Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: BLUEPRINT ialah episod kelima dalam musim pertama siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 29 Julai 2016.

Sinopsis[]

Selepas Dos dan Trez berjaya mencuri dua keping pemacu yang mengandungi blueprint I.R.I.S., ejen-ejen M.A.T.A. berada dalam misi untuk mendapatkannya semula sebelum dibongkar!

Plot[]

Dos dan Trez sekali lagi mencerobohi Pusat Penyelidikan M.A.T.A; kali ini mereka bertembung dengan Ejen-ejen Bakar dan Rizwan. Dos membaling sebatang Shox Stix ke atas lantai, menyebabkan Bakar terenjat tetapi Rizwan mengelak dengan melompat. Dos mengalihkan perhatian kepada Rizwan dan menyerangnya dengan tendangan dan cucukan Shox Stix, dibalas oleh cubaan mencuit dengan Sarung Tangan Titik Sentuhan, sehingga Rizwan menghumban Dos sambil meminta maaf. Trez berasakan dan bertumbukan dengan Bakar sehingga menanduknya jauh-jauh, menyebabkan Bakar terhempap di atas Rizwan, maka Dos dan Trez terlepas dan mara untuk mencuri apa yang dicari.

Pada waktu pagi di rumah Ali, Comot menatap bekas makanan yang kosong. Nama Labu pada bekas itu telah dipotong dan digantikan dengan Comot. Comot yang kelaparan mengetepikan plat itu lalu memasuki bilik tidur Ali. Melihat Ali masih terlena, Comot cuba mengejutkannya. Ali terbangun dan menyedari bahawa dia telah terlambat untuk ke sekolah, lantas dia bersiap dengan cepat dan pergi ke sekolah dengan menaiki skuter, seraya mengabaikan Comot.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 3-9 screenshot

Ali berjaya sampai ke kelasnya tepat pada waktunya. Di dalam kelas, Sarsi menanya Viktor sama ada dia telah menyiapkan kerja rumah untuk esok. Viktor berkata belum tetapi Sarsi dengan bangganya mengaku sudah siap, malah menduga Ali tidak menyiapkan kerja rumah. Ali membuka begnya dan mendapati Comot menyorok di dalam; kucing itu keluar dari beg dan menyebabkan seluruh kelas gamat. Semua pelajar cuba menyentuh dan menangkapnya, manakala Sarsi mengingatkan Ali bahawa membawa haiwan adalah dilarang. Sewaktu dikejar-kejar, Comot tidak sengaja menyadung jatuh buku nota Sarsi dari tingkap. Puan Munah tiba di kelas dan dimaklumkan oleh Sarsi tentang kucing itu, maka dia menegur Ali kerana melayan kelas seperti klinik haiwan. Ali meletakkan Comot di luar kelas untuk menunggu sehingga kelas tamat.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 3-39 screenshot

Selepas kelas, Ali keluar untuk menemui Comot tetapi tidak terjumpa. Dia turun ke kawasan kantin untuk mencari dan terjumpa Comot menyelongkar tong sampah. Malangnya, Alicia berada di situ dan mendenda Ali kerana membuang sampah merata-rata, biarpun Ali cuba menerangkan hal sebenar. Selepas Ali mengemaskan sampah, Comot muncul membawakan Ali sekeping coklat. Sedang dia makan, Sarsi muncul dan menuduh Ali mencuri coklatnya. Berkejar-kejaran mereka sehingga Ali terlanggar Syed dan Shaun yang sedang menconteng dinding, maka Ali berlari lintang-pukang dari dua lagi orang marah sehingga Puan Munah muncul untuk mencari penconteng dinding, maka Syed dan Shaun melarikan diri.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 4-13 screenshot

Waktu pulang dari sekolah, Ali mengeluh kepada Viktor betapa sukar membela kucing; Viktor tidak hairan kerana adiknya juga sama perangai. Alicia menghalang Ali dengan peringatan denda mengemaskan perpustakaan. Setelah keliru seketika, Ali menduga bahawa itu ialah mesej rahsia, menyerahkan Comot ke dalam jagaan Viktor dan pergi mengikut Alicia. Sebaik sahaja mereka pergi, Comot menghilangkan diri, membuat Viktor hairan. Ketika memasuki markas M.A.T.A, Alicia menegur Ali atas kekecohan pagi tadi, tetapi Ali menyalahkan Comot.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 5-7 screenshot

Memasuki bilik kawalan, mereka mendapati Ejen Bakar merengek ketakutan, menyuruh mereka menangkap lipas yang merayap dalam bilik. Turut hadir ialah Jenny yang menegur Bakar kerana selalu membawa masuk makanan. Comot muncul dari halimunan dalam bilik kawalan dan cuba menangkap lipas, tetapi lipas terlepas dan mengejar Bakar, dikejar oleh Comot yang dikejar oleh Ali, berpusing-pusing keliling meja panel, sehingga dihentikan oleh General Rama yang berteriak "Dey!" Terkejut, Comot kembali halimunan sementara lipas merayap keluar. General menyoal tentang kekecohan tadi, dan Jenny berkata tiada apa-apa yang penting.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 6-8 screenshot

General Rama memulakan taklimat dengan menerangkan peristiwa Dos dan Trez memecah masuk kemudahan M.A.T.A. pagi tadi. Ditanya Ali apa yang mereka curi, Rama memaparkan pelan rekabentuk (blueprint) I.R.I.S. Ali bertanya sama ada Dos dan Trez boleh memasang I.R.I.S. sendiri; kali ini Jenny menjawab tidak semudah itu tetapi mereka mungkin akan dapat mengkaji mekanisme I.R.I.S. dengan adanya pelan. Alicia bertanya tentang niat mereka; Jenny tidak pasti tetapi General yakin mereka ada rancangan jahat. General menerangkan lagi bahawa data pelan I.R.I.S. dipecahkan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam dua Crypto-Drive (pemacu sulit) berasingan yang disimpan di dua lokasi berasingan sebagai langkah keselamatan; ertinya, hanya satu pemacu yang telah dicuri.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 6-58 screenshot

Ejen Rizwan tiba-tiba muncul dalam bilik kawalan, bertanya sama ada pemacu yang satu lagi dalam bahaya. Untuk itu, General Rama melantik Rizwan untuk mengetuai Bakar, Ali dan Alicia dan misi mengalihkan Crypto-Drive berkenaan dari tempatnya sebelum dicapai oleh Dos dan Trez. Taklimat General diganggu oleh kemunculan Comot di atas meja panel. Ali meminta maaf, dan General pun menyoalnya mengapa kucing itu boleh memasuki markas M.A.T.A. yang dikawal ketat. Ali menjelaskan bahawa Comot bukan calang-calang kucing, dan General menegurnya jangan mengada-ngada kerana ini bukan klinik haiwan.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 8-3 screenshot

Atas arahan "Bertindak segera," semua ejen beredar dan Ali dengan berat hati meninggalkan Comot di dalam bilik kawalan kerana khuatir kucing itu akan mengganggu misi. Melalui koridor yang dikawal ketat oleh angkatan droid dan dron, Rizwan memimpin ejen-ejen lain dengan membuka kunci pintu bilik simpanan dan mencapai Crypto-Drive yang tersimpan dengan lancar. Semasa hendak keluar, tiba-tiba bekalan elektrik markas terputus, menyebabkan lampu dan droid turut terpadam. Dalam keadaan gelap-gelita, Ali segera memasang fungsi penglihatan malam dalam I.R.I.S lalu terjumpa Dos sedang menghendap di belakang Rizwan. Ali berteriak awas, maka Rizwan pun mengelak, tetapi kemudian dia dirempuh oleh Trez sehingga cedera lalu dicucuk di belakang oleh Dos dengan Shox Stix. Ali berlari ke arah Rizwan sambil mengelak dari hentaman Trez yang dikesan oleh I.R.I.S, sementara Dos berjaya melarikan Crypto-Drive. Bakar dan Alicia nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa dalam kegelapan.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 9-29 screenshot

Apabila bekalan elektrik pulih, Rizwan yang cedera meminta yang lain untuk mendapatkan semula pelan itu. Ali, Alicia dan Bakar pergi mengejar Dos dan Trez sepanjang lantai. Trez menghentam lantai ke arah mereka; Ali dan Alicia mengelak sementara Bakar tersandung. Alicia berjalan parkour pada dinding sambil melepaskan beberapa peluru dengan Balistik ke arah muka Dos lalu menggelincir di bawah kelangkang Trez. Ali cuba menyerang Trez dengan gelombang yoyonya tetapi Trez tidak terkesan dan menangkap yoyo itu, kemudian menghumban Ali ke arah Alicia yang mengejar Dos sehingga terhempap. Dos menerajang peluru Balistik biru ke arah Bakar, menyebabkan dia terlekat di siling.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 10-19 screenshot

Rizwan dibawa pulang ke bilik kawalan untuk dirawat oleh Ali, Alicia dan Bakar yang sekali lagi berhadapan dengan General Rama yang marah atas kegagalan misi. General mengesyaki bahawa setiap kali mereka bertindak, musuh berada selangkah di hadapan kerana ada seseorang yang sudah bocorkan maklumat. Tiba-tiba, Comot muncul dengan menggonggong lipas yang mengganggu Bakar tadi. Ali menyambut Comot, dan Alicia meminta untuk meneliti isi mulut kucing itu. Belum sempat mengutip, Bakar cepat mencampak lipas itu jauh-jauh. Alicia mengutip lipas dari lantai dan mendapati ia merupakan robot yang dipasang kamera; Bakar menarik nafas lega kerana lipas itu tiruan.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 10-43 screenshot

