FANDOM


MISI: PENYAMARAN
PENYAMARAN
Ejen Ali SIDEMISSION Musim 1, Episod 3
Statistik
Tarikh siaran Tidak diketahui
Diarahkan oleh Fuad Md Din
Ditulis oleh Aya Julkree
Panduan Episod
Sebelumnya
MISI: TRAINING
Seterusnya
KAWAN ATAU MISI?
MISI: PENYAMARAN merupakan episod ketiga dalam Ejen Ali SIDEMISSION.

Sinopsis

Ali perlu mencari Bakar yang sedang menyamar tanpa menggunakan I.R.I.S....

Plot

Ali yang sedang memegang telefon bimbitnya dipesan oleh Bakar agar dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya, kerana "Seorang ejen harus mempunyai daya fokus yang tinggi" dan kaedah untuk bersembunyi dalam keadaan persekitaran haruslah meyakinkan. Bakar memesan lagi supaya Ali menggunakan semua derianya untuk mencari dirinya di kalangan semua penduduk situ. Lalu Ali mengeluarkan I.R.I.S. untuk menggunakannya, tetapi pada masa yang sama perbuatannya dihalang oleh Bakar yang melarangnya untuk menggunakan I.R.I.S.. Maka Ali pun memulakan pencarian ayah saudaranya dengan melihat sekeliling. Dia terlihat seorang mak cik yang sedang duduk sambil memakan burger lalu menerjahnya dengan tiba-tiba. Namun, sangkaannya salah lalu terus pergi dari situ kerana malu.

Sewaktu Ali berdiri di sebalik sebatang pokok (di mana Bakar sedang bersembunyi) sambil tertanya-tanya di mana Uncle Bakar sedang bersembunyi, dia tiba-tiba dikejutkan oleh kehadiran Bakar di belakangnya. Bakar kemudian mengelap warna-warna perang di muka dan pakaiannya, sambil mendedahkan yang dia menunggu kehadiran Ali sejak dari Subuh pagi tadi, menyatakan bahawa kesabaran yang tinggi juga adalah penting apabila sedang menyamar. Bakar juga memberitahu bahawa walaupun penyamaran itu merupakan teknik khas untuk ejen INVISO, tetapi "sebagai ejen, mereka hendaklah tahu sedikit sebanyak tentang penyamaran". Kemudian, tiba giliran Ali untuk menyamar. Ali hampir menolak atas alasan tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan, tetapi Bakar berpesan agar gunakan sahaja kawasan persekitaran dan kreativitinya kerana musuh tidak akan memberikan peluang untuk mereka bersedia.

Selama beberapa jam selepas habis mengira, Bakar tidak menemui Ali dan mula meletakkan harapan bahawa Ali mungkin mempunyai bakat-bakat tersendiri untuk menjadi seorang ejen INVISO yang hebat. Apapun, malang sekali apabila Bakar mendapat mesej daripada Ali yang mengatakan bahawa dia hendak pulang ke rumah dahulu untuk bermain permainan yang mempunyai kemas kini baru bersama Viktor. Maka, Bakar memarahi Ali melalui telefon kerana telah membiarkan dia selama berjam-jam di situ semata-mata untuk mencarinya.

Watak

Sidemission Ejen Ali
MISI: SURVEILLANCE | MISI: TRAINING | MISI: PENYAMARAN | KAWAN ATAU MISI? | MISI: RAYA | MISI: LOG PENGACAU BERTOPENG | MISI: KESETIAAN | MISI: BAIKI | MISI: TUTOR | MISI: GADGET | MISI: DEMAM | COMOT & R-O | MISI: KEJUTAN | COMOT & R-O 2