FANDOM


MISI: SURVEILLANCE
Ejen Ali SIDEMISSION Musim 1, Episod 1
Statistik
Tarikh siaran Tidak diketahui
Diarahkan oleh Fuad Md Din
Ditulis oleh Aya Julkree
Panduan Episod
Sebelumnya
Tiada
Seterusnya
MISI: TRAINING
MISI: SURVEILLANCE (MISI: PENGAWASAN) merupakan episod pertama dalam Ejen Ali SIDEMISSION.

Sinopsis

Ali disuruh untuk menjalankan pengawasan semasa Bakar berjauhan darinya.

Plot

Ali sedang bermimpi tentang dirinya sebagai ejen berjaya mengalahkan Dos dan Trez sebelum dia tiba-tiba dikejutkan oleh kedatangan Bakar. Bakar bertanya kepadanya adakah dia sedang tidur sewaktu menjalankan misi dan Ali teragak-agak untuk menjawab pertanyaannya. Maka, Bakar menarik nafas lalu menasihati Ali tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang ejen namun Ali tidak fokus mendengarnya dan membuatkannya semakin mengantuk. Kemudian, Bakar memberitahu Ali bahawa beliau ingin menghubungi pangkalan M.A.T.A. sambil meninggalkan "misi penting" kepadanya iaitu melaporkan kepadanya segera jika terlihat seorang lelaki bertopi dan berbaju jingga. Lalu Bakar pergi dari situ setelah berpesan kepada Ali untuk berhati-hati. Sementara itu Ali tersengguk-sengguk kerana masih mengantuk sebelum tersedar semula setelah dia terdengar jeritan "Saya dah jumpa!"

Ali terkejut apabila melihat seorang lelaki dengan ciri-ciri seperti yang diberitahu oleh ayah saudaranya tadi yang sedang memandangnya dengan tajam. Kedengaran lelaki itu sedang bercakap dalam talian bahawa dia telah mengenal pasti lokasi dan menemui seorang budak berbaju biru dengan cermin mata renang. Ali kemudian segera menghubungi Bakar untuk melaporkan sementara lelaki itu berjalan ke arahnya. Panggilan Ali tidak berjawab. Menyedari lelaki berbaju jingga itu mendekatinya, Ali menggunakan yoyonya untuk menyerang dia dan menyebabkan sebuah bekas yang berisi burger terlambung di udara. Kelihatan Bakar tiba dan sempat menangkap burger itu, sambil berkata "Seorang ejen hendaklah mengalas perut terlebih dahulu sebelum MISI: SURVEILLANCE bermula~!" Pada masa yang sama, Ali mengambil sehelai kertas penerimaan lalu kemudian mengejar Bakar dengan geram sementara Bakar melarikan dirinya daripada Ali sambil berkata "Seorang ejen hendaklah sentiasa bersedia untuk melarikan diri!", menggambarkan situasinya itu.

Watak

Trivia

  • Mimpi yang dialami oleh Ali serupa dengan mimpi yang dialaminya dalam MISI: ALPHA.
Sidemission Ejen Ali
MISI: SURVEILLANCE | MISI: TRAINING | MISI: PENYAMARAN | KAWAN ATAU MISI? | MISI: RAYA | MISI: LOG PENGACAU BERTOPENG | MISI: KESETIAAN | MISI: BAIKI | MISI: TUTOR | MISI: GADGET | MISI: DEMAM | COMOT & R-O | MISI: KEJUTAN | COMOT & R-O 2 | ALI & RAMADHAN | ALI & SYAWAL | MISI: PATRIOTISME