FANDOM


MISI: CABAR
Misi - Cabar
Ejen Ali Musim 2, Episod 5
Statistik
Tarikh siaran 17 November 2017 (TV3)
Ditulis oleh Akan diumumkan...
Diarahkan oleh Akan diumumkan...
Panduan Episod
Sebelumnya
MISI: ANALOG
Seterusnya
MISI: SUSU
MISI: CABAR merupakan episod kelima dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia disiarkan pada 17 November 2017 di TV3.

Sinopsis

Seorang ejen dari kumpulan Numeros, Ocho diam-diam menyusup ke dalam Akademi M.A.T.A..

Plot

Episod ini dibuka ketika Rudy bersedia untuk berlatih menjadi ejen yang lebih baik, dia dengan lancar boleh memenangi latihan ini, bahkan mendapati dirinya berada pada peringkat ke-1. Ali merasa kagum pada dirinya, namun Rudy menunjukkan senyum angkuh-nya, yang membuat Ali merasa sangat geram dan iri. Ini saatnya untuk latihan bagi Ali, Alicia mencuba untuk menyemangati dirinya, namun disebabkan oleh rasa geram dan iri pada Rudy, dia dengan cukup kasar dan lantang berkata bahawa dia sudah tahu. Leon menghitung mundur angka, yang membuat Ali bersedia. Dalam latihannya, dilihat oleh ejen-ejen lainnya dia melakukannya dengan sangat teruk, menghantarkan kepada ke-angkuhan diri Rudy. Pada akhir pelatihan, dia merasa sangat malu kerana mendapati dirinya berada pada peringkat yang terakhir. Rudy menakut-nakuti Ali menggunakan hoodie penyamarannya, membuat sebahagian besar ejen muda menertawakannya, termasuk Moon. Tidak tahan akan kelakuannya pada dirinya, kesabaran Ali semakin menipis, dia sepertinya mahu mencabar dirinya, namun tidak sempat kerana lonceng kecemasan telahpun berbunyi, iaitu menandakan ada suatu masalah yang sedang berlaku.

Watak

Trivia

  • Episod ini diberi tajuk 'MISI: CABAR' kerana pada klip Ali dan Rudy saling bertatap-tatapan, dia kemungkinannya akan mencabar dirinya, namun tidak sempat kerana lonceng kecemasan berbunyi.

Galeri

Video