FANDOM


Rizwan bin Maliq
Rizwan makan lolipop
Nama lain Ejen Rizwan
Pembelot (oleh Ali)
Umur 37 tahun
Jantina Lelaki
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Hitam
Keluarga Maliq (Ayah)
Kawan Tidak diketahui
Pekerjaan Ejen INVISO dalam M.A.T.A.
Ahli dalam kumpulan Numeros
Hobi Makan gula-gula lolipop
Status Hidup
Disuarakan oleh Azman Zulkiply
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 1, Episod 2: MISI: ALPHA
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 1
Ejen Ali Musim 2
Rizwan merupakan salah seorang ejen INVISO dalam M.A.T.A..

Ringkasan

Ejen Rizwan dikenali sebagai ejen nombor satu dalam M.A.T.A.. Rizwan jarang berbicara melainkan jika perlu. Dia seorang yang sangat objektif, efisien dan fokus semasa menjalankan misi. Rizwan merupakan antara ejen di M.A.T.A. yang berlatih di bawah jagaan ketua teras dan berjaya menguasai teknik titik tekanan.

Sejarah

Ejen Ali

Musim 1

Rizwan membuat kemunculan pertamanya dalam MISI: ALPHA, sebagai rujukan dalam penjelasan Bakar tentang teras INVISO apabila dia menjelaskan kepada Ali tentang empat teras yang terdapat di dalam M.A.T.A.. Rizwan terkenal dengan kepakarannya dalam teknik penyamaran yang membolehkan dia bersembunyi di depan mata musuh. Interaksi pertamanya dengan Ali adalah selepas General Rama memperkenalkannya kepada Ali. (Petikan dialog: "Baik kamu jangan buat apa-apa yang akan rosakkan misi ini.")

Misi pertama Rizwan yang ditunjukkan dalam siri ini adalah untuk menyelamatkan Dr. Tong daripada Dr. Aaron, seorang penjahat yang boleh mengawal minda manusia. Sebaik Ali berada dalam bahaya di mana mindanya hampir dapat dikawal, Rizwan mendedahkan dirinya sebagai salah seorang pengawal keselamatan yang dihipnotis, setelah menggunakan kemahiran penyamarannya untuk menyelinap tanpa dideteksi, dan mengalahkan musuh-musuh sekitarnya dengan sarung tangan kuasanya.

Rizwan dikenali sebagai "ejen terhebat M.A.T.A." kerana kemahirannya yang hebat sebagai ejen dalam teras INVISO. Dia mempunyai tabiat untuk muncul dari mana-mana dan menyampuk perbualan pasukan yang mungkin ada bersama General Rama di dalam bilik kawalan.

Dalam MISI: OVERRIDE, Rizwan mengalami kecederaan parah yang disebabkan oleh bekas mentornya. Menurut Bakar, dia sedang menjalani rawatan di dalam M.A.T.A..

Musim 2

Dalam MISI: ORIENTASI, Rizwan telah pulih dan kembali ke dalam Akademi M.A.T.A.. Dia bertemu dengan ketua teras dan bertanya kepada mereka tentang kejadian 5 tahun yang lalu, dan ingin tahu kebenaran yang mereka merancang kematian Djinn. Dia kemudian bertemu Dos untuk mengetahui kebenarannya.

Senjata

  • Suit: Sut Rizwan membolehkan dia untuk menyamar sebagai orang lain. Ia direka khas untuk tidak menghalang pergerakan pemakainya dan mempunyai lapisan kevlar yang boleh menahan serangan fizikal.
  • Sarung Tangan Titik Tekanan: Rizwan memakai sepasang sarung tangan yang menyebabkan gegaran kecil yang mengejutkan sistem saraf musuh dan boleh melumpuhkan mereka. Ia direka khas untuk teknik ini dan cahaya laser di hujung jari akan memastikan serangan ini menembusi lapisan fabrik yang tebal.
  • Batang Lolipop: Rizwan sering ditunjukkan untuk makan gula-gula lolipop. Ia juga boleh dijadikan sebagai senjata mudah di mana selepas Rizwan menghabiskan atau menggigit lolipop itu dia melemparkan batangnya untuk mengenai vital point pada musuhnya.
  • Bom Pemasa: Merupakan bom dengan masa kurang dari dua minit, yang akan meletupkan sesuatu tempat setelah ia diaktifkan. Meskipun ia bukan sebahagian dari senjata utamanya, namun bom ini pernah digunakan oleh Rizwan untuk meletupkan gua yang didiami oleh kumpulan Numeros.

Perwatakan

Rizwan dikenali sebagai seorang yang berhati sejuk dan selalu bertindak sombong terhadap orang lain. Keseriusannya dan ekspresi kesabaran yang berterusan menyebabkan dia tidak pernah dilihat tersenyum secara ikhlas sepanjang siri ini. Walaupun kadang-kadang dia tersenyum, ia biasanya adalah sindiran ringkas. Dia berhati sejuk di bawah tekanan dan jarang meninggikan suaranya, walaupun dalam keadaan marah.

Sejak Rizwan kehilangan mentornya, Rizwan sering bersendirian, menolak sebarang tawaran perkawanan, lebih memilih bersendirian dan hanya berkomunikasi dengan ejen lain dengan serius. Walaupun dia kelihatan tidak beremosi, namun Rizwan sebenarnya telah menunjukkan perasaan yang kuat, kebanyakannya kemarahan dan kekeliruan, apabila kembali mentornya yang hilang, yang telah menjadi jahat dan menentang M.A.T.A. dan sedemikian juga diri Rizwan.

Trivia

  • Rizwan boleh menyamar sebagai seseorang yang mengenakan sutnya, sut ini juga serupa dengan Rudy, yang boleh disamar sebagai seseorang dengan hoodie milik-nya.
  • Reputasi Rizwan sebagai ejen paling hebat diketahui di seluruh M.A.T.A..
  • Salah seorang daripada empat mentor M.A.T.A., Djin, merupakan bekas mentor kepada Rizwan. Djin kini dikenali sebagai Uno dan menjadi ketua dalam kumpulan Numeros.
    • Tiga mentor yang lain terpaksa menggunakan Protokol Gegas terhadap Djin untuk menyelamatkan Cyberaya, maka mereka terpaksa meninggalkannya di belakang. Dia dianggap telah terkorban, tetapi entah bagaimana berjaya untuk terus hidup.
  • Seperti yang dinyatakan dalam Majalah Komik Ejen Ali #3, ketinggian Rizwan adalah 175 cm manakala tarikh lahirnya jatuh pada 17 September.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali #5, Ali dan Bakar telah menemui koleksi lolipop Rizwan, termasuk perisa rendang.
  • Umur Rizwan berusia 37 tahun seperti yang dinyatakan dalam MISI: POTENSI.
  • Seperti Jenny, Rizwan juga didedahkan adalah pengkhianat M.A.T.A. dalam MISI: KEMBALI.
    • Walau bagaimanapun, ini terbukti salah dalam MISI: DIEZ setelah Rizwan mengatakan bahawa tugasnya untuk menjatuhkan Uno telahpun selesai. Tujuannya menyertai Numeros juga didedahkan adalah untuk memujuk mentornya untuk berdamai semula dengan M.A.T.A..
  • Rizwan menjadi satu-satunya ahli yang tidak menggunakan kod nama Sepanyol selama tempoh dia menjadi ahli Numeros.

Petikan dialog

  • "Baik kamu jangan buat apa-apa yang akan rosakkan misi ini."
  • "Baik... Baik kau berhenti cakap benda yang bukan-bukan... Aku takkan belot!"
  • "Saya berharap dia boleh kembali ke M.A.T.A., tapi dia bukan lagi Djin yang saya kenal."

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Rizwan.


Video

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro