FANDOM


Jangan dikelirukan dengan ANALOG.
MISI: ANALOG
Misi - Analog
Ejen Ali Musim 2, Episod 4
Statistik
Tarikh siaran 13 Oktober 2017 (TV3)
Ditulis oleh Akan diumumkan...
Diarahkan oleh Akan diumumkan...
Panduan Episod
Sebelumnya
MISI: MAIN
Seterusnya
MISI: CABAR

MISI: ANALOG merupakan episod keempat dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia disiarkan pada 13 Oktober 2017 di TV3.

Sinopsis

Seorang lelaki tua yang tidak dikenali yang membenci teknologi telah menimbulkan malapetaka merentasi Cyberaya!

Plot

Analogman tiba di bandar Cyberaya untuk memusnahkan kesemua data & fail yang berkaitan dengan teknologi. Selama menjalakan misi, Bakar pula mula merasa terganggu apabila dia teringat masa lampau bersama dengan Aliya, yang merupakan kakak perempuannya.

Watak

Trivia

  • Ini adalah episod kedua yang disiarkan pada hari Jumaat ke-13, pertama ialah MISI: UNO.
  • Kisah ini mirip dengan Musim 1 Episod 4, MISI: COMOT.
    • Kedua-dua episod ini mempunyai kurang urutan aksi.
      • MISI: COMOT lebih fokus kepada aspek emosi manakala MISI: ANALOG lebih fokus kepada isu terkini daripada masyarakat maju teknologi.
    • Para wira sedang berhadapan dengan penjenayah yang sedang berlaku (kecurian dilakukan oleh kucing liar yang diubah suai secara genetik, jenayah yang dilakukan oleh Analogman).
    • Penjahat berjaya memerangkap wira dan menggunakan bom untuk melakukan kejahatan.
      • Dalam MISI: COMOT, Abang Bear, Komeng dan gengnya berjaya memerangkap Ali, Bakar dan Alicia, dan cuba menggunakan bom untuk membunuh mereka. Dalam episod ini, Analogman berjaya memerangkap Ali, Alicia dan Dr. Mala, dan cuba menggunakan bom untuk memusnahkan ciptaan baru teknologi dan bangunan itu.
    • Ali bertempur dengan penjahat tanpa menggunakan I.R.I.S. dalam kedua-dua episod.
    • Ali berjaya menghentikan kedua-dua bom pemasa dalam dua episod ini dengan hanya satu saat.
      • Ejen-ejen juga baring ke lantai setelah menghentikan kedua-dua bom pemasa.
  • Ini adalah episod kedua yang menunjukkan ketakutan Bakar terhadap lipas. Yang pertama ialah MISI: BLUEPRINT.
  • Ini adalah episod kedua yang menunjukkan imbas kembali tentang ibu Ali dan Bakar sewaktu muda. Yang pertama ialah MISI: BANGKIT.
  • Ini adalah episod kedua yang terdapat watak (kali ini ialah Viktor) menganggap bahawa Ali makan makanan yang banyak. Yang pertama ialah Bakar dalam MISI: COMOT.
  • Ini adalah episod kedua yang Bakar tidak menjawab panggilan telefon daripada Ali kerana sedang kecewa tetapi kemudian datang sebagai bantuan. Yang pertama ialah MISI: SENSASI.
  • Ini adalah episod kedua yang menunjukkan gambar keluarga Ali. Yang pertama ialah MISI: COMOT.

Galeri

Video