Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: ALPHA ialah episod kedua dalam musim pertama siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 15 April 2016.

Sinopsis[]

Apabila Dr. Tong tiba-tiba membuat pengumuman untuk meletakkan jawatannya, M.A.T.A. mengesyaki ada sesuatu yang berlaku kepadanya dan Ali dihantar ke misi pertamanya - menggunakan I.R.I.S.!

Plot[]

M1E2 Dr Aaron

Episod ini bermula dengan menunjukkan Menara Alpha pada waktu malam, ketika Dr. Aaron Edison menunjukkan ciptaan terbaharunya yang berupa topi keledar diubah suai kepada majikannya, Dr. Tong. ciptaan terbarunya, yang merupakan jenis topi keledar. Untuk demonstrasi, Dr. Aaron memakai topi itu dan sengaja menumpaskan tong sampah, lalu menyuruh Bob, salah seorang pegawai keselamatan untuk mengemaskan sampah yang terkeluar. Ditertawakan oleh Bob, Dr. Aaron menggunakan topi keledar untuk membuat panggilan di telefon bimbit Bob. Bob menjawab panggilan dan tiba-tiba dipukau! Dengan cara menghipnosis melalui telefon, Dr. Aaron berjaya mengarahkan Bob untuk mengemaskan sampah, bahkan juga duduk dan berjabat tangan dengan Dr. Aaron.

Dr. Aaron menerangkan bahawa ciptaannya boleh memprogram otak manusia untuk mengatasi sifat-sifat manusiawi pekerja dengan tujuan memajukan manusia ke tahap yang lebih tinggi dan menyatukan dunia. Dr. Tong mengecam ciptaan Dr. Aaron kerana khuatir bahawa dia telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ahli sains dengan mencipta alat mengawal minda yang merampas kebebasan jiwa manusia, malah dia mengugut untuk melucutkan jawatan Dr. Aaron. Menaruh perasaan dendam, Dr. Aaron bertindak menghipnosis majikannya dengan cara yang sama seperti Bob dengan menghubungi dan menghalakan telefon Dr. Tong pada telinganya.

M1E2 Mimpi Ali

Ali mengalami mimpi di mana dia melakukan usaha menyelamatkan pak ciknya Bakar dari diculik oleh Dos dan Trez di tapak pembinaan seperti episod lepas. Dengan bimbingan I.R.I.S. yang meramal lontaran Shox Stix dari Dos dan lemparan kotak dari Trez, Ali menyambut Shox Stix dan melontarnya semula untuk menjatuhkan Trez, kemudian dia lompat sambil bertembung dengan Dos dan menyudahi dengan meletupkan Dos, sehinggalah mimpi ditamatkan oleh Bakar yang mengejutkan Ali secara tiba-tiba. Terjatuh dari katil, Ali lesu mengeluh masih pukul 5:30 pagi. Bakar berpesan bahawa seorang ejen mesti sentiasa berjaga-jaga dan menyuruh Ali bersiap.

M1E2 Bakar Ali

Bakar membawa Ali ke taman permainan untuk menjalani latihan fizikal yang melibatkan; semuanya tidak dapat dilalui oleh Ali dengan lancar, menyebabkan Bakar terasa sedikit kecewa. Setelah selesai berlatih, Ali bertanya mengapa dia harus menjalani latihan walaupun sudah mempunyai I.R.I.S. Bakar berpesan untuk mengasah kebolehan sendiri tanpa bergantung pada I.R.I.S, malah hasil latihan akan menentukan yang mana satu daripada empat teras yang akan dianggotai oleh Ali kelak.

Ditanya oleh Ali apa teras-terasnya, Bakar menghuraikan keempat-empat teras M.A.T.A. mengikut kebolehan ejen-ejen anggotanya: NEURO, ejen paling berpengetahuan, mengumpul semua maklumat untuk mengatur strategi menentang ancaman; TEKNO, ejen pakar teknologi mencipta peralatan canggih dan senjata rumit; INVISO: ejen tangkas dan licik, pakar dalam menggunakan helah dan penyamaran; dan KOMBAT, ejen handal dan kuat melawan, dan tampan seperti dirinya (sebagai tokok tambah). Penerangan itu membuat Ali teruja untuk menyertai teras, namun Bakar memesan Ali untuk berusaha sungguh-sungguh terlebih dahulu, dan pergi bersiap untuk ke sekolah.

M1E2 Ali pakai IRIS

Ali mengambil kesempatan untuk menggunakan I.R.I.S. dalam perjalanan sekolah. Keluar rumah menunggang skuter laju-laju, dia memetik bunga dari semak untuk diberi kepada Aunty Faye. Ketika hendak meluncuri tangga taman dengan skuter, Ali mengikuti pesanan I.R.I.S. untuk mengelak sela pada susur dan melompat ke susur satu lagi. Sekali lagi melihat Syed dan Shaun mengasari Boy di lorong belakang, Ali melontarkan tin ke tembok; ini menyebabkan kucing di atas terkejut dan menendang baldi di atas dan menimpa kepala Syed, menyebabkan dia terlanggar kayu yang melentingkan batu ke arah Shawn.

M1E2 Viktor Ali

Ali sampai di kelas awal sebelum Puan Munah masuk, memeranjatkan Viktor yang mengintai tingkap. Puan Munah mengadakan ujian matematik tergempar, dan Ali curi-curi menggunakan I.R.I.S. untuk menjawab semua soalan dengan betul dan pantas sehingga menggemparkan seluruh kelas gurunya sendiri. Waktu rehat, Viktor memuji kejayaan Ali mendapat gred A dalam perjalanan ke kantin, tetapi Alicia geram menuduh Ali menipu dalam ujian kerana tidak pernah mendapat gred A sebelum ini. Viktor mengujar bahawa ini kali pertama Ali mengatasi Alicia dalam ujian. Ali menunjuk Viktor kepada Alicia, dan Viktor pun menegur Alicia yang kemudian beredar dengan cemuhan.

M1E2 Ali Alicia Viktor

Ali hendak menceritakan cara dia lulus ujian kepada Viktor, tetapi ditegah oleh Bakar yang menyamar sebagai tukang bersih sekolah kerana ejen perlu merahsiakan aktivitinya dari orang awam. Bakar memberitahu Ali bahawa mereka diberi misi baharu, tetapi Ali dalam teruja enggan memonteng sekolah. Dengan bantuan ejen yang mengumumkan penutupan sekolah disebabkan jerebu (walaupun langit terang-terang cerah), Ali dan Bakar menyelinap masuk ke dalam bangunan perpustakaan tanpa disedari pustakawan dan mencapai buku tilik tangan yang merupakan penyamaran untuk suis akses ke pintu rahsia yang muncul dalam tiang silinder berhampiran.

Ali dan Bakar menuruni lif ke Markas M.A.T.A. Ditanya Ali tentang pintu rahsia, Bakar menerangkan ada banyak lagi di sekitar sekolah, termasuk satu di tandas yang sudah tersumbat. Kedatangan mereka disambut oleh General Rama dalam skrin yang menyuruh Jenny mempersiapkan mereka. Keluarnya sepasang bebola pengimbas menyelidik tubuh Ali dan mengenakan sut istimewa berwarna merah, biru dan hitam. Bakar juga selesai memakai sutnya turut mendandan rambut Ali kepada gaya tanjak untuk merahsiakan identiti serta kelihatan lebih tampan.

M1E2 Jenny Ali Bakar

Jenny menerangkan kepada Ali bahawa dia dipakaikan sut khas yang dilengkapi alat penghubung, sensor nyawa dan peranti homing (kunci sasaran) supaya lokasi dan keadaannya sentiasa diawasi, malah sut itu juga mengandungi partikel mikro-perisai yang meningkatkan daya ketahanan tanpa menjejaskan pergerakan pemakai. Ali berasa bingung melayan penerangan panjang lebar itu, jadi Jenny merumuskan kepada "ringan tetapi kuat." Jenny juga menyerahkan yoyo biru yang dilengkapi teknologi tercanggih; Ali tidak sengaja memasang gelombang ledakan yoyo sehingga tercampak ke atas kerusi. Ali sangat kagum dengan kelengkapan baharunya.

Jenny memasang panel meja dan mendapati Ali pernah menggunakan I.R.I.S. pagi tadi. Ali dengan rasa malu mengakui perkara itu. dan General Rama memarahinya kerana menyalahgunakan peralatan kegunaan misi untuk tujuan peribadi, malah mengingatkan bahawa Ali menyertai M.A.T.A. semata-mata kerana memakai I.R.I.S. secara tidak sengaja. Jenny menyambung penerangannya bahawa I.R.I.S. berfungsi dengan menyedut tenaga penggunanya, maka penggunaan berlebihan boleh menyebabkan pengsan.

M1E2 Ali Rizwan

Rama mengumumkan misi untuk menyiasat kejadian Dr. Tong, seorang peneraju Cyberaya, tiba-tiba menyerahkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya Tong Industries kepada Dr. Aaron dalam keadaan mencurigakan, dengan mengehendaki Ali dan Bakar menyusupi Menara Alpha, menggunakan I.R.I.S. untuk menyiasat dan melaporkan maklumat kepada M.A.T.A. Ali bertanya mengapa tidak selamatkan Dr. Tong; ketika itulah tampil ejen lelaki menghisap lolipop bernama Rizwan yang menyatakan itulah tugasnya. Terang Rama lagi, semua hasil risikan harus diserahkan kepada Rizwan. Rizwan menegaskan bahawa I.R.I.S. hanya diperlukan untuk mengesan Dr. Tong, malah meluahkan rasa terkilan terpaksa membawa seorang budak ke misi dan menengking Ali supaya tidak bertindak menjejaskan misi. Rama mengakhiri taklimat dengan arahan "bertindak segera."

M1E2 Ali Bakar depan Menara Alpha

Dalam perjalanan ke Menara Alpha, Bakar menjawab pertanyaan Ali tentang Rizwan bahawa dia merupakan ejen terhandal dalam seluruh M.A.T.A. Mereka tiba di pintu masuk utama yang dijaga oleh empat pengawal yang dihipnosis. Bakar meminta untuk berjumpa dengan Dr. Tong atas urusan penting tetapi ditolak. Melalui alat perhubungan, Bakar memohon kebenaran dari Rama untuk meneutralkan rintangan tetapi Rama menolak kerana tidak mahu menimbulkan kekacauan, sebaliknya menyuruh Ali mengaktifkan I.R.I.S.

I.R.I.S. mengimbas struktur bangunan dan mencadangkan untuk ikut melalui tempat pemunggahan di belakang, maka Ali dan Bakar bersembunyi dalam kotak angkutan yang dipunggah dari lori ke dalam gudang. Menuju ke lobi, Ali mengesan kamera keselamatan yang hadir untuk dilumpuhkan oleh Jenny dari bilik kawalan. Atas isyarat bakar, Ali merungkai kod laluan untuk menaiki lif, dan mereka naik ke aras pejabat Dr. Tong. Setibanya di situ, Ali meluru keluar tetapi ditahan oleh Bakar agar terelak dari dikesan. Ali memasang X-Vision pada I.R.I.S. untuk mencari laluan selamat untuk menghampiri pejabat Dr. Tong.

M1E2 Ali Bakar dalam Menara

Sebaik sahaja hampir, Ali mengisyaratkan untuk berhenti kerana terdapat empat pengawal dengan belantan elektrik. Bakar cuba menghubungi bilik kawalan untuk menyampaikan status, tetapi terdapat gangguan signal. Ali bercadang untuk masuk ikut salur udara, dan mereka pun cuba. Ali dapat masuk, tetapi Bakar tidak muat, maka Ali bergerak sendiri ke tempat bilik Dr. Tong atas arahan Bakar yang turut berpesan jangan bertindak selain daripada melaporkan apa yang disaksikan. Ali tiba di kawasan berkenaan dan menyaksikan Dr. Aaron mengutuk Dr. Tong yang dihipnosis bersama Bob dan pengawal lain. Tanpa sengaja, Ali tertolak pintu salur dan jatuh.

M1E2 Aaron Tong

Disambut oleh Dr. Aaron, Ali berkata ingin berjumpa dengan Dr. Tong, tetapi I.R.I.S. memaparkan perbuatan Dr. Aaron mengawal minda dengan topi keledarnya, membuat Ali menyoal Dr. Aaron. Dr. Aaron pun sedar bahawa Ali perisik dan menyuruh pengawal menangkapnya sementara dia melarikan Dr. Tong dan Bob. Bakar bergegas ke pejabat Dr. Tong dan menyelamatkan Ali dengan merampas belantan elektrik dari seorang pengawal, merenjat pengawal itu dan menghumbannya ke arah tiga pengawal lain. Ali berpesan bahawa Dr. Aaron dan lain-lain sedang turun ke tingkat bawah, maka mereka pun cepat turun melalui tangga.

Dari tingkat mezanin, Ali cepat tiba di lantai lobi dengan bergayut pada balkoni dengan yoyonya. Melihat Dr. Aaron dan lain-lain menuju ke pintu keluar, Ali menjatuhkan arca hiasan yang tergantung pada siling dengan yoyo untuk menghalang jalan mereka. Bakar tiba di lobi setelah turun eskalator perlahan-lahan. Dikepung oleh segerombolan pengawal berbelantan elektrik, Bakar menyuruh Ali untuk ke tepi sambil bertindak menghumban dan menumbuk pengawal. Ali menawarkan diri untuk menolong, tetapi Bakar mengarahkannya untuk bersembunyi; pada masa yang sama, seorang pengawal merenjat Bakar dari belakang, dan Bakar membalas dengan merenjatnya kembali.

M1E2 Ayunan yoyo

I.R.I.S. mengesan seorang lagi pengawal menuju ke arah Ali, jadi dia menggunakan yoyo untuk mengebas belantan dan menjatuhkannya dengan gelombang daya. Ali mengulangi perbuatan sama ada pengawal-pengawal lain yang menyerang sambil menunjuk kepada Bakar, tetapi Bakar menyuruhnya jangan bermain-main sambil mengayunkan seorang pengawal ke arah pengawal lain yang mengepungnya. Namun begitu, Ali melantunkan yoyonya ke arah kepungan itu dan menjatuhkan semua pengawal. Bakar turut pengsan terkena gelombang itu, membuat Ali berasa serba salah.

Dr. Aaron geli hati melihat kecuaian Ali memudahkan kerjanya dan menyuruh semua pengawal yang tinggal untuk menangkap budak itu. Ali mengelak semua cubaan menangkap dan berlari ke arah eskalator yang dihalang oleh dua pengawal. Dengan bimbingan I.R.I.S, dia meluncur melalui bawah kelangkang salah seorang pengawal. Setelah menaiki eskalator ke aras mezanin, Ali bergayut pada balkoni dengan yoyo untuk mengelak semua pengawal di sana sehingga dia jatuh terhempap di atas pengawal di lobi.

Ali menaiki deretan pagar tambang dan kaunter di bahagian depan Menara untuk mengelak dari ditangkap oleh pengawal yang datang dari semua arah. I.R.I.S. memesan Ali untuk lari ke kiri di hujung deretan tetapi dia tersandung pada bibir kaunter dan tersungkur. Ali dipapah oleh dua pengawal dan dihadapkan kepada Dr. Aaron untuk memukaunya melalui panggilan telefon. Pengawal di kanan Ali menghalakan telefon yang berdering ke telinga Ali, kemudian tiba-tiba mencampaknya dan mendedahkan dirinya sebagai Ejen Rizwan yang menyamar dengan mengingatkan Ali jangan bertindak merosakkan misi.

M1E2 Rizwan Ali 2

Terkejut dan marah, Dr. Aaron mengarahkan semua pengawal yang tinggal menghapuskan Rizwan. Rizwan bertindak menjatuhkan setiap pengawal di keliling dengan cuitan Sarung Tangan Titik Tekanannya. Ali tercengang melihat kelincahan ejen senior itu menundukkan gerombolan lawan dengan mudah. Rizwan mengunyah lolipop di dalam mulutnya sehingga pecah lalu melemparkan batang lolipop ke leher Dr. Tong sehingga dan menjatuhkannya. Rizwan menanggalkan topi keledar pengawal minda dari Dr. Aaron, membuat Dr. Tong dan semua pengawal terjaga dari hipnosis. Akhirnya, Dr. Tong pun secara rasmi memecat Dr. Aaron.

M1E2 Ali ulang ujian

Bakar terjaga dari pengsan, terlepas seluruh pertarungan. Ali meminta maaf kerana degil dan mengaku belum layak untuk menjadi ejen. Apapun, Bakar berkata Ali "boleh tahan" dan berpesan supaya berlatih lagi untuk menjadi hebat. Rizwan memesan Ali untuk kembali ke markas untuk menghadapi tindakan setelah orang atasan menilai rakaman dari I.R.I.S; ini membuat Ali rasa gentar. Di bilik kawalan, Ali dihukum menjalani semula ujian matematik pagi tadi tanpa bantuan I.R.I.S. di bawah pengawasan General Rama dan kawalan dron penembak. Rama memberi Ali amaran keras jangan sekali-kali menyalahgunakan I.R.I.S. Ali menyifatkan hukuman ini lebih berat daripada Pn. Munah.

Pada waktu senja di Menara Alpha, pasukan pengawal keselamatan sedang mengemaskan kecamuk dari pertarungan siang tadi apabila Dos dan Trez merempuh masuk.

Watak[]

Nota[]

  • Ini merupakan misi pertama Ali.
  • M.A.T.A. telah didedahkan mempunyai empat teras utama: NEURO, TEKNO, INVISO dan KOMBAT.
  • Misi ini dijalankan di Menara Alpha Dr. Tong, dengan itu, episod ini dinamakan "MISI: ALPHA".
  • Episod ini merujuk kepada filem James Bond "A View to a Kill" apabila Dr. Aaron mengawasi pengawal Dr. Tong yang diperhamba oleh ciptaannya, topi keledar kawalan minda.

Video[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement