Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: ORIENTASI ialah episod kedua dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 29 September 2017.

Sinopsis[]

Selepas diterima masuk ke akademi, Ali disambut baik oleh semua orang termasuk ejen junior, kecuali seorang ejen...

Plot[]

Di Akademi M.A.T.A., Ali dan Alicia selaku pelajar baharu berhimpun bersama pelajar-pelajar akademi yang lain, mendengarkan ucapan daripada Ejen Geetha; turut hadir ialah mentor-mentor lain iaitu Ejen-Ejen Leon, Karya dan Bakar. Selepas berucap, Geetha meminta pelajar-pelajar memperkenalkan diri kepada rakan baharu mereka secara bergilir-gilir. Mula-mula sekali ialah Jet si penggalas jetpack dan Roza si pembawa senapang mewakili teras Neuro; Mika dengan kerusi roda merangkap sut tempur mekanikal, Chris si pembawa keris plasma kembar, dan Iman si pemakai selendang berbilah mewakili Kombat; Bulat si pemain bola teka-teki dan Khai si tukang robot mewakili Tekno; Moon si pandai klon holografik, Zass si pelari pecut yang berdiam diri, dan Rudy si pendingin mewakili Inviso. Karya membawa Ali dan Alicia menjelajahi akademi sementara pelajar-pelajar lain kembali ke kelas.

Keesokan harinya, Ali meninggalkan Comot di Bilik 52 sekolah dan memintanya tunggu waktu lepas sekolah. Dalam kelas, Ali sukar memendamkan rasa tidak sabar untuk pergi ke Akademi dan asyik memandang jam yang tergantung di atas papan putih. Dia meluangkan masa dengan membuat latihan tetapi selepas siap, dia cepat mengeluh "Baru lima minit?" dengan lantang sehingga terganggu kelas dan dimarahi Puan Munah. Apa-apa pun, Ali berjaya mengharungi waktu persekolahan dan sebaik sahaja sesi tamat, Ali dengan beria-ia sekali bergegas ke Bilik 52.

Sebaik sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam lif rahsia bersama Comot, tiba-tiba Viktor memanggil dari luar, jadi Ali terpaksa keluar melayannya. Viktor bertanya kerana hairan mengapa Ali terkedek-kedek pergi ke bilik kelabnya walaupun pernah hadir baru semalam. Ali menjawab dengan teragak-agak bahawa dia masih ahli baharu, maka Viktor pun makin hairan dan melafazkan minat untuk menyertai kelab Ali. Ali membalas dengan gemuruh bahawa kelabnya membosankan dan keahliannya sudah penuh. Viktor masih menaruh rasa curiga, tetapi meminta diri dahulu.

Gelagat Ali dengan Viktor tadi turut disaksikan oleh Alicia, maka dia dengan tegas menegur Ali untuk menjaga gerak-gerinya agar dalam perjalanan ke Akademi supaya tidak terlalu ketara sehingga terbongkar rahsia. Di dalam lif, Ali bertanya kepada Alicia mengapa dia juga menyertai Akademi M.A.T.A. padahal dia sudah cukup layak untuk menjadi seorang ejen. Alicia menceritakan bahawa dia dikehendaki oleh General Rama untuk menjaga dan mengawasi Ali yang memegang I.R.I.S. kerana beliau tidak tahu siapa lagi yang boleh dipercayai setelah apa yang berlaku dengan Jenny. Alicia mengingatkan Ali untuk menjaga kelakuan kerana dia bertanggungjawab ke atas I.R.I.S. Ali membantah kerana menganggap dirinya bertanggungjawab ke atas peranti tersebut.

Setibanya mereka di Akademi, Ali disambut oleh Khai yang sudah menunggu. Ali terlupa namanya, jadi Khai pun ingatkan sambil bersalaman. Ali memperkenalkan diri pula, dan Khai pun berpesan dia sudah tahu namanya, maka mereka berdua pun tergelak tawa; Alicia pun tidak senang dengan itu dan beredar dahulu. Sebaik habis bergurau, Ali menyedari Comot tidak kelihatan, mujur Iman hadir dan memegang kucing itu untuknya. Moon pun muncul secara mengejut dan beria-ia hendak meminjam I.R.I.S., tetapi Khai berpesan bahawa I.R.I.S. sudah segerak dengan Ali. Jet pun hadir, hairan menanggap I.R.I.S. seperti cermin mata biasa dan meminta Ali mendemonstrasikannya. Ali bertindak mengimbas Jet dan menganalisis datanya, lalu dia menyindir Jet menambah tinggi semata-mata dengan mengisi kasut, membuat yang lain semua ketawa terbahak-bahak.

Moon mengetepikan Jet dan meminta untuk diimbas, maka Ali mendapati daripada analisis I.R.I.S. bahawa Moon sedang memakai sejenis sut yang dilengkapi alat hologram untuk memancarkan klon holografik seperti semalam. Bukan sahaja Moon yang kagum, bahkan Khai mengucapkan "Naisu!" terhadap keupayaan peranti Ali mendapat maklumat dari sekilas pandang. Moon mengecamkan Ali yang mengalahkan Djin, ketua teras Inviso, manakala Khai menyoal Ali sama Djin benar-benar boleh bertukar menjadi asap lalu menjelma di mana-mana sahaja. Ali dengan malu-malu menjawab ya.

Pada masa yang sama, Rudy tampil secara mengejut, mengecam yang lain kerana "mengarut" dan membetulkan fakta bahawa Djin bergerak laju sekali tanpa ditandingi ejen-ejen lain, malah dia menggunakan asap untuk menyembunyikan pergerakan dia supaya sukar dikesan oleh musuh. Ali mengangguk menerima pembetulan Rudy, dan Rudy pun berpesan bahawa ejen Inviso sepatutnya mengetahui teknik tersebut, lantas dia beredar dengan peringatan kepada pelajar baharu ini untuk tidak mengarut sesuka hati tentang hal-hal yang tidak diketahuinya sungguhpun memakai I.R.I.S. Ali bertanya kepada Moon apa hal dengan Rudy; jawabnya dia sedang mengalami kekalutan emosi, lebih-lebih lagi Djin merupakan idolanya.

Iman mengajak rakan-rakannya masuk kelas, jadi mereka semua pun pergi bersama-sama. Dalam perjalanan, Jet bertanya kepada Ali tentang "kawan baik perempuannya," lantas Moon menampar bahunya dan menegurnya untuk tidak mengada-ngada. Tiba-tiba Bakar datang memanggil Ali dan berpesan bahawa ketua-ketua teras mahu berjumpa dengannya. Rakan-rakan baharu Ali terkejut dengan kata-kata itu kerana mereka semua sendiri pun belum pernah dapat berjumpa dengan ketua teras. Bakar menarik Ali dan Ali berasa resah hendak berjumpa ketua teras, apalagi kerana Bakar pun tidak tahu niat ketua teras.

Ali dimasukkan ke dalam sebuah bilik gelap di mana terdapat empat batang skrin menegak. Dalam tiga daripada skrin terpancar kelibat malap tiga ketua teras yang disinari warna teras masing-masing. Ketua teras Tekno (merah) berupa wanita memakai selendang serban, menyoal Ali tentang pengalamannya di Akademi setakat ini. Ali menjawab seronok kerana tempatnya indah dan ada ramai kawan baharu. Ketua teras Kombat (biru) berupa lelaki berbadan sasa dengan rambut keriting, lantang menegur Ali bahawa Akademi bukan tempat bermain, membuat Ali terasa gugup. Ketua Tekno menegurnya untuk tidak menakutkan Ali, tetapi ketua Kombat membantah kerana tidak mahu melayannya seperti kanak-kanak kecil.

Tampil pula ketua teras Neuro (kuning) meredakan pertengkaran antara dua rakan sejawatnya, lalu dia berpesan kepada Ali untuk memahami betapa genting keadaannya sekarang kerana ketidakstabilan Override Mode I.R.I.S. boleh menjadikannya satu senjata yang berbahaya jika ia jatuh di tangan yang salah. Dia menunjukkan Ali ke skrin terpadam yang pernah diisi oleh Djin dan berpesan lagi bahawa bekas ketua teras Inviso itu tidak akan berhenti selagi dia belum mendapatkan peranti tersebut, maka dia sedang mengetuai usaha mengumpul maklumat dalam misi M.A.T.A. menggagalkan rancangan musuh. Ketua Tekno menasihati Ali untuk berwaspada kerana musuh pernah menyerang hendap, dan ketua Kombat pula mengingatkannya untuk untuk berlatih dengan lebih gigih supaya mampu mempertahankan diri. Ali dengan serius menerima nasihat ketua teras, dan oleh itu tamatlah sesi pertemuan khas.

Ali keluar dari bilik dengan wajah yang suram dan disambut oleh Bakar. Kelihatan Rizwan sedang bergerak ke arah mereka. Ali cuba menyapanya tetapi disuruh memberi laluan, malah dia mendapati perwatakan Rizwan sangat berbeza. Rizwan memasuki bilik dan terus menghadap ketua teras, menyatakan hasratnya untuk mengetahui kisah sebenar tentang misi lima tahun lepas dan kebenaran tentang Djin. Ketua-ketua teras terdiam tidak berkata-kata, seketika keadaan menjadi sunyi sepi.

Ali dibawa oleh Bakar ke bilik kelas untuk menyertai kelas yang diketuai oleh Ejen Leon. Ali bertanya pada Khai apa yang sedang diceritakannya, lantas Leon menegur Ali agar dia menumpukan perhatian. Memandangkan sudah ada tambahan pelajar, Leon berkata mereka boleh menjalankan latihan secara berpasukan, membuatkan semua pelajar memandang sesama sendiri. Geetha menjelaskan dengan lanjut yang latihan secara berpasukan ialah mereka akan dipecahkan kepada beberapa pasukan untuk bertanding dalam misi latihan.

Ali bertanya adakah masuk pasukan mengikut teras masing-masing, dan Geetha menjelaskan dalam M.A.T.A., sebuah pasukan yang lengkap perlu menggabungkan kepakaran keempat-empat teras. Ali bertanya dirinya tergolong dalam teras yang mana, lalu Geetha menjelaskan dia telah dimasukkan ke dalam teras Tekno kerana dia memakai sut ejen yang berwarna merah dan merupakan pengendali gajet khas, I.R.I.S. Geetha membolehkan ejen-ejen muda untuk memilih pasukan masing-masing. Ali mendapati Khai resah. Apabila ditanya, Khai memberitahu Ali bahawa mereka tidak boleh berada dalam satu pasukan kerana mereka sama teras, lalu mengucapkan semoga berjaya kepada Ali dan berpisah.

Moon memanggil Ali untuk menyertai pasukan mereka dengan Iman dan Jet. Ali berminat untuk sepasukan dengan mereka, namun Alicia menarik lengan Ali kerana mahu mengheretnya ke dalam pasukan Mika, Ali lantas memotong percakapan Alicia berkata dia mahu satu pasukan dengan ejen-ejen lain. Alicia marah dan mengatakan sekali lagi misi utamanya iaitu untuk menjaganya, tetapi Ali tidak mempedulikannya dan pergi ke arah Moon, Iman dan Jet. Ini membuatkan Alicia berasa kesal dengan tindakan Ali.

Leon menerangkan bahawa tugasan mereka dalam latihan ini ialah untuk mendapatkan salinan intel yang berada di tiga lokasi berlainan, maka mereka perlu mengesan lokasi tersebut untuk membuka peti simpanan intel dan kembali ke garisan penamat secepat mungkin; pasukan yang pertama sampai akan dikira sebagai pemenang. Kesemua 12 pelatih ejen berkumpul di garis permulaan di lapangan Akademi: Ali, Moon, Jet dan Iman; Alicia, Khai, Mika dan Rudy; Roza, Chris, Bulat dan Zass.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Zass memecut laju-laju, mendahului rakan sepasukannya dan pasukan yang lain. Jet terbang tinggi untuk memantau keadaan. Alicia mula mengatur strategi, Khai mengarahkan R-O untuk mengesan lokasi intel. Pasukan Ali berhenti untuk mencari kedudukan lokasi intel, Jet melihat satu lokasi tetapi Zass hampir sampai di sana. Ali menggunakan I.R.I.S. untuk mengesan intel dan menjumpai satu, maka pasukan Ali segera ke sana. Sementara itu, Zass tiba di lokasi yang menyimpan intel. Dia segera berlari untuk mengambil intel tetapi terpijak perangkap M.A.T.A.. Tiba-tiba, alat penggera berbunyi, dan muncul angkatan Droid dan Dron M.A.T.A. muncul di sekeliling Zass, menghalakan senjata ke arahnya dan bersedia untuk menembak.

Sementara itu, pasukan Ali tiba di lokasi intel yang lain. Sebelum mengambil intel, Ali mengesan dengan I.R.I.S. dan mendapati terdapat banyak sensor di bawah. Ali menyuruh rakan pasukannya tunggu dan dia melompat menggunakan kasut Aero Boots dan melihat R-O sedang cuba membuka kunci intel. Ali merampas intel menggunakan yoyonya dan membuatkan R-O marah. Ali melompat semula ke bawah dan terus berlari.

Tiba-tiba, sebutir peluru dilepaskan dan tepat mengenai pergelangan tangan Ali, membuat intel tercampak dari tangannya. Rudy menyambut intel itu dan membuat Ali naik marah. Moon menyuruh pasukannya untuk mendapatkan intel itu semula. Jet segera menyerang ke arah Rudy tetapi dihalang oleh Mika, membuatkan Jet jatuh tergolek ke dalam tempat perangkap M.A.T.A., menyebabkan angkatan Droid dan Dron keluar. Jet terbang tinggi untuk mengelak daripada ditembak oleh robot-robot itu. Moon menggunakan sutnya untuk membentuk klon-klon untuk mengelirukan Droid-Droid. Rudy menyelinap dari belakang dan memakaikan Shadow Cuffs pada pergelangan sebuah Droid untuk menembak jatuh Droid-Droid lain. Mika menyerang dan berlawan dengan Droid-Droid bersungguh-sungguh.

Ali terus menyerang Droid-Droid menggunakan perisai gelombang yoyonya. Iman pula menyerang Droid-Droid dengan alat senjata yang ada pada hujung selendangnya. Terlalu asyik berlawan, senjata Iman hampir terkena Ali. Khai memandang ke atas dan mengaktifkan R-O-nya untuk mencari suis utama penggera keselamatan dalam cubaan mematikan sistem keselamatan M.A.T.A. Sementara itu, semua pelatih masih lagi melawan angkatan yang tinggal dengan gajet masing-masing. Akhirnya, Droid-Droid dan Drone jatuh ke tanah; ini kerana Khai berjaya menghentikan suis utama alat penggera keselamatan M.A.T.A.

Tiba-tiba, Rudy dijatuhkan oleh yoyo Ali. Jet, Alicia dan Iman terkejut melihat apa yang berlaku. Ali segera melarikan intel dari Rudy dan digelar pencuri oleh Mika. Ali meminta rakan-rakan sepasukan menghalang pasukan yang lain. Alicia membidik Balistik ke arah Ali untuk menembak, tetapi segera dihalang oleh Jet sehingga terjatuh. Mika berasa marah lalu hendak mengejar Ali tetapi tidak berjaya. Iman menyerang Mika dengan senjata selendangnya untuk melindungi Ali. Rudy merenung ke arah Ali dengan perasaan geram.

Bakar dan Leon sedang menunggu pemenang di garisan penamat. Ali dalam keadaan termengah-mengah sampai di hadapan Bakar dan Leon. Mendapati Ali sampai berseorangan, Leon bertegas bahawa dia mesti pulang ke garisan penamat bersama kesemua ahli pasukannya kerana ini merupakan latihan berpasukan. Ali berasa hampa mendengar kata-kata Ejen Leon, namun dia segera berpatah balik kepada pasukannya. Dalam perjalanan, Ali terserempak dengan "Iman" yang memberitahu Ali pasukannya telah cedera. Ini membuatkan Ali berasa bersalah dan mahu segera menyelamatkan rakan sepasukannya.

Tiba-tiba, Ali merasakan kedua-dua pergelangan tangannya telah diikat dengan sesuatu. Rupa-rupanya Rudy menyamar sebagai Iman! Ali disekat dan ditundukkan kerana dikekang oleh Rudy yang mengawal Shadow Cuffs yang dipakaikan ke atasnya sewaktu menyamar. Akhirnya, Rudy dengan mudah mengebas intel dari tangan Ali. Ali cuba melepaskan diri tetapi gagal. Rudy meninggalkan Ali keseorangan di situ.

Sementara itu, Rizwan bergerak pantas menuju ke arah balai penahanan M.A.T.A.. Setelah pintu dibuka, Rizwan menggodam sistem kamera video di dalam penjara itu untuk memaparkan tiada sesiapa yang masuk ke dalam penjara itu. Kemudian, Rizwan masuk ke dalam ruang dan bersemuka dengan orang suruhan Uno, iaitu Dos.

Watak[]

Trivia[]

  • Terdapat tayangan ekslusif di GSC One Utama bagi MISI: AKADEMI dan juga episod ini pada 23 hingga 24 September 2017.
  • Kisah ini mirip dengan Musim 1 Episod 2, MISI: ALPHA.
    • Ali diperkenalkan kepada semua dalam agensi itu.
      • Daripada diperkenalkan kepada empat teras M.A.T.A., Ali diperkenalkan oleh mentor dan pelajar di Akademi M.A.T.A..
      • Ali diklasifikasikan ke dalam teras TEKNO selepas tidak mengetahui terasnya sejak MISI: ALPHA.
    • Terdapat watak baru yang memberikan Ali bahu sejuk.
      • Daripada Rizwan, ia adalah Rudy dalam episod ini.
    • Kedua-dua episod ini mempunyai kecuaian Ali dalam menjalankan misi pertama.
      • Tidak seperti MISI: ALPHA yang Rizwan datang untuk menyelamatkannya, tiada siapa yang datang untuk menyelamatkan Ali.

Galeri[]


Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement