FANDOM


MISI: TRAINING
MISI TRAINING
Ejen Ali SIDEMISSION Musim 1, Episod 2
Statistik
Tarikh siaran Tidak diketahui
Diarahkan oleh Fuad Md Din
Ditulis oleh Aya Julkree
Panduan Episod
Sebelumnya
MISI: SURVEILLANCE
Seterusnya
MISI: PENYAMARAN
MISI: TRAINING (MISI: LATIHAN) merupakan episod kedua dalam Ejen Ali SIDEMISSION.

Sinopsis

Ali melakukan latihan bersama dengan Bakar, yang mana progresnya tidak berjalan dengan lancar...

Plot

Pada petang yang cerah, kelihatan Ali sedang keletihan setelah berlari tanpa henti dari tadi. Bakar yang melihat Ali keletihan berpesan kepadnaya bahawa "Seorang ejen kena ada daya ketahanan yang kuat". Ali terpaksa meneruskan latihannya walaupun keletihan. Kemudian Ali yang menyangka latihannya telah tamat, terkejut setelah Bakar memberitahunya yang mereka akan mulakan pusingan ke-2 pula. Sebuah Drone merah sedang melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Ali sementara Bakar sibuk dengan telefon bimbitnya. Ali yang dari tadi cuba melarikan diri tiba-tiba ditembak di bahagian belakang sehingga dia jatuh tertiarap. Bakar mendapatkan Ali dan bertanya keadaannnya, lalu menyuruh Ali agar tidak risau kerana setiap Drone dalam latihan telah disetkan dengan mod "stun". Tanpa disedari mereka, sebuah Drone merah berada di belakang Bakar dan pantas melepaskan tembakan bertalu-talu. Lalu mereka segera melarikan diri sambil Bakar memberitahu Ali bahawa Drone hanya akan berhenti selepas latihan mereka tamat.

Sementara itu, General Rama sedang berjumpa dengan Zain, Dayang dan Ganz, masing-masing merupakan ketua teras NEURO, TEKNO dan KOMBAT untuk membincangkan tentang Ali. Zain bertanya kepada General sama ada beliau benar-benar pasti bahawa I.R.I.S. boleh selamat di tangan Ali dan Bakar. Lalu General menyatakan keyakinannya bahawa Ali akan selamat di bawah jagaan Bakar kerana jika dia selamat, semestinya I.R.I.S. juga selamat. Ganz kemudian berkata bahawa Ali telah tahu mengetahui terlalu banyak tentang MA.T.A. dan mencadangkan untuk mereka menguruskannya. Namun, Dayang memberitahu bahawa sudah terlambat untuk mereka membuat keputusan itu, lalu bertanya cadangan daripada General. General memberitahu bahawa Ejen Jenny telah mencadangkan agar mereka meneruskan kajian sembil mencari cara untuk memisahkan I.R.I.S. daripadanya. Ini adalah kerana projek I.R.I.S. telah lama ditamatkan dan mereka sepatutnya perlu memusnahkan I.R.I.S..

Ganz memberitahu bahawa adalah bahaya jika I.R.I.S. dibiarkan begitu sahaja di tangan Ali dan insiden yang lepas juga tidak boleh berlaku lagi. Bagaimanapun, Dayang berkata bahawa dia berminat dengan pretasi I.R.I.S. untuk kali ini kerana dengan adanya Ali, ada kemungkinan mereka boleh menyempurnakan kebolehan I.R.I.S.. Zain setuju dengan Dayang, musuh mereka amat berminat untuk mendapatkan I.R.I.S. walaupun potensinya tidak memberangsangkan. Zain turut mengagak bahawa mungkin rancangan musuh mereka adalah lebih kepada sabotaj, jadi turut ada kemungkinan yang I.R.I.S. boleh memabntu mereka untuk membongkarkan rancangan sebenar musuh. Zain berpesan kepada General untuk meneruskan pengawasan kepada Ali, dan menyuruhnya untuk tamatkan saja dia jika dia buat sebarang masalah!

Watak

Trivia

  • Latihan Ali di taman serupa dengan latihannya dalam MISI: ALPHA.
Sidemission Ejen Ali
MISI: SURVEILLANCE | MISI: TRAINING | MISI: PENYAMARAN | KAWAN ATAU MISI? | MISI: RAYA | MISI: LOG PENGACAU BERTOPENG | MISI: KESETIAAN | MISI: BAIKI | MISI: TUTOR | MISI: GADGET | MISI: DEMAM | COMOT & R-O | MISI: KEJUTAN | COMOT & R-O 2 | ALI & RAMADHAN | ALI & SYAWAL | MISI: PATRIOTISME