Ejen Ali Wiki
Advertisement

Templat:InfoboxEpisodMISI: AKADEMI merupakan episod pertama dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia disiarkan pada 22 September 2017 di TV3.

Sinopsis

Ali, Bakar, Comot dan Alicia sedang dibawa ke Akademi M.A.T.A., tetapi dengan syarat bahawa Ali mesti bersedia untuk satu ujian untuk melayakkan dia masuk.

Plot

Episod ini dimulakan dengan penglihatan pada jambatan Cyberaya. Bakar, Alicia dan Ali masing-masing berada di atas jambatan tersebut dan bersedia untuk menghentikan Komeng dan gengnya daripada mencuri Azurium dari lori bermuatan panjang. Pemandu lori itu langsung tidak menyedari perbuatan Komeng dan geng motosikalnya disebabkan oleh berseronok mendengar muzik. Dengan megahnya, Ali langsung bertindak ke arah geng Komeng tanpa arahan daripada Bakar dan Alicia. Menggunakan yoyo miliknya, Ali mengayunkan dirinya ke arah Komeng untuk menghalangnya. Komeng mdahnya mengelak daripada Ali dan akibatnya, Ali terhempas di cermin sebuah kereta dan sempat lagi mengangkat jari berbentuk 'V' kpeada pemandu itu.

Disebabkan tindakan melulu Ali, Alicia menerima arahan untuk beralih ke pelan B. Bakar bertindak menjatuhkan semua ahli Komeng di atas lori itu sambil dibantu oleh Alicia dengan menembak ahli-ahli Komeng. Bakar menyuruh Alicia untuk melindungi pemandu lori itu, namun menjadi sukar apabila lori itu semakin jauh. Ali menggunakan skuternya untuk mengejar orang Komeng, lalu Comot menjatuhkan salah seorang penunggang itu. Ali memaksa seorang lagi untuk bergerak lebih laju, dengan itu dia berjaya menjatuhkan semua penunggang sekaligus. Bakar menyuruh Ali untuk menahan Komeng. Tayar motosikal Komeng diubah olehnya menjadi berduri untuk menghentikan lori itu. Namun Komeng masuk ke dalam air setelah diserang oleh letupan dari yoyo Ali. Dua rakan penunggangnya panik melihat bos mereka dan salah seorang terpaksa menyelam ke dalam laut untuk menyelamatkannya. Bakar, Ali dan Alicia serta Comot berkumpul semula selepas misi selesai.

Ketika berjalan bersama, Bakar menasihati dua ejen muda itu bahawa yang penting apabila menjalankan misi adalah apabila ejen-ejen berjaya menyelesaikan misi bersama-sama. Lalu Ali menekan beberapa butang pada sebuah mesin dan ia membuka bilik persalinan untuknya. Ali berkata kepada Bakar bahawa adanya mesin itu memberikan kemudahan kepada mereka kerana membolehkan mereka untuk menyalin pakaian di mana-mana sahaja dan Bakar bersetuju dengannya. Ali bertanya kepada Bakar bila dia boleh pergi ke Akademi M.A.T.A., dan Bakar mengingatkannya bahawa akademi itu bukan tempat untuk main-main dan ia juga merupakan tempat di mana Bakar pernah menerima latihan yang paling dahsyat seumur hidupnya.

Keesokan harinya, kelihatan Dr. Ghazali sedang tidur di atas sofa dengan lena. Setelah terjaga, beliau memeriksa waktu di telefonnya dan menyedari bahawa dia akan terlambat. Beliau bergegas ke bilik Ali untuk mengejutkan anaknya, namun mendapati hanya Comot berada di atas katil. Beliau pergi pula ke dapur dan menemui sepinggan sandwic dan secawan kopi di atas meja makan. Terdapat nota yang ditinggalkan oleh Ali, yang mengatakan bahawa itu merupakan sarapan untuk ayahnya dan dia pergi ke sekolah terlebih dahulu. Sementara itu, kelihatan Ali sedang menuju ke sekolahnya. Menggunakan skuternya, Ali bergerak dengan penuh kemahiran.

Di lorong ke sekolah juga, Syed dan Shaun kepenatan setelah menyusun kotak-kotak kosong dengan tong sampah. Melihat Ali semakin dekat, mereka bersedia untuk mengerjakannya sementara Ali dengan tenangnya melompat ke atas kotak-kotak itu sehingga ia berterabur semula bersama dua pelajar itu. Begitu juga dengan Boy yang sebelum ini pernah dibuli oleh mereka, dia mentertawakan Syed dan Shaun lalu terus menuju ke sekolah. Di dalam kelas, Viktor memuji sahabatnya yang sampai awal lagi ke dalam kelas dan menjadi semakin cemerlang. Ali cuba merendah diri, sebelum dia ditegur oleh Puan Munah untuk tidak mengada-ngada. Beliau menjelaskan perubahan pada Ali yang semakin meningkat dan tidak macam dulu lagi, namun turut mengingatkannya bahawa semua itu tiada maknanya jika dia gagal dalam subjek Sains kerana ia merupakan subjek terpenting di sekolah tersebut. Ali lalu berterima kasih kepada gurunya itu atas nasihat yang diberikan. Puan Munah menjawab bahawa dia tidak memberinya nasihat tetapi amaran.

Sebelum dia memulakan pelajarannya, seorang guru datang untuk membuat pengumuman tentang kelab dan masyarakat. Guru adalah Cikgu Bidin. Dia memberitahu Ali bahawa dia dihantar ke Kelab Pengumpulan Setem kerana semua kelab itu "penuh". Setelah sekolah, Ali dan Viktor berjalan di koridor, pergi ke kelab masing-masing. Ali meminta Viktor yang masih mengumpul setem. Viktor tidak memberi perhatian kerana dia terlalu sibuk bermain permainan yang dia baru hilang. Ali bertanya kelab mana dia masuk dan Viktor mengatakan bahawa dia berada di Kelab E-Sports.

Watak

Trivia

  • Terdapat tayangan ekslusif di GSC One Utama bagi episod ini dan MISI: ORIENTASI pada 23 hingga 24 September 2017.
  • Episod ini mendedahkan bahawa Ejen Karya adalah guru yang membuat pengumuman di sekolah untuk menutupi ketiadaan Ali dan Alicia apabila mereka pergi menjalankan misi.
  • Beberapa babak episod ini hampir sama dengan Musim 1 Episod 1, MISI: IRIS. Antaranya ialah:
    • Rutin pagi Ali.
      • Ali terlambat untuk ke sekolah dalam episod sebelum ini, namun dalam episod ini bapa Ali iaitu Dr. Ghazali yang terlambat untuk pergi ke tempat kerja sementara Ali telahpun pergi ke sekolah.
      • Ali menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, kali ini dengan lancar kerana kemahirannya sebagai ejen menjadi lebih baik.
      • Ali tidak lagi menyelinap ke dalam kelasnya setelah sampai lewat, sebaliknya Ali sampai lebih awal ke kelasnya dalam episod ini.
    • Ali gagal dalam subjek tertentu.
      • Sebelum ini Ali gagal dalam dalam subjek Matematik, manakala dalam episod ini dia gagal dalam subjek Sains.
      • Ali mendapat gred F untuk Matematik sebelum ini, manakala untuk Sains dia mendapat gred D-.
      • Sebelum ini Ali meminta maaf kepada Puan Munah atas kesalahannya, tetapi dalam episod ini Ali berterima kasih atas nasihat yang diberikan oleh gurunya itu dan turut berjanji untuk memperbaiki keputusannya lagi.
    • Ali diterima untuk masuk ke dalam agensi.
      • Jika sebelum ini Ali diambil sebagai ejen muda di dalam M.A.T.A., kali ini Ali didaftarkan ke dalam Akademi M.A.T.A. pula.

Galeri

Video

Advertisement