FANDOM


Zass
Zass
Nama lain Ejen Zass
Umur 15 tahun
Jantina Lelaki
Kaum Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Rambut Hitam
Mata Hitam
Keluarga Tidak diketahui
Kawan Moon (rakan INVISO)
Rudy (rakan INVISO)
Pekerjaan Ejen INVISO dalam M.A.T.A.
Hobi Mendengar muzik
Status Hidup
Disuarakan oleh Tiada
Kemunculan sulung Ejen Ali Musim 2, Episod 1: MISI: AKADEMI (2017)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Muncul dalam Ejen Ali Musim 2
Zass merupakan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen INVISO.

Senjata

  • Kelajuan Super: Zass boleh berlari dengan pantas. Dia boleh menyelinap masuk dan keluar dengan cepat, mencuri benda tanpa disedari lawan, membuat lawan sukar untuk menangkapnya dan pada masa yang sama membingungkan mereka. Kelajuan super terhasil daripada kasut lariannya.

Rupa

Zass mengenakan sut ala-ala teras INVISO iaitu berwarna putih kelabu seperti mangkuk pada leher sebagai pakaiannya dan juga berkulit cerah. Rambut dia terpacak ke bawah serta memakai fon kepala untuk mendengar muzik. Dia turut mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan sepasang kasut berwarna putih penuh.

Perwatakan

Menurut Moon, Zass tenang dan tidak boleh bercakap. Dia hanya berkomunikasi melalui gerak isyarat. Dia juga tenang dan relaks semasa menjalankan misi. Walau bagaimanapun, dalam MISI: MAIN, dia pengsan selepas beranggapan yang dia akan mati dalam perlanggaran keretapi.

Trivia

  • Walaupun dia pertama kali muncul dalam MISI: AKADEMI, namanya didedahkan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Zass, Roza, Bulat dan Chris berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Zass merupakan watak pertama (dan satu-satunya) dalam siri ini yang tidak mempunyai pelakon suara.
    • Ini menunjukkan bahawa Zass adalah bisu, kerana dia tidak menghasilkan apa-apa bunyi apabila dia bergelut.
  • Dalam imej promosi, Zass ditunjukkan ialah seorang yang beragama Islam apabila dia dilihat sedang penat berpuasa bersama dengan kedua-dua Jet dan Bulat.
  • Zass didedahkan tarikh lahirnya ialah 1 Januari, yang merupakan hari tahun baru.
  • Beliau dinamakan ''Zass'' kerana suara kelajuannya.
  • Dalam MISI: CABAR, Zass mendapatkan peringkat kedua iaitu selepas Rudy semasa tempoh latihan dengan 40:65 saat.
  • Ketinggian badan Zass ialah 155 cm.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Zass.


Navigasi

Watak
Watak Baik AliBakarAliciaGeneral RamaRizwanComotKaryaLeonGeethaJetRozaMikaChrisImanBulatKhaiZassMoonRudyZainGanzDayang
Watak Jahat DosTrezWak MusangDr. AaronKomengAbang BearJennyUnoNeonimusAnalogmanOchoSeisSiete
Watak Penolong Aunty FayeShaunSyedDr. TongViktorMiaPuan MunahDr. GhazaliDr. MalaMelurMawarSasidaranBoyCuatro