Ejen Ali Wiki
Advertisement

Templat:InfoboxEpisodMISI: MAIN merupakan episod ketiga dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia disiarkan pada 6 Oktober 2017 di TV3.

Sinopsis

General Rama telah menghantar ejen-ejen dari Akademi M.A.T.A. untuk misi pertama mereka - untuk menghentikan penjahat yang telah menggodam stesen keretapi Cyberaya!

Plot

Ali bermimpi bahawa ahli pasukannya iaitu Jet, Moon, dan Iman, termasuk dirinya mendapati mereka semua dimarahi teruk oleh para mentor atas kecuaian yang telah Ali perbuat, membuat semua ahli pasukannya merasa geram pada Ali. Dia terbangun secara tiba-tiba dan merasa serba salah kepada kesemua ahli pasukan latihannya. Sementara itu, M.A.T.A. telah menyediakan beberapa ejen yang akan pergi untuk menjalankan misi kali ini dan menghentikan penggodaman keretapi Cyberaya oleh si penjahat baru Neonimus, iaitu Ali, Alicia, Bakar, dan Zass. Selepas itu, mereka mula menjalankan misi dan bermain dengan Neonimus.

Watak

Trivia

  • Sehari sebelum tarikh perdana episod ini, profil dan imej di laman Facebook rasmi Ejen Ali telah ditukar kepada simbol Neonimus, seakan-akan laman itu telah "digodam".
  • Terdapat satu kiriman yang ditaip dengan huruf dan nombor: "pr355 574r7! 5.30pm d1 7v3 m4l4y514 #3j3n4l1 #4n1m4710nmy".
    • "pr355 574r7!" adalah "press start!", yang bermaksud "tekan permulaan" dalam Inggeris.
  • Episod ini diberi tajuk "MISI: MAIN" kerana Neonimus bermain dengan watak-watak utama seolah-olah mereka berada dalam permainan.
  • Ini adalah episod ketiga yang berlaku di luar masa persekolahan (MISI: COMOT, MISI: UNO).
  • Ini adalah episod ketiga yang Viktor tidak sengaja memberikan nasihat kepada Ali yang akan digunakan kemudian (MISI: IRIS, MISI: PROTOKOL GEGAS).
    • Ini adalah episod kedua yang Viktor mengusik Ali sedang rapat dengan Alicia, yang pertama ialah MISI: BUKTI.
  • Ali dan Alicia mengenali Neonimus penjenayah siber yang telah menggodam sistem pertahanan M.A.T.A., yang mana mengesahkan bahawa aplikasi permainan Ejen Ali: Emergency adalah kanun dan diambil semasa Musim 1 (Jenny masih bekerja dalam M.A.T.A. dalam permainan tersebut).
  • Kisah ini mirip dengan Musim 1 Episod 3, MISI: SERI.
    • Penjahat menggunakan drone untuk melakukan kejahatan.
      • Dalam MISI: SERI, Komeng dan gengnya mencuri dron terbang yang kemudiannya digunakan untuk merompak sebuah bank. Dalam episod ini, Neonimus menggunakan drone untuk menggodam sistem komputer of Stesen CRT Cyberaya untuk menyebabkan keganasan.
    • Kedua-dua gajet yang digunakan oleh penjahat boleh menembak laser (Drone terbang yang digunakan oleh Komeng dan gengnya; robot yang dikerahkan oleh Neonimus).
    • Tangan adalah sasaran untuk mematikan gajet penjahat itu.
      • Drone terbang bergantung pada sarung tangan yang memancarkan isyarat Wi-Fi untuk mengawalnya, jadi dengan mengambil sarung tangan akan mematikan dron. Manakala untuk robot Neonimus, senjata laser Gatling (itu adalah tangan kanan robot) boleh menjadi terlalu panas kerana penggunaan berterusan, menjadikannya terdedah dan tidak stabil.
    • Dalam kedua-dua episod ini, Ali bekerja bersama dengan ejen yang dia tidak dikenali.
      • Daripada Alicia, ia adalah Zass dalam episod ini.
    • Penjahat itu tidak pernah ditangkap dalam kedua-dua episod ini.

Kiasan

  • Kereta api di Cyberaya adalah CRT, yang mana merupakan kata mainan kepada LRT.

Galeri

Cekupan skrin


Video

Advertisement