Robot lipas itu diletak di atas panel dan dikaji datanya; Jenny mengesahkan bahawa ia digunakan untuk mengawasi mereka. General menyuruh Jenny untuk menggunakan isyarat dari kamera untuk mengesan lokasi asal pemancarnya, tetapi Jenny mendapati pemancar sudah tidak aktif tetapi boleh mendapatkan lokasi terakhir pancaran, iaitu di Pelabuhan Cyberaya. Diarahkan oleh General untuk mengkaji rakaman di kawasan berkenaan, Jenny mendapati bahawa sistem pemantauan sudah digodam dengan terpasang siaran video berulang-ulang (looping).

Menduga bahawa pelan I.R.I.S. mengambil masa untuk digabungkan, dan Dos dan Trez masih berada di kawasan pelabuhan, General mengarahkan Ejen-ejen Ali, Alicia dan Bakar untuk menjejaki mereka dan menuntut kembali pelan I.R.I.S. Di samping itu, General mengumumkan akan dihantar misi tambahan sulit kepada Ejen Bakar yang terlalu berisiko tinggi untuk diceritakan di khalayak ejen-ejen lain. Sebaik sahaja General menyudahkan taklimat dengan laungan "Bertindak segera," Jenny melengkapi Bakar dengan Perisai Plasma sebagai perlindungan tambahan ekoran ketiadaan Rizwan. Ali tercari-cari Comot tetapi tidak jumpa sebelum sendiri digesa untuk bergerak oleh Bakar.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 12-34 screenshot

Hari sudah malam, tibanya ejen bertiga di pelabuhan. Ali memasang fungsi pengesan haba dalam I.R.I.S. dan mendapati kelibat Dos dan Trez dalam sebuah kontena. Dos sedang menggodam isi Crypto-Drive yang sudah dicantumkan dengan komputer bimbitnya sementara Trez menunggu dengan kurang sabar sambil menghancurkan buah epal yang dimakannya. Tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi bising di luar, Dos menyuruh Trez menyambut pintu; rupa-rupanya Bakar mencuri dengar di luar. Terpelanting dari pintu yang dibuka Trez, Bakar terbaring mengiring sambil memanggil "pencuri hatinya." Trez tampil sebagai "pencabut nyawa" dan pergi mengejar Bakar yang melarikan diri.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 13-12 screenshot

Dos menyuruh Trez tunggu tetapi dikejutkan oleh peluru Balistik kuning yang melepaskan asap. Setelah asap reda, Dos berhadapan dengan Alicia yang kelihatan sudah mengambil Crypto-Drive lalu mengejarnya. Ali mengambil kesempatan untuk menyusup masuk kontena, mengelak dari terkena pengesan laser keselamatan atas pesanan I.R.I.S. Dia mendapati komputer sudah melaksanakan protokol nyahkod dan segera memecahkan kod untuk membatalkan dan menerbalikkan proses itu dan mengambil Crypto-Drive. Tanpa berwaspada, Ali terkena pengesan laser dalam perjalanan keluar lalu tercampak ke dalam lubang perangkap.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 13-33 screenshot

Bakar dikepung oleh Trez di jalan mati. Trez menyerangnya tetapi ditampan dengan Perisai Plasma lalu terpelanting. Di atas kontena, Dos dengan Shox Stix menyerang Alicia yang kepenatan, tetapi Alicia membalas dengan peluru Balistik hijau. Trez menjatuhkan Alicia dari kontena, menyebabkan "Crypto-Drive" tercicir, dikutip oleh Dos yang menyedari ianya palsu. Alicia menghubungi Ali yang cuba memecah keluar perangkap dengan lantunan yoyo berulang kali, untuk memberitahunya tentang pembongkaran Crypto-Drive palsu dan bertanya sama ada tugasnya selesai. Dijawab belum oleh Ali, Alicia bergegas ke kontena persembunyian, tetapi Dos tiba dahulu untuk mengasari Ali dalam perangkap. Mujur Comot menjelma dari halimunan untuk mengganggu Dos. Dengan menggunakan gelombang daya yoyo, Ali mengambil kesempatan untuk melompat keluar secara terlenting, kemudian menjatuhkan Dos ke dalam perangkap.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 15-5 screenshot

Ali keluar bersama Comot dan melaporkan kepada Bakar bahawa pelan I.R.I.S. sudah diperoleh. Sambil menepis-nepis serangan Trez, Bakar menyuruhnya berkumpul di titik permulaan. Malangnya, Perisai Plasma kehabisan tenaga, dan Bakar dirempuh oleh Trez. Ali juga kesuntukan tenaga, tiba di tempat yang ditetapkan bersama Alicia dan tertanya-tanya di mana Bakar. Mereka bergegas ke lokasi Bakar untuk menghalang Trez dari mengasari Bakar yang sudah tidak bermaya. Alicia melastik Dos dengan peluru biru, tetapi semuanya ditepis dan Dos melemparkan Shox Stix untuk menjatuhkan Alicia.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 15-58 screenshot

Tinggal Ali berhadapan dengan ancaman berganda Dos dan Trez. Ali mengelak cucukan Dos tetapi tersandung dari hentaman tanah Trez. Dos menghampiri Ali yang terbaring untuk cuba memeras Crypto-Drive, tetapi Ali bertindak menyerahkan pemacu itu kepada Comot. Dos menyuruh Trez mengejar kucing itu. Comot berlari ke dalam celah antara kontena lalu dikepung oleh dua penyangak itu. Comot memanjat tiang lampu untuk bolos, tetapi Trez menjatuhkan tiang lampu sehingga jatuh. Comot melompat ke atas Dos untuk mengganggu penglihatannya, kemudian ia meloncat ke dada Trez, menyebabkan dia terkena lemparan Shox Stix. Comot melarikan diri dengan Crypto-Drive, dan penyangak berdua disuruh oleh ketua untuk berundur. Trez berkeras untuk mengejar Comot, tetapi tanpa disedari, Comot bertukar halimunan.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 16-44 screenshot

Mengikut arah yang disangka dilalui Comot, Dos dan Trez dihalang oleh Rizwan yang muncul tiba-tiba. Kelihatan sudah pulih dari kecederaan misi lepas, Rizwan menjatuhkan Trez dengan cuitan bertubi-tubi. Dia berpaling ke arah Dos, tetapi Dos mencampakkan Kristal Kilat yang mengeluarkan silauan supaya dia dapat melarikan diri dan Trez. Bakar menyuruh Rizwan mengejar mereka, tetapi Rizwan berkata tidak mengapa kerana objektif misi telah tercapai sambil memandang Comot yang menggonggong Crypto-Drive.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 17-13 screenshot

General Rama mengucapkan tahniah kepada ejen berempat atas kejayaan misi. Comot sekali lagi mengganggu taklimat, membuat General menengking Ali lagi. Ali mempertahankan Comot dengan berkata bahawa ia telah menolong mereka dalam misi. Bakar menyokong kata-kata Ali dengan hujah bahawa misi pasti gagal tanpa bantuan kucing itu. Alicia dengan sinis mencadangkan supaya Comot menggantikan Ali untuk misi akan datang, membuat Ali sakit hati. Disoal oleh General, Rizwan mengesahkan kata-kata mereka. General mengeluh akan kehadiran kucing selepas budak mentah, tetapi setelah dipujuk oleh Ali dan Comot dengan jelingan manja, dia merelakan dengan syarat bahawa Ali dipertanggungjawabkan atas perbuatan kucing itu.

Semasa bersurai, General menahan Rizwan dan Jenny untuk menyoal Jenny sama ada seluruh bilik kawalan diperiksa; Jenny mengesahkan bahawa tiada alat asing dijumpai. General mengangin-anginkan bahawa Dos dan Trez sedang merancang sesuatu yang besar, malah mereka tidak bersendirian, maka dia menugaskan mereka untuk memburu musuh dalam selimut yang berselindung dalam kalangan M.A.T.A.

Ejen Ali Episod 5 - Misi BLUEPRINT 18-30 screenshot

Keesokan hari di sekolah, Puan Munah sedang mengajarkan kelas sains tentang anatomi kucing. Setelah diingatkan oleh Sarsi, Puan Munah menyuruh semua murid-murid mengeluarkan kerja rumah, membuat seluruh kelas mengeluh. Ali membuka begnya dan cemas mendapati dia ter,lupa buku latihan yang mengandungi kerja rumahnya, lebih-lebih lagi apabila melihat gurunya menyebat Boy kerana melakukan kesilapan sama. Mujur Comot mengetuk tingkap bilik kelas untuk menyampaikan buku latihan Ali kepadanya; malangnya buku latihan itu didapati kosong, maka Puan Munah pun memarahi Ali malah menebuk lubang dengan rotannya.

Episod berakhir dengan babak kelibat Bakar memasuki bilik arkib yang dikawal ketat, menekan kod untuk membuka laci dan mengeluarkan Crypto-Drive dari bilik.

Watak[]

Nota[]

  • Misi ini adalah untuk mendapatkan semula blueprint I.R.I.S., dengan itu, episod ini dinamakan "MISI: BLUEPRINT".
  • Ini adalah episod pertama yang menunjukkan ketakutan Bakar terhadap lipas.

Video[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement