FANDOM


Rudy
Rudy
Nama lain Ejen Rudy
Umur 13 tahun
Jantina Lelaki
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Hitam
Keluarga Tidak diketahui
Kawan Tidak diketahui
Pekerjaan Ejen INVISO dalam M.A.T.A.
Hobi Mengejek dan bersaingan dengan Ali
Status Hidup
Disuarakan oleh Syahrul Matnizam
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 2, Episod 1: MISI: AKADEMI (2017)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 2
Rudy merupakan watak anti-hero dan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen INVISO dan juga merupakan saingan Ali dalam musim 2.

Sejarah

Pra-Ejen Ali

Kisah latar belakang Rudy telah diceritakan dalam MISI: HARAPAN. Ketika dia masih kanak-kanak, dia tinggal di kawasan terpinggir di pinggir bandar Cyberaya. Dia amat bijak dalam mendapatkan makanan dan duit untuk meneruskan hidupnya. Dia juga tidak kisah untuk berkongsi suatu benda yang dicurinya dengan budak-budak lain, tetapi asalkan melalui sistem barter. Suatu hari, perbuatan Rudy untuk mencuri dompet Djin menarik perhatiannya terhadap Rudy. Djin kemudian menyelamatkan Rudy dari Komeng dan orang-orangnya. Melihat potensi yang ada dalam diri Rudy, Djin merekrutnya ke dalam Akademi M.A.T.A. untuk mengasah kebolehannya, sekaligus menyelamatkan Rudy dari kehidupan yang sengsara.

Sejak saat itu, Rudy amat menyanjungi Djin dan menganggapnya sebagai penyelamat dalam hidupnya. Rudy juga kagum terhadap Djin, bahkan gaya rambutnya hampir mirip dengan gaya rambut Djin.

Senjata

  • Peranti: Rudy boleh menggunakan peranti tanpa wayar berbentuk gari yang boleh diletakkan pada mesin atau orang, membolehkannya mengawalnya dengan kehendaknya sendiri.
  • Hoodie Penyamaran: Sebagai ejen teras INVISO, Rudy boleh menyamar sebagai orang lain dengan memakai topi dari sutnya.

Rupa

Rudy empunyai rambut hitam terpacak ke belakang menyerupai idolanya, Djin dan berkening tebal serta berkulit putih kemerahan. Sebagai ejen muda teras INVISO dalam M.A.T.A., dia mengenakan sut serba kelabu atau putih serta berseluar hitam dan berkasut kelabu semasa menjalankan misi. Ketika berada di luar misi, dia juga mengenakan baju kelabu pada bahagian bahu dan hoodie serta warna putih pada bahagian hadapan baju.

Perwatakan

Sorry terlanggar

Rupa Rudy ketika dia tidak memakai baju ejen.

Rudy menjadi seorang yang beremosi, angkuh, berhati sejuk dan tidak menyukai akan Ali setelah mendengar tentang Ali yang mengalahkan Uno dengan I.R.I.S.. Walaupun dia seorang yang anti-sosial, Rudy boleh bekerjasama dengan ejen-ejen lain sebagai satu pasukan seperti dalam MISI: ORIENTASI.

Menurut Moon, Djin merupakan idola bagi Rudy. Dia bahkan mengetahui teknik asas yang digunakan oleh Djin, terbukti apabila dia membetulkan tanggapan Jet, Iman, Ali, Khai dan juga Moon yang Djin boleh bertukar menjadi asap dan muncul di mana-mana sahaja, iaitu suatu perkara yang memang mustahil untuk dilakukan. Rudy menjelaskan bahawa Djin merupakan ejen yang paling laju yang tiada tandingannya dan asap yang diperkatakan hanya bertujuan untuk menyembunyikan pergerakannya supaya susah untuk musuh menjejaknya. Dia juga memberitahu bahawa Djin adalah susah untuk dikalahkan dan tidak mempercayai bahawa I.R.I.S. menjadikan Ali super ejen yang boleh mengalahkan Djin.

Rudy dan Moon didedahkan tidak menyukai antara satu sama lain. Bagi Rudy, Moon langsung tidak mengetahui cara untuk menyembunyikan pergerakannya, iaitu teknik terpenting yang patut diketahui oleh semua ejen INVISO.

Trivia

  • Namanya didedahkan dalam MISI: ORIENTASI, walaupun dia pertama kali muncul dalam MISI: AKADEMI.
  • Nama beliau 'Rudy' merupakan kata rujukan kepada 'rude', yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Ia bermakna 'kasar' dalam bahasa Melayu, yang merupakan sifat utama dirinya.
  • Tarikh lahirnya 2 Ogos.
  • Rudy, Alicia, Khai dan Mika berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Dalam MISI: CABAR, Rudy mendapatkan peringkat teratas iaitu satu semasa tempoh latihan dengan 40:00 saat.
  • Menurut pencipta siri ini, dalam konsep awal Rudy, dia sepatutnya mengawal pergerakan orang lain dengan menggunakan benang lut sinar. Walau bagaimanapun, teknik ini sukar untuk digunakan dalam 3D dan akan memakan masa dari segi menyesuaikan benang untuk setiap babak. Hasilnya, Rudy diberi sesuatu yang lebih "tanpa wayar" sebagai gajet dalam konsep akhir.
  • Rudy menggayakan rambutnya sama seperti gaya rambut Djin sewaktu muda.
  • Dalam MISI: RAYA '18, ia didedahkan oleh Khai bahawa dia tiada keluarga.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Rudy.


Video

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro