Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: TUJUAN ialah episod kelapan dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 8 Disember 2017.

Sinopsis[]

Rizwan meminta dengan Uno untuk berjuang dengannya dan menghapuskan M.A.T.A. manakala Ali sangat meragui tentang dirinya sebagai ejen.

Plot[]

Setelah teruk dikasari dalam pertarungan dengan Ejen Rizwan, Ali bangkit dengan teraktif Override Mode dalam I.R.I.S. Ali mengasari Rizwan dengan pukulan yoyo dan terajang bertubi-tubi. Moon teruja menyaksikan Override Mode tetapi Iman resah. Dos mengambil kesempatan untuk melarikan diri dengan meluru ke lif, tetapi dihalang oleh Moon dan Iman. Moon menghasilkan klon untuk mengganggu Dos, kemudian menampar muka Dos sehingga tercampak ke atas. Iman kemudian menarik Dos ke bawah dengan selendangnya. Khai setelah bersusah-payah berjaya membetulkan R-O daripada kesan Override Mode, dan R-O pun berlari kelam-kabut. Rizwan cuba mencuit Ali tetapi diikat tangannya dengan tali yoyo lalu dicampak sampai tertimpa kotak. Dos mengelak dari dipukul selendang Iman tetapi juga dijatuhkan yoyo Ali. Dia bangun dan bersambung lari dan berlanggar dengan Khai yang mengutip R-O.

Khai menyapa Ali dengan merungut tentang masalah R-O. Tiba-tiba Ali bertindak memukul Khai dengan yoyo, menggemparkan Moon, Iman dan Ejen Bakar. Dos masih berlari ke arah lif tetapi disandung oleh yoyo Ali dan dicampak. Ali menghampiri Dos, kemudian ditolak oleh Moon yang memarahinya kerana mengasari Khai. Ali berdiam diri dan memukul Moon. Iman menyerang Ali dengan selendangnya yang dilengkapi Meteor Hammer tetapi ditepis pula dengan yoyo. Bakar dari telentang berpusing badan dan resah melihat Ali mengasari rakan-rakannya. Comot datang memujuk Ali tetapi dibalas dengan pukulan juga. Iman naik geram dan meningkatkan kuasa Meteor Hammer-nya untuk melawan Ali, tetapi Ali menangkap Meteor Hammer lalu menyerang Iman dengan putaran yoyonya.

Rizwan datang memapah Dos dan bersama-sama menaiki lif. Atas seruan Bakar, Ejen Geetha memberikan galakan Neo Enhancer kepada rakan-rakan sejawatnya. Ali bergegas mengejar Rizwan dan Dos yang sudah menaiki lif, tetapi ditahan oleh Bakar. Sementara lif membenam, Rizwan berasa kasihan melihat Ali bergelut melepaskan diri dari ditahan. Ejen Leon menenangkan Ali dengan ubat pelali dari Revolvernya.

Rizwan dan Dos bersembunyi di sebuah rumah pangsa yang usang di pinggiran kota. Rizwan mempersoal lokasinya, maka Dos menjelaskan bahawa sini bukan tempat untuk berjumpa dengan Uno tetapi sekadar letaknya sistem perhubungan kecemasan sekiranya berlaku masalah. Dos juga mengeluarkan komputer bimbit yang disembunyikan di lantai dan berkata bahawa jika Cuatro betul-betul sudah muncul maka tandanya Uno sudah mengeluarkan isyarat panggilan baru-baru ini. Rizwan tertanya-tanya sama ada alat tersebut boleh digunakan untuk menghubungi Uno, maka Dos menidak dan menjelaskan bahawa dia hanya boleh membalas isyarat dan Uno sahaja yang menjadi penentu. Rizwan mencelah dan menegur Dos kerana membuang masanya, maka Dos mengingatkan bahawa Rizwan sebagai pelajar terbaik Uno patut lebih mengenalinya. Sambil menekan butang tersembunyi di bawah meja, Dos menyoal Rizwan mengapa dia mahu berjumpa dengan Uno, maka Rizwan berkata itu tiada kena-mengena dengan Dos.

General Rama menghadap Ketua-Ketua Teras M.A.T.A. dan meluahkan rasa kesal dan keliru atas pengkhianatan Ejen Rizwan yang selama ini disangka begitu setia kepada agensi, malah mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian berkenaan. Ketua Teras Tekno mengucapkan terima kasih atas laporan Rama dan meminta diri untuk membincangkan tindakan seterusnya. General pun mengangguk dan meninggalkan bilik perbincangan.

Ketua-Ketua Teras bersidang melalui perhubungan hologram. Ketua Teras Kombat, Ganz menengking Ketua Teras Tekno, Dayang atas tindakan memberitahu Rizwan tentang kisah gelap mereka. Dayang mempertahankan tindakannya atas sebab Rizwan berhak untuk tahu kerana pernah nyaris terkorban demi mempertahankan agensi. Ganz mengadu bahawa Rizwan sudah sukar mengawal perasaan setelah ambil tahu. Dayang mengakui bahawa hubungan antara Rizwan dan Djin lebih erat daripada yang dijangka.

Ganz membentak kepada Ketua Teras Neuro, Zain, risau seandainya Rizwan pergi menyertai pihak Djin yang sudah dikhuatiri akan bangkit semula. Zain berhujah bahawa Rizwan tentu ada sebab bertindak sedemikian, menjelaskan bahawa Rizwan mirip dengan Djin yang mana mereka gemar bertindak sendirian, malah tidak merasakan Rizwan membelot tetapi sebaliknya mempunyai rancangan lain. Ganz mengutuk Zain gila seolah-olah dia rela jika mereka sekadar tunggu dan melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Zain bercadang untuk menghantar satu pasukan untuk menjejaki Rizwan dan satu lagi pasukan untuk memeriksa sumber yang boleh memberikan petunjuk dan meneliti semula log aktiviti Rizwan. Ganz memohon untuk berkongsi maklumat kerana tidak sabar hendak berjumpa semula dengan "kawan lamanya".

Dayang bertanya pula sama ada mereka perlu meneruskan pembangunan alat pemisah I.R.I.S. demi Ali. Ganz bersetuju tegar kerana merasakan sudah tiba masa untuk menghentikan "rancangan yang tidak masuk akal" itu. Zain pula bercadang untuk memberikan peluang terakhir kepada Ali.

Ali bangun dari tidak sedarkan diri di bilik rawatan. Dia hairan kerana disambut dengan kemarahan oleh Jet, Chris, Roza dan Mika yang baru berbual dengan Moon di katil sebelah. Rudy juga datang dan menyoal tindakan Ali mencederakan Khai, Moon dan Iman. Ali terlihat Moon yang mengaduh serta Khai dan Iman yang belum sedarkan diri, semuanya serba cedera, lalu teringat kembali bahawa dia teraktif Override Mode dan mula meminta maaf kepada rakan-rakannya. Jet menanggap Ali berlakon, manakala Roza menuduh Ali pengintip musuh. Ali menafikan semua itu, jadi Mika pun bertanya lagi mengapa memukul mereka.

Ali cuba menjelaskan bahawa dia dikawal oleh Override Mode, tetapi penjelasan itu disambut dengan gelak tawa sinis kerana sukar dipercayai. Jet geli hati terdengar Ali menyalahkan gajet, manakala Roza tertanya-tanya mengapa tidak menyalahkan kucingnya. Rudy malah mempertikai perihal I.R.I.S. mahu mengasari orang dengan tiba-tiba. Ali menjelaskan lagi bahawa ia juga berlaku ketika dia melawan Uno dahulu. Rudy naik geram, menganggap Ali mahu berlagak kuat dan menolaknya jatuh. Katanya lagi, lebih baik Ali tidak menjadi ejen daripada terlalu mengharapkan I.R.I.S. Jet setuju dengan Rudy dan menyuruh Ali berhambus. Ali sebak berlari meninggalkan bilik rawatan. Kebetulan pula Alicia datang berlalu, dan dia pun memandang Ali dengan rasa kasihan.

Rizwan mundar-mandir di tempat persembunyian menunggu Dos menyiapkan kerja, malah mempersoal sama ada Dos cukup penting untuk didatangi Uno. Dos mengingatkan bahawa dia sudah tahu segalanya tentang diri Rizwan termasuk bahawa Djin adalah satu-satunya orang yang dianggapnya seperti keluarga sendiri, tetapi malangnya itu pun tidak menjadikan Rizwan penting kepada Uno.

Pada masa yang sama, tiba-tiba muncul kerumunan kecil Microbug yang cuba menangkap Rizwan tetapi sempat dielak. Dos cuba menyerang Rizwan, namun Rizwan segera menundukkan Dos. Ocho masuk merempuh dinding dan melepaskan satu lagi kerumunan Microbug secara mengejut ke arah Rizwan. Dos menyuruh Ocho menyerang lagi, tetapi kali ini Rizwan sempat mematahkan dengan lontaran batang lolipop. Dos menjatuhkan Ocho dengan Shox Stix dan pergi melawan Rizwan sendiri. Rizwan mencuit belakang Dos dan menyerunya untuk menepati janji. Dos enggan, maka Rizwan hendak mencuit semula, tetapi tiba-tiba dilanggar oleh sebiji bola sepak.

Munculnya Seis dan Siete, pemuda kembar bertema bola sepak yang menjadi ahli Numeros. Mereka saling menghantar bola untuk mengelirukan Rizwan. Rizwan dapat mengelak setiap hantaran bola, namun sekali Seis menyepak bola itu dengan cukup kuat untuk mempertingkat kuasanya sampai memancarkan gelombang elektromagnet untuk menjatuhkan Rizwan. Rizwan yang tersembam dikepung oleh Dos dan ahli Numeros lain, malah Siete siap meraikan "gol" dan mempersendakan "ejen terbaik M.A.T.A." Munculnya Cinco mengujar dengan sinis bahawa Rizwan bukan ejen yang paling bijak. Rizwan tergamam berjumpa semula dengan bekas rakan ejennya yang turut mengejeknya kerana cuba mengalahkan Uno sendirian. Rizwan mengaku hanya mahu berjumpa dengan Uno, namun Cinco tidak percaya dan menganggap Rizwan sekadar datang menempah maut.

Ali teresak-esak di atas tangga menara pemerhatian di lapangan arena Akademi M.A.T.A, kemudian bertindak membuang I.R.I.S. dari situ. I.R.I.S. terjatuh dekat dengan kaki Ejen Zain, jadi Ali pun tersentak dan turun untuk meminta maaf. Zain menegur Ali kerana mahu berputus asa walhal pernah berkata akan mampu menolong orang dengan I.R.I.S. Ali berdiam diri dengan wajah muram, maka Zain mula menerangkan sebab I.R.I.S. dibangunkan.

Zain mengisahkan bahawa agensi M.A.T.A. ditubuhkan untuk melindungi Cyberaya, dan untuk mencapai matlamat tersebut, ahli-ahlinya dilengkapi dengan teknologi Mainframe yang termaju dan dihubungkan dengan rangkaian sentral Cyberaya yang merupakan induk kepada semua sistem yang digunakan di bandar tersebut. Ali bertanya sama ada yang sentral itu adalah gridnya, maka Zain mengesahkan hal itu dan menjelaskan lagi bahawa bagi memantau semua aktiviti dan maklumat yang diterima oleh ejen, Mainframe hanya diakses melalui komputer di ibu pejabat M.A.T.A. Tambahnya lagi, ancaman musuh yang makin hari makin besar menyukarkan M.A.T.A. menjalankan tugasnya apalagi dengan bilangan ahli terhad, oleh itu tercetuslah gagasan untuk menaik taraf ejen-ejen agensi.

Ali tertarik dengan sebutan "naik taraf". Zain lantas menerangkan tentang sejenis "peranti boleh pakai yang dimuatkan dengan perkakasan dan perisian paling canggih, berfungsi meningkatkan deria menjangkau kemampuan serebrum manusia biasa". Ali keliru dengan istilah-istilah yang dilafazkan itu, jadi Zain terus menunjukkan I.R.I.S. sebagai maksudnya dan memberikan penjelasan lebih ringkas bahawa ia adalah "cermin mata yang menjadikan pemakainya super-ejen". Ali akhirnya mengerti, dan Zain mengeluh bahawa I.R.I.S. sepatutnya menjadi kebanggaan M.A.T.A, tetapi Djin mempunyai agenda lain.

Dalam imbasan kembali, Zain bersemuka dengan Djin di bilik latihan simulasi dan mendakwanya senjata mencipta backdoor dalam I.R.I.S. untuk mendapatkan akses langsung ke Mainframe. Djin mengaku berbuat demikian, maka Zain pun mengutuknya kerana cuba mengakses semua sistem di Cyberaya. Djin mempertahankan perbuatannya atas alasan mahu menjaga keselamatan bandar, malah berpesan bahawa setiap kali adanya penemuan baharu sentiasa disusuli ancaman yang lebih dahsyat seperti virus dan pengganas, semuanya hasil daripada Cyberaya "meneraju kemajuan".

Zain jelas bahawa Djin mahu mengawal semuanya sebagai jalan penyelesaian dan terus mengata Djin sudah melampau. Djin berkata M.A.T.A. tidak dapat menyelamatkan Cyberaya jika ia "mengejar kemusnahan sendiri", maka Zain mengingatkan Djin untuk tidak tamak akan kuasa kerana tugas ejen M.A.T.A. sebagai pelindung, bukan pemerintah, malah pengubahsuaian Djin telah menyebabkan insiden yang membahayakan nyawa ejen-ejen. Akhir kata, Zain mahu projek I.R.I.S. dihentikan serta-merta disebabkan tindakan Djin pecah amanah. Djin sudah tentu membantah dan mengingatkan Zain untuk tidak menyesal kelak.

Zain menceritakan kepada Ali bahawa pihak M.A.T.A. telah berusaha bertindak sewajarnya demi menghalang Djin (Uno), namun musuh itu sudah bangkit semula pada ketika I.R.I.S. kebetulan jatuh di tangan Ali. Kata-kata itu membuat Ali tersenyum sedikit. Zain malah berpesan bahawa Ali sudah terjebak dalam pertempuran M.A.T.A. menentang Uno dan Numeros, maka Ali pun mengeluh merasakan dirinya tidak layak berada dalam agensi. Oleh itu, Zain memujuk Ali dengan mengingatkan berapa ramai orang yang telah dibantun dan berapa nyawa yang telah diselamatkan oleh Ali.

Ali terkenang akan jasa-jasanya yang lepas sebagai ahli M.A.T.A. dengan I.R.I.S, misalnya ketika membebaskan Comot dari eksperimen haram, menyelamatkan bapanya daripada Dr. Aaron, dan juga menyelamatkan Alicia daripada dipancar reaktor Azurium. Zain berpesan bahawa segala yang berlaku ada sebabnya dan nasib tidak boleh dipilih, tetapi orang boleh memilih tindakan yang hendak dilakukan. Tambahnya, Zain telah lama memerhatikan tindak-tanduk Ali sewaktu menjalankan misi, dan Ali tidak seperti ejen-ejen lain kerana sentiasa prihatin malah bertambah kuat apabila berlawan demi orang lain, oleh itu Ali lebih layak daripada yang disangka dirinya, sama seperti seorang kenalan lama Zain.

Rizwan terus berkelahi dengan ahli-ahli Numeros. Dia saling berpukulan dengan Dos, mengelak-elak serangan Microbug yang dikawal Ocho, malah mengharungi hentakan bola Seis dan Siete, sehingga Siete menyandung jatuh Rizwan dengan gerakan seakan sliding tackle. Rizwan bangun semula dalam keadaan lesu dan meminta berhenti lawan. Seis tidak endah dan melanggar Rizwan lagi dengan bolanya. Rizwan melafazkan mahu menyampaikan pesanan, kemudian Dos merenjatnya di bawah pengawasan Cinco dan menegurnya kerana tidak cakap awal-awal. Ditelan oleh kerumunan Microbug yang memanas, Rizwan mengujar dia sudah tahu cerita sebenar, tetapi Cinco tidak peduli dan mengucapkan selamat tinggal.

Mujur Uno muncul dan menyeru Rizwan dilepaskan, maka Microbug pun menurunkan Rizwan dan reda. Rizwan mengakui bahawa Uno berkata benar tentang peristiwa silam Ketua-Ketua Teras M.A.T.A. Zain mengakui belum pernah ada ejen yang boleh dipercayai untuk menggunakan I.R.I.S. sehingga munculnya Ali. Uno bertanya mengapa Rizwan hendak berjumpa dengannya, maka Rizwan melutut dan melafazkan hasratnya untuk berjuang di samping Uno. Zain mengingatkan Ali bahawa Uno akan dapat menguasai seluruh Cyberaya jika memperoleh I.R.I.S, jadi dia berikrar mereka harus bersama-sama menyelamatkan Cyberaya. Rizwan pula berikrar harus menghapuskan M.A.T.A, maka Uno berpeluk tubuh menyatakan perkenan.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini adalah kali pertama Zain, Dayang dan Ganz mendedahkan kemunculan mereka yang terkini.
  • Ia adalah mengejutkan apabila kedua-dua Zass dan Bulat tidak muncul bersama dengan ejen-ejen yang lain dalam Akademi M.A.T.A..
  • Ini menjadi episod pertama di mana Viktor tidak muncul atau disebut oleh mana-mana watak.
  • Ali disangka telah menyalahgunakan I.R.I.S. kerana menggunakan mod Override sebagai kekerasan untuk membelasah Moon, Khai, Iman, dan Comot secara tidak sengaja. Inilah sebabnya mengapa dia dikhianati oleh ejen-ejen muda M.A.T.A. lainnya sebab Ali merasa tidak selamat dan juga berasa tertekan sehingga Zain datang untuk mengajar Ali untuk menjadi ejen yang baik.
    • Akhirnya dalam MISI: LEGASI, Ali pun kembali normal selepas dia mengalahkan Uno sehingga Akademi M.A.T.A. dimusnahkan.
  • Akhir kredit muzik adalah nada sedih, bukan nada biasa.

Galeri[]

Cekupan skrin[]

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement