. Dia terasa seperti kedua-dua tangannya dikawal oleh seseorang. Pada masa yang sama, Uno muncul di skrin komputer dan bertanya khabar Trez dengan menggunakan kata-kata "Banduan 0303". Dia mengucapkan terima kasih kepadanya atas demonstrasinya sebentar tadi dan berkata bahawa dia memang berguna untuk misi mereka. Trez bertanya siapa dia dan bagaimana dia tahu, sedangkan dia telah memusnahkan kesemua data tentang tangannya.

Uno menjelaskan bahawa dia tahu semua tentang tangan Trez dan memberitahu bahwa mereka memerlukan bakatnya untuk "misi" mereka. Trez bertanya bagaimana kalau dia menolak tawaran itu. Uno berkata bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain dan entah dari mana datang satu bekas yang mungkin berisi bateri untuk tubuh badannya. Uno menyambung kalau bekas itu tidak mencukupi, masih terdapat banyak lagi seraya menyuruhnya untuk menganggap itu sebagai deposit terlebih dahulu. Dia meninggalkan pesanan bahawa mereka akan menunggunya lalu memutuskan talian. Trez menghentak papan kekunci komputer itu, sebelum mengambil bekas bateri dan berkata "Cis".

Aaron Edison

Pengacau Bertopeng

Prolog

Teras