FANDOM


Trez
Trez rupa baru
Nama lain Brader
Abang Sado
Hodoh (oleh Bakar)
Umur 38 tahun
Jantina Lelaki
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Tiada (botak)
Mata Perang
Keluarga Tidak diketahui
Kawan Dos
Cinco
Nueve
Pekerjaan Ahli dalam kumpulan Numeros
Hobi Akan diumumkan...
Status Hidup
Disuarakan oleh Megat Zahrin Megat Hisham
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 1, Episod 1: MISI: IRIS (2016)
Kemunculan terakhir Tidak diketahui
Muncul dalam Ejen Ali Musim 1
Ejen Ali Musim 2
Trez adalah salah seorang penjahat dalam siri Ejen Ali.

Ringkasan

Trez adalah salah seorang ahli kumpulan Numeros yang diketuai oleh Uno. Dia mempunyai tangan sibernatik yang dipasangkan pada badannya. Sebelum dijumpai Dos, Trez sudah lama bertindak di luar radar dan kerap menghilangkan diri. Dia direkrut oleh Dos selepas berjaya dikesan semasa sedang mencari bahan api yang diperlukan untuk tangan sibernatik dalam badannya. Trez terpaksa akur akan arahan Uno kerana Uno mempunyai teknologi yang boleh mengawal tangan sibernatiknya dari jarak jauh. Walaupun Trez adalah pengikut Uno, dia sukar mengikut arahan dan selalu melakukan sesuatu di luar kawalan Numeros.

Sejarah

Pra-Ejen Ali

Pada suatu malam, Trez telah menceroboh Makmal Kajian Teknologi C. Dia berjaya melepaskan kontainer yang berisi bateri sebelum tiga pengawal menemui dan mengepungnya. Trez yang menyedari kehadiran mereka menuju ke arah mereka sehingga mengejutkan pengawal itu kerana bentuk badan Trez yang besar hampir menyerupai raksasa. Trez memberitahu kepada mereka bahawa ia merupakan hari yang malang bagi mereka. Seorang pengawal yang panik tadi seraya melepaskan das-das tembakan tanpa henti ke arah Trez. Bagaimanapun tembakan itu langsung tidak menghasilkan kesan, lalu Trez mengenggam dan mematahkan senjata pengawal itu sebelum ketiga-tiga pengawal ditumpaskan olehnya.

Selepas Trez keluar dari bilik tersebut, dia dikepung lagi oleh beberapa kenderaan dengan pengawal-pengawal lain. Salah seorang pengawal memberikan amaran kepada Trez untuk menyerah kerana mereka tidak akan menunjukkan belas kasihan kepadanya. Tanpa berfikir panjang, Trez melompat ke udara lalu menghentakkan kedua-dua tangannya di atas lantai sehingga menyebabkan kehancuran serta menghasilkan bunyi yang kuat. Lalu Trez kembali ke tempat persembunyiannya, yang kemungkinan di bawah tanah untuk mengecas tubuh badannya menggunakan bateri tadi dan berfikir agar ia boleh bertahan dalam tempoh seminggu ataupun dua minggu.

Trez kemudian menyedari kehadiran Dos yang menegurnya adakah keadaan menjadi kecoh kerana dia mahukan bateri itu. Lalu dia mengumpamakannya seperti mainan kerana mempunyai senjata yang dahsyat di dalam tubuh badannya, namun memerlukan bateri untuk terus bertahan. Geram dengan kata-katanya, Trez mencabut wayar yang disambungkan ke tangannya lalu memberikan amaran kepada Dos untuk mencabut nyawanya. Trez meluru ke arah Dos dan cuba menyerangnya. Dos menggunakan kelajuan kasutnya mengelak semua serangan Trez lalu melontar shox stix ke arahnya, mengakibatkan litar pintas di tubuh badan Trez. Maka Dos menyindirnya lagi kerana mempunyai tubuh badan yang besar namun lemah. Trez bertambah geram lalu segera meluru ke arah Dos.

Dos melompat ke atas dan mengelak serangan Trez. Trez dengan pantas mencampakkan tong biru ke arah Dos. Dos terkejut dan mengelak lagi. Kelihatan Trez mengambil kesempatan itu untuk menyerang Dos dengan pantas. Walau bagaimanapun, tangannya terhenti betul-betul di hadapan muka Dos. Dia terasa seperti kedua-dua tangannya dikawal oleh seseorang. Pada masa yang sama, Uno muncul di skrin komputer dan bertanya khabar banduan 0303 - Trez. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya atas demonstrasinya sebentar tadi dan berkata bahawa dia memang berguna untuk misi mereka. Trez bertanya siapa dia dan bagaimana dia tahu, sedangkan dia telah memusnahkan kesemua data tentang tangannya.

Uno menjelaskan bahawa dia tahu semua tentang tangan Trez dan memberitahu bahwa mereka memerlukan bakatnya untuk "misi" mereka. Trez bertanya bagaimana kalau dia menolak tawaran itu. Uno berkata bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain dan entah dari mana datang satu bekas yang mungkin berisi bateri untuk tubuh badannya. Uno menyambung kalau bekas itu tidak mencukupi, masih terdapat banyak lagi seraya menyuruhnya untuk menganggap itu sebagai deposit terlebih dahulu. Dia meninggalkan pesanan bahawa mereka akan menunggunya lalu memutuskan talian. Trez menghentak papan kekunci komputer itu, sebelum mengambil bekas bateri dan berkata "Cis".

Kemahiran

  • Penggodaman: Trez mahir dengan sistem komputer dan mereka pelbagai jenis perisian untuk menggodam sistem rangkaian komputer.

Senjata

  • Tangan Sibernatik: Tangan ini membolehkan Trez untuk mengangkat 10 kali ganda keberatan daripada manusia biasa. Impak yang dihasilkan boleh menjana gelombang getaran dan dijadikan sebagai salah satu cara serangan Trez.

Trivia

  • Nama 'Trez' dieja selepas perkataan 'tres', yang bermaksud 'tiga' dalam bahasa Sepanyol. Dia adalah yang ketiga dalam satu siri nama Latin untuk nombor: "Uno; Dos; Tres; Cuatro".
  • Nama panggilannya "Brader" juga bermakna dalam "Brother", maknanya "Saudara" atau "Abang" dalam bahasa Inggeris.
  • Trez meminjam beberapa elemen teras daripada Hulk, termasuk kekuatannya.
  • Trez mirip seperti Jaws dalam francais James Bond sebagai penjahat yang mempunyai kekuatan super.
  • Majalah Komik Ejen Ali #10 menyatakan bahawa tinggi Trez adalah #220 cm, manakala tarikh lahirnya ialah 6 Mac.
  • Dalam Musim 2, dia mempunyai lengan mekanik dan bukan lengannya biasa.
  • Dia mempunyai logo "3" di atas kepala kirinya.

Galeri

Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro