FANDOM


Perhatian

Usaha menyunting di wiki ini dan lain-lain wiki di Wikia adalah ditujukan kepada golongan yang matang bukan sahaja dari segi umur bahkan juga daya mental. Pengguna dikehendaki berumur 13 tahun ke atas untuk membuka akaun Wikia.


Selamat datang ke Wiki Ejen Ali!

Wiki Ejen Ali ditubuhkan dalam sistem Wikia untuk menempatkan rencana-rencana khusus berkenaan siri animasi Ejen Ali terbitan Wau Animasi. Misalnya, rencana mengenai setiap episod, watak, latar tempat dan perincian-perincian lain berkenaan dunia cereka dan di sebalik tabir Ejen Ali.

Panduan penyuntingan

Wiki Ejen Ali mengalu-alukan anda sebagai penyumbang untuk mencipta (atau "membuka") rencana-rencana baru berkenaan satu demi satu episod, watak, latar tempat dalam dunia cereka Ejen Ali, perihal dunia sebenar di sebalik tabir Ejen Ali (syarikat, tokoh dan sebagainya) dan perincian-perincian lain. Setiap rencana yang dicipta harus digolongkan dalam kategori (Episod Musim 1, Watak dan sebagainya).

Selain mencipta rencana, anda juga dialu-alukan supaya menyumbangkan gambar dan media-media lain berkenaan Ejen Ali. Tapi ingat, gambar yang diambil dari sedutan Ejen Ali atau bahan-bahan berkenaan mungkin dilindungi hak cipta! Jangan risau, kami ada satu petua: anda boleh menuntut kegunaan wajar (fair use) apabila menyumbangkan bahan-bahan berhak cipta ke dalam wiki ini.

Untuk mendapatkan bantuan selanjutnya, sila ke laman Bantuan kami.

Hubungan dengan Wikipedia

Untuk yang tertanya-tanya mengapa rencana-rencana terperinci sedemikian tidak dibuat dalam Wikipedia sahaja, ini adalah kerana Wikipedia tidak menggalakkan penggunanya mencipta rencana untuk watak-watak dan episod-episod individu, lebih-lebih lagi watak pembantu dan kecil yang tidak diharapkan mempunyai maklumat yang cukup berisi. Wikipedia menitikberatkan kualiti, bukan kuantiti, jadi ia mahu mengurangkan rencana-rencana yang dianggap remeh supaya dipandang tinggi oleh pembaca. Lagipun, platform penyuntingan Wikipedia masih berteraskan kod wiki (yang mungkin memeningkan kepala pengguna biasa), manakala Wikia menggunakan kemudahan WYSIWYG ala Microsoft Word yang pasti memudahkan pengguna di sini berbanding Wikipedia.

Hubungan dan Wau Animasi

Sila sedia maklum bahawa Wikia Ejen Ali tidak berurusan rasmi dan tidak menjalin sebarang hubungan dengan pihak penerbitan siri Ejen Ali, iaitu Wau Animasi, mahupun syarikat-syarikat yang menyiarkan atau mengedarkan siri TV dan francais Ejen Ali. Wiki Upin & Ipin dan Wiki BoBoiBoy khusus buat peminat francais ini, tetapi sesiapa yang bekerja di Les' Copaque dan Animonsta sudi menyalurkan input kepada wiki ini asalkan tidak bersifat 'membodek' Ejen Ali. Perlu ditegaskan bahawa sebarang tindakan mengambil bahan-bahan dari Ejen Ali untuk disumbangkan kepada wiki ini mestilah berlandaskan undang-undang hak cipta Malaysia, dan anda boleh menuntut kegunaan wajar untuk bahan-bahan berkenaan bagi pihak wiki ini.