FANDOM


MISI: IRIS
Misi - Iris
Ejen Ali Musim 1, Episod 1
Statistik
Tarikh siaran 8 April 2016 (TV3)
15 Disember 2017 (Disney Channel Asia)
25 Disember 2017 (MNCTV)
Ditulis oleh Akan diumumkan...
Diarahkan oleh Akan diumumkan...
Panduan Episod
Sebelumnya
Tiada
Seterusnya
MISI: ALPHA
MISI: IRIS merupakan episod pertama siri Ejen Ali. Ia disiarkan pada 8 April 2016 di TV3.

Sinopsis

Ali merupakan seorang pelajar sekolah berumur 12 tahun yang bergelut di sekolah, juga menjadi mangsa buli, serta kekurangan kasih sayang dari ibu bapa. Kehidupannya berubah apabila dia secara tidak sengaja menggunakan teknologi yang dicuri oleh dua penjahat.

Plot

Cerita ini bermula dengan dua penjahat, Dos dan Trez menyelinap masuk ke Pusat Penyelidikan M.A.T.A.. Trez mengambil alih kamera keselamatan, manakala Dos menyamar sebagai seorang saintis dengan menggunakan pakaian Ejen Jenny selepas Dos mengelektriknya di bilik persalinan. Dia bertemu dengan Ejen Bakar dan cuba menguratnya. Dos meminta diri lalu memasuki ke sebuah bilik dan dengan menggunakan tablet nama Jenny, dia menemui sebuah alat prototaip. Dos hendak mengambilnya tetapi pada amsa yang sama penggera kecemasan berbunyi. Apabila Bakar dan robot-robot M.A.T.A. memasuki ke dalam bilik itu, mereka menjumpai bahawa Dos telah melarikan diri melalui laluan udara dengan membawa I.R.I.S. bersamanya.

Keesokan harinya, Ali bangun selepas mendengar panggilan dari bapanya lalu menyedari yang dia akan lewat untuk sekolah. Setelah menyalin pakaian dengan tergesa-gesa, dia menaiki skuternya untuk pergi ke sekolah. Sepanjang perjalanan, dia secara tidak sengaja terlanggar Aunty Faye menyebabkan dia jatuh ke dalam semak. Kemudian Ali melarikan diri lalu bersembunyi dari Shaun dan Syed selepas Ali membaling tin ke arah mereka untuk menghalang mereka daripada membuli seorang pelajar dengan mengambil ais krimnya.

Sementara itu, Dos tiba di gerai Nasi Lemak Cyber dan meletakkan I.R.I.S. ke dalam kotak hijau dengan meninggalkan password "Tempoyak Udang". Ali menuruni tangga dan hampir melanggar seekor kucing putih dan gerai Nasi Lemak Cyber, tetapi sempat berhenti. Ali menempah nasi lemak dengan meminta lauk "Tempoyak Udang", membuatkan Wak Musang terkejut lalu memberikan kotak hijau yang mengandungi I.R.I.S. kepadanya tanpa mengenakan bayaran. Ali kemudian bergegas ke sekolah selepas mendengar bunyi loceng sekolah, menandakan kelas telah bermula dan dia terlambat. Beberapa saat kemudian, seorang lelaki serba hitam datang ke gerai Wak dan meminta "Tempoyak Udang". Ini menyedarkan Wak yang dia dah tersalah orang.

Apabila Ali tiba di kelas, dia memberi isyarat kepada Viktor untuk mengalih perhatian Puan Munah. Kemudian, Ali menyelinap masuk ke dalam kelas, bagaimanapun ditemui oleh Alicia. Puan Munah mendapatkan Ali dengan rotan dan memarahinya kerana gagal lagi dalam ujian matematiknya. Ali meminta maaf kepadanya, tetapi cikgunya itu menjawab bahawa tidak ada gunanya meminta maaf jika dia masih tidak berubah lalu melemparkan kertas ujian Ali ke arahnya dan mengejutkannya dengan membelah kertas itu menggunakan rotannya.

Semasa rehat, Ali bersembang dengan Viktor tentang keputusan ujiannya dan terfikir cara untuk mempertingkatkan markahnya. Kemudian, Ali memegang kotak nasi lemak sebelum mengajak Viktor untuk pergi bersembunyi daripada dua pembuli yang sedang mencari dia. Ali dan Viktor bersembunyi di dalam tandas sambil Ali berasa kesal kerana menolong pelajar tadi. Tetapi kemudian Viktor membaca satu ayat dari tabletnya: "Keberanian itu bukanlah bila kamu lawan dan menang, tetapi bila kamu ters berjuang demi tujuan yang murni walaupun menghadapi pelbagai cabaran." Pada masa yang sama, lampu I.R.I.S. di dalam kotak nasi lemak mula berkelip, menunjukkan alat pengesan telah diaktifkan. Sementara itu, Uno memberikan arahan kepada Dos dan Trez untuk cepat mendapatkan I.R.I.S. melalui komputer. Dos berpesan padanya supaya tidak gagal dalam misinya.

Di luar pagar sekolah, Ali menunjukkan kemahirannya kepada Viktor. Selepas kereta ibu Viktor tiba, Viktor sempat mengajak Ali untuk bermain permainan Detektif Jebat, yang ditunjukkan dalam tablet Ali lalu menaiki kereta meninggalkannya. Kemudian, Bakar datang dari arah belakang Ali, ternyata adalah bapa saudaranya. Bakar mengikut Ali pergi ke Zali Mart, dan alat pengesan Bakar menunjukkan I.R.I.S. ada pada Ali.

Selepas Ali dan Bakar memasuki kedai, Ali mengambil sebungkus roti tetapi hairan dengan tindakan Bakar yang sedang memeriksa keadaan sekeliling. Bakar bertanya kepada Ali jika dia ada terambil apa-apa barang yang bukan miliknya, lalu memeriksa seragamnya dan mendapati tiada apa-apa pun. Bakar memberitahu Ali yang dia sedang berada dalam bahawa lalu membawa Ali ke sudut lain namun ternampak Dos. Trez menemui mereka dan menolak rak ke arah Bakar. Bakar sempat menolak Ali supaya tidak ditimpa rak lalu menyuruhnya untuk melarikan diri. Jadi Ali melarikan diri dengan skuternya namun Dos muncul dan mengaktifkan pemecut kasutnya untuk mengejar Ali.

Sementara itu, Bakar sedang berlawan dengan Trez di dalam kedai. Dia ditolak ke belakang, lalu Bakar mengambil semburan pembunuh serangga dan halakan ke muka Trez. Di luar, Dos pantas memintas Ali, membuatkan Ali terjatuh selepas cuba mengelak Dos ang berada di hadapannya. Ali dibawa ke kawasan pembangunan yang terbiar, dia bertanya kepada Dos apa yang dia mahukan dengannya lalu Dos mengluarkan I.R.I.S..

Watak

Trivia

  • Misi ini berkaitan dengan peranti yang dicuri yang dipanggil sebagai I.R.I.S., dengan itu, episod ini bernama "MISI: IRIS".
  • Adegan ketika Dos menangkap Ali di lorong belakang kedai itu mirip dengan Agent Almenda yang menggunakan Sprint untuk menghalang Mr Shin daripada lari dalam 24: The Video Game.
  • Adegan yang Bakar menggunakan semburan serangga pembunuh pada Trez adalah rujukan kepada filem Copycat apabila Hellen menggunakan semburan pembunuh serangga pada seorang pegawai polis. Selain itu, latar belakang putih dalam kedua-dua adegan.
  • Kebanyakan watak membuat kemunculan sulung mereka dalam misi ini, sementara watak selebihnya di misi yang lain.
  • Ini adalah episod pertama yang Viktor tidak sengaja memberikan nasihat kepada Ali yang akan digunakan kemudian.

Galeri

Video

Episod Ejen Ali
Musim 1 MISI: IRIS | MISI: ALPHA | MISI: SERI | MISI: COMOT | MISI: BLUEPRINT | MISI: BANGKIT | MISI: PROTOKOL GEGAS | MISI: PRESTASI | MISI: POTENSI | MISI: SENSASI | MISI: BUKTI | MISI: UNO | MISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMI | MISI: ORIENTASI | MISI: MAIN | MISI: ANALOG | MISI: CABAR | MISI: SUSU | MISI: KEMBALI | MISI: TUJUAN | MISI: PERANAN | MISI: ATLAS | MISI: HARAPAN | MISI: DIEZ | MISI: LEGASI