FANDOM


Mika
Mika
Nama lain Ejen Mika
Umur 13 tahun
Jantina Perempuan
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Hijau gelap
Keluarga Akan diumumkan...
Kawan Chris (rakan KOMBAT)
Iman (rakan KOMBAT)
Roza
Pekerjaan Ejen KOMBAT dalam M.A.T.A.
Hobi Berlatih dengan serius menggunakan sut meka
Status Hidup
Disuarakan oleh Shafiqah binti Zulkefli
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 2, Episod 1: MISI: AKADEMI (2017)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 2
Mika merupakan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen KOMBAT.

Sejarah

Dalam MISI: ATLAS, Khai bercerita bahawa Mika dilahirkan dengan adanya penyakit saraf, dan doktor cakap dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Namun M.A.T.A. memberitahu dia rahsia yang membolehkan Mika untuk berjalan semula.

Senjata

  • Sut Meka: Disebabkan oleh ketidakupayaannya pada kakinya, sut meka telah direka bentuk untuk mempunyai roda, membolehkannya untuk bergerak dengan bebas. Semasa berlawan, Mika boleh memasukkan lengannya ke dalam lengan meka untuk memberikan kekuatan dan perlindungan untuk kombat.

Rupa

Rambut hitam dan pendek terpacak menyerupai lelaki dan seorang tomboy. Berkulit sawo matang dan mempunyai anak mata berwarna hijau gelap. Hanya dia seorang sahaja ejen KOMBAT yang O.K.U kerana ketidakupayaan kedua-dua belah kakinya.

Perwatakan

Dia mempunyai personaliti yang agak kasar dan tomboi dan tidak bersifat lemah-lembut sebagai seorang ejen muda M.A.T.A. yang berjantina perempuan. Ketika menjalankan misi, Mika kejam dan sangat serius, bahkan hingga tidak akan langsung memberikan belas kasihan kepada musuh atau pihak lawannya.

Trivia

  • Namanya didedahkan dalam MISI: ORIENTASI walaupun dia pertama kali muncul dalam MISI: AKADEMI.
  • Namanya "Mika" adalah rujukan kepada sut mekanya.
  • Mika lahir dengan adanya penyakit saraf yang menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan lagi.
  • Ia didedahkan bahawa tarikh lahir dirinya ialah 8 Mac.
  • Dia, Alicia, Rudy dan Khai berada dalam satu pasukan.

Petikan dialog

  • "Mika" - Mika memperkenalkan dirinya kepada Ali dan Alicia dalam Musim 2, Episod 2 (MISI: ORIENTASI).
  • "Dia tetap lemah dan akan menyusahkan bila kita pergi misi!" - Mika marah kepada Alicia dalam Musim 2, Episod 9 (MISI: PERANAN)

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Mika.


Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